Powered By Blogger

27 October 2012

Naik Jet, Bas Mewah Gaya Zuhud #PRhipokrit

Sejak sekian lama semacam menjadi satu kebiasaan untuk pemimpin pembangkang dari DAP, PKR dan PAS menyerang dengan pelbagai dakyah dan tuduhan kononnya ramai pemimpin BN gemar menjalani hidup gaya mewah dan kurang pula cakna masalah khalayak.

Berulang kali tohmahan sebegitu diulang-ulang, lama kelamaan ramai juga penyokong pembangkang yang semakin memandang serong pada kepimpinan BN dan kian mencurigai segala kerja buat bermanfaat yang dipelopori oleh Kerajaan Pusat.

Untuk menambah impak rasa mual dan kebencian rakyat, pemimpin pembangkang dan balaci mereka berusaha pula mempotretkan imej buruk terhadap Perdana Menteri dengan melontarkan tohmahan kononnya PM dan isteri kerap bergaya mewah serta memiliki cincin permata harga berjuta-juta, jam tangan mahal dan boros berbelanja di luar negara.

Bila pembangkang khususnya PKR memfokuskan serangan sedemikian, gambaran positif pula terlakar difikiran penyokongnya bahawa para pimpinan parti pembangkang tidaklah berperangai sedemikian rupa.

Para balaci bawahan mula terasa bangga merasakan pemimpin mereka berjiwa rakyat dan zuhud pula gaya kehidupannya. Tidak materialistik dan sentiasa dekat dengan denyut nadi rakyat. Pada fikiran mereka, para pimpinan pembangkang memiliki gaya hidup berbeza berbanding BN dan lebih dekat dengan nurani rakyat.

Kini bila meletus sahaja isu Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang lain bermewah-mewahan menaiki jet eksekutif peribadi milik seorang ahli perniagaan, para balaci mula berkerut muka dan akal pula semakin serabut tak keruan.

Belum selesai isu bas mewah harga berjuta dan lori treler penuh bergaya, ditambah pula isu jet peribadi, cukup untuk meletakkan para balaci PR merasa sukar menerima kenyataan betapa pucuk pimpinan yang difikirkannya begitu tawadduk dan zuhud seperti Anwar dan lain-lain, tiba-tiba sahaja kelihatan lain sama sekali.

Dalam keadaan sengal dan bengang, tetap akan ada balaci PR yang cuba menepis isu dengan berandaian apa salahnya untuk Anwar serta pemimpin pembangkang menikmati permandangan udara dari sebuah jet mewah itu.

Itu senario biasa sebenarnya bagi balaci pembangkang lebih-lebih lagi untuk yang berstatus totok sejak azali yang sentiasa berfikir dari bawah tempurung berbanding menganalisis suasana dari mata burung.

Dunia politik negara kita sebenarnya terlampau banyak politikus hipokrit dari parti pembangkang yang diawal tingkat popularitinya mencanak naik, gemar memaparkan gaya hidup tawadduk dan zuhud supaya sentiasa diingati oleh rakyat sebagai pemimpin yang sentiasa mengikuti denyut nadi khalayak.

Namun, resam dunia acapkali membuktikan yang seringkali mempotretkan diri mereka sebagai zuhud, tawadduk dan cakna rakyat akhirnya lemas dalam pelukan kemewahan dan gaya hidup eksklusif.

Anwar Ibrahim dan gaya hidup zuhudnya bersama bas mewah, treler bergaya dan sebelumnya gah bergaya bersama kereta eksklusif serta kini bangga merentas ruang udara dengan jet peribadi yang sewaan per jamn harga beribu RM sebenarnya tidak sendirian.

Lama sebelum ini, MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat sudah acapkali bergaya sakan bertukar ganti kereta mewah walaupun jelas sekali amat kontra dengan seruan lamanya yang mahu rakyat Kelantan menerima takdir kemiskinan. Ini realiti dan watak sebenar pemimpin politik hipokrit sekalipun jubag dan serban kekal dipakai, nafsu keduniaan tetap jua menguasai diri.

Pemimpin-pemimpin PR yang baru diuji dengan secebis kuasa diberi peluang mengurus tadbir beberapa negeri pula, pun sedemikian juga. Baru beberapa bulan menguasai urus tadbir negeri, kereta sudah bertukar ganti dan kuota isteri kedua mula dipenuhi.

Rumah masing-masing makin besar, dari papan menjadi banglo dan urusan tender serta kontrak sudah pandai berkira soal komisyen dan sumbangan untuk kantung peribadi. Ini juga realiti, kahak yang sebelumnya diludah ke muka lawannya begitu selera dijilat kembali. Hakikat.

Tapi walau demikian rupa, ia masih tidak menghalang para balaci bawahan berusaha mencari makna baru bagi perkataan zuhud untuk menjustifikasikan keharusan untuk pemimpin pakatan pembangkang seperti Anwar dan lain-lain rakan pimpinannya menikmati gaya hidup mewah.
R.K.P

Haron Din Bantai Anwar....

Seorang pemimpin tertinggi PAS menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar.

Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.

Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), "sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia" hari ini.

Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.

"Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara," tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.

Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi "tidak semestinya sembahyang lima kali sehari," diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

"Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," tegas beliau.

Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dlm membentuk sebuah negara yang sempurna.- via Lokman Adam
R.K.P

26 October 2012

Jet Peribadi: Sewa, Taja Atau Pinjam? Rakyat Tuntut Ketelusan

Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup yang menyaingi pemimpin di negara maju, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana. Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa. Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama.

Jika PR ditakdirkan menjadi pemerintah tentunya Putrajaya dan Seri Perdana akan dilengkapi dengan sistem keselamatan setanding White House dengan teknologi dari Israel. Keluarga pemerintah, menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan juga pasti akan dibekalkan dengan beberapa orang pengawal keselamatan juga. Pendek kata, rakyat tidak lagi dapat mendekati pemimpin sepertimana kebiasaan di masjid, mahupun di Hari Raya atau di bazaar Ramadhan di mana kita biasa bertemu dengan Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Kita boleh membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah bagaikan pemimpin kuasa besar tetapi rakyat dipaksa hidup di tahap dunia ketiga bagi menampung kos kepimpinan yang serba canggih.

Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya. Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia.

Jelas bahawa Tian Chua bukanlah seorang yang cerdik kerana tidak mampu menilai kesan gambar tersebut kepada politik PR. Jelas juga bahawa Anwar dan seluruh kepimpinan PR juga tidak cerdik dan terus melatah apabila diasak dengan persoalan mengenai jet peribadi itu. Kalau mereka cerdik, tentu mereka tidak dipilih sebagai barua oleh pihak tertentu.

Justeru, Anwar, Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberi jawapan berbeza. Itu belum lagi ditanya kepada pemimpin PR yang lain, kerana jika 10 orang ditanya, maka tidak mustahil 10 jawapan berbeza yang akan kita terima.

Kata Anwar, jet tersebut adalah ditaja oleh kenalannya. Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan tetapi Tian Chua pula terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa. Mungkin kenyataan Tian Chua lebih tepat kerana Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan.

Kos menyewa jet mewah tentunya mahal. Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya murahtetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.

Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri, maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak. Jika dari poket kerajaan negeri Selangor, maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk politik parti PKR. Dan begitulah seterusnya, sepatutnya.

Jika ianya ditaja, iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar, maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya. Apatah lagi apabila telah terbukti yang PKR atau PR melalui SUARAM ada menerima dana dari Yahudi Zionis dan George Soros. Untuk ini, Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut. Kita ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Yahudi, Soros atau tabung tin milo yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS.

Begitu juga jika ianya dipinjamkan, bak kata Nurul Izzah. Rakyat perlu tahu siapakah yang begitu baik hati, pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada papanya. Sebagai pemimpin parti yang lantang melaungkan ketelusan dan integriti, Nurul Izzah wajib menyatakan siapakah peminjamnya bagi mengenepikan segala keraguan tentang berlakunya rasuah atau kes terhutang budi yang begitu hebat, setimpal dengan harga penggunaan jet berkenaan.

Kita tidak faham kenapa begitu sukar bagi PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini. Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR perlu malu-malu untuk bersikap telus? Apakah yang ingin dan perlu disembunyikan mereka sehingga begitu gelabah dan memberi jawapan berbeza?

Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara terperinci? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak PR? Jika pemimpin BN bermewah, bukan main lagi dikutuk mereka, tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui, segalanya menjadi tidak apa pula.

Seharusnya, penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysai menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih, telus, adil dan berintegriti
R.K.P

xavier suka rakyat selangor menderita

Isu Air Selangor:

Baru sahaja sehari dua berlalu para penyokong pembangkang menghamburkan kemarahan terhadap Menteri Besar Pahang dan mengalu-alukan kecaman keras oleh NGO proksi PR terhadap Datuk Seri Adnan Yaakob, tiba-tiba pula pemimpin PKR Selangor Dr Xavier Jayakumar bertindak sebaliknya.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah NGO yang diketuai oleh Che'gu Bard dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini, menganggap kenyataan Adnan untuk membatalkan perjanjian konsesi air antara Pahang dengan Selangor sebagai satu ugutan untuk merealisasikan bencana krisis air di Selangor.

Hari ini pula, Xavier yang juga adalah Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin secara terbuka menyambut baik kenyataan MB Pahang itu sambil menegaskan sumber air mentah tidak pernah menjadi persoalan kerana ia masih mencukupi.

Menurut Xavier lagi, kerajaan PKR Selangor juga cukup gembira sekiranya keputusan membatalkan perjanjian konsesi air itu dimuktamadkan segera kerana ia dapat mengelakkan Selangor daripada membayar harga air mentah bernilai RM60 juta setahun kepada Pahang.

Bila kita baca berkali-kali kenyataan Exco negeri separa masak yang bernada sombong ini, tentu sekali akan mengingatkan kita pada satu kenyataan rasmi dari ketuanya pada 27 Mei 2012 lalu berkaitan sumber air mentah untuk kegunaan negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pada Mei lepas pernah menyatakan bahawa bekalan air mentah adalah lebih penting daripada bekalan air terawat sebagai persiapan Selangor menghadapi masalah kekurangan air pada masa hadapan, untuk itu Khalid bercadang mengambil air mentah dari Tasik Kenyir di Terengganu.

Dalam pada Xavier menegaskan bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi, MB Selangor pula pernah mengakui keperluan untuk mendapatkan sumber air mentah dari negeri lain untuk mengelakkan risiko krisis air.

Satu pentadbiran yang sama, Exco dan MB berada dalam satu pasukan mengurus tadbir negeri yang sama tapi masing-masing bercanggah kenyataan antara satu sama lain. Siapa yang betul dan siapa yang salah?

Dari satu sudut, jika kenyataan Khalid disahkan sebagai pendirian rasmi kerajaan negeri bermakna ia memberi makna seolah-olah Xavier sudah tidak sabar untuk melihat rakyat Selangor dan penduduk lain di sekitar Lembah Klang hidup menderita dicengkam krisis air.

Dari sudut lain, percanggahan kenyataan kedua-dua mereka yang sama-sama membawa ideologi parti PKR yang memacu negeri Selangor, menunjukkan betapa bercelarunya cara pengurusan isu dan betapa dangkalnya urus tadbir mereka dalam menghadapi permasalahan rakyat.

Itu belum lagi kita ceritakan tahap bangang dan betapa naifnya seorang lagi Exco negeri, Ronnie Liu yang gagal mengenalpasti mana satu air mentah yang belum dirawat dan mana satu air bersih yang sudah siap diproses di loji-loji rawatan air.

Hakikatnya, pelbagai percanggahan dan kenyataan dangkal yang dihambur keluar dari mulut pemimpin PKR serta rakan sepakatannya di Selangor, jelas sekali membuktikan keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) sebenarnya bermotifkan politik semata-mata.

Mereka begitu memfokuskan pada isu penyusunan semula pengurusan bekalan air kerana nawaitunya mahu mengaut keuntungan hasil negeri untuk kepentingan politik kepartian serta bagi memenuhi kantung kroni sendiri.

Dengan mencipta polemik demi polemik bagi menangguhkan perlaksanaan segera loji Langat 2 dan PPAMPS, kemudian krisis air benar-benar menjadi realiti sebagaimana jangkaan dari hasil kajian-kajian pakar sebelumnya, maka dengan demikian mereka boleh menggunakan senario tersebut untuk mengambil alih secara paksa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Bila ia berlaku demikian, para kroni yang rapat dengan kerajaan negeri PKR bakal beroleh keuntungan kiri dan kanan. Mereka menguasai SYABAS dan beroleh manfaat untuk saku masing-masing, di masa yang sama segala projek lanjutan dari Langat 2 dan PPAMPS juga akan cuba disapu sama untuk memenuhi kantung parti dan para kroni.

Soal penderitaan rakyat, jerih perih khalayak dan impak buruknya pada aktiviti pembangunan negeri serta kesannya terhadap ekonomi negara, tidak pernah menjadi perkiraan mereka.

Lebih buruk permasalahn berlaku, lebih teruk derita rakyat maka akan lebih mudah untuk golongan politikus haprak pakatan pembangkang menanam jarum amarah dikalangan khalayak.
R.K.P

PAS nk ganti UMNO????.....p/s:bolehke nk memerintah negara??mcm mane dgn KeADILan dan DAP plak..depa nk bagi ker kt PAS??pikir la sendiri yob!!...

R.K.P

Wajar Bertindak Ke Atas Suaram.......p/s:Suaram b'tujuan menjahanamkan demokrasi rakyat sama seperti modus operandi #PRoPASbiaDAP

R.K.P

Guna Jet- Zahid Cabar Anwar Jawab.....

R.K.P

Anwar Sering Naik Jet Ke Sabah dan Sarawak....p/s:belum jd PM,dah ade private jet..ternyata #PRhipokrit

R.K.P

NAH !!! KETUA PEMUDA UMNO KEDAH BAGI SETEPEK KAT MUKA AZIZAN

http://t.co/BcfnnY9T

R.K.P

Bas Ekspress Rakyat Pakatan dilengkapi 'bodyguard' bersenjata....p/s:hanya ahli #PRoPASbiaDAP sahaja dibenarkan..

R.K.P

Beli private jet dgn harga murah boleh la kol #PRosak hotline 1-800-ANWAR AL-juburi...

R.K.P

#PRhipokrit Utamakan Kroni....p/s:ini yang dikatakan keutamaan kpd rakyat???jika memerintah,semua jawatan penting dlm negara,abis kroni depa yang bolot..hasilnya,habis bangsa dan negara dijual...

R.K.P

Rokok bagi free,Kalo undi #PRhipokrit..... P/s: rakyat dimanipulasikan,asalkan kepentingan tercapai..

R.K.P

Aktif MediaSosial Bonus Point sbg Winable Cnddate PRU13 - @NajibRazak

https://www.youtube.com/watch?v=fkxRR4Xjum0&feature=player_embedded

Sebarkan! Kempen Turunkan Harga Hantaran Kahwin!........ p/s: ‏@abby_abadi112 “@tiewnama: ” mcm kita 'ikhlas' so nk turun mcmana lagi? #ehh 

JOM BELI!!!!...................... p/s:Hanya Ahli & Cai #PRhipokrit sahaja dibenarkan membeli

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT...JUM PAKAT P RAMAI2............p/s:ape lagi yang nk depa nk #Spin

Embedded image permalink

anwar kene TOBAT dulu kot

https://www.youtube.com/watch?v=4HK-qVjB8sw&feature=player_embedded

@KhairyKJ dedahkan `Manifesto bukan Janji' PR dalam isu IPP, tol #PRHipokrit


@KhairyKJ dedahkan `Manifesto bukan Janji' PR dalam isu IPP, tol #PRHipokrit

Post Pic


K'jaan S'gor hipokrit isu IPP dan tol, kata KJ

Kerajaan Pas Kelantan rugi RM700 juta pasal tu ke nak duit minyak? #tukarKtan


Kerajaan Pas Kelantan rugi RM700 juta pasal tu ke nak duit minyak? #tukarKtan

Post Pic


Kerajaan Kelantan rugi RM700j - OMBAK