11 July 2012


Terkini Ahli Parlimen Pas, Mahfuz Omar pula tersenarai sebagai #MPmalas


Sebelum ini Azmin, Khalid Samad, Nurul Izzah dan Gobind-Deo juga dikatakan jarang turun padang dan tidak menjaga kawasan parlimen masing-masing dengan baik

TUDIAA!! Orang Pokok Sena HINGAQ Mahfuz Tak Buat Kerja!! #MPmalas
http://kedahkekl.blogspot.com/2012/07/tudiaa-orang-pokok-sena-hingaq-mahfuz.html

Ahli Parlimen yang paling suka komplain pasal orang dalam Malaysia ni, si Mahfuz Omar akhirnya di komplain pulak oleh orang pokok Sena sendiri. Ingat orang yang suka komplain pasal orang ni buat kerja baguih sangat. Rupanya lagi terukkk.. awat la depa ni lupa bagi dia cermin untuk cermin-cerminkan diri dia dari mengata kat orang?

Baru jadi ahli parlimen dah orang bising.. agak-agak la kalau jadi menteri atau Menteri besar.. orang macam dia ni, boleh buat kerja ka?

POKOK SENA Julai – Kira-kira 203 pesawah dari Kampung Banggol Cengal, Kampung Bendang Perang dan Kampung Jabi di sini mengalami kerugian lebih RM160,000 apabila sawah mereka diserang tikus sejak bulan lalu.


Hampir 270 hektar sawah di tiga kampung terbabit diserang haiwan perosak itu dan 77 hektar daripadanya rosak teruk sehingga tiada hasil padi boleh dituai.


Seorang pesawah dari Kampung Bendang Perang, Ahmad Khamis, 61, berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM1,200 pada musim ini apabila satu hektar sawahnya diserang tikus.


“Tikus menyerang padi pada waktu malam dan habis batang padi dimakannya sehingga menyebabkan pokok padi mati. Kami dah gunakan racun untuk mengurangkan jumlah tikus namun masih gagal kerana racun yang digunakan tidak mampu membunuh haiwan perosak ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Banggol Cengal di sini semalam.


Menurut Ahmad, sebelum ini kawasan sawah di kampung itu pernah diserang tikus, namun kerosakan pokok padi yang dialami hanya sedikit berbanding musim kali ini tikus menyerang dengan pantas dan merosakkan pokok padi dalam tempoh dua minggu sahaja.


“Pokok padi mati dan sepatutnya kami boleh menuai hasil dalam tempoh 20 hari lagi, namun kami hampa kerana pokok padi habis dimusnahkan tikus,” jelasnya.


Seorang lagi pesawah, Md. Ali Bakar berkata, kehadiran tikus-tikus yang merosakkan padi di kawasan sawah membuatkan ramai pesawah mengalami kerugian pada musim ini.


“Tikus memang banyak sehingga kami pasang perangkap pun jumlah masih banyak dan sukar untuk kami musnahkan haiwan perosak tersebut” ujarnya.


Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom yang meninjau kawasan sawah di tiga kampung itu berkata, pihaknya akan mengarahkan pesawah dan pegawai-pegawai pertanian yang terlibat mengadakan gotong-royong dengan segera bagi mengurangkan jumlah tikus di kawasan terlibat.


“Saya juga mahu pegawai-pegawai pertanian lebih kerap mengadakan perjumpaan dengan pesawah selepas ini bagi memastikan masalah-masalah yang berkaitan dengan sawah padi dapat diatasi dengan segera,” ujarnya. UTUSAN


Laaa... akhirnya menteri jugak yang tolong pesawah ni.. mana depa punya ahli parlimen? Sibuk ceramah kutip duit sana-sini kot.. sampai takdan nak tengok rakyat kawasannya. Suruh si Mahfuz bukak buku balik, apa tanggung jawab paling utama jadi ahli parlimen? hmm..