Powered By Blogger

14 March 2013

Contoh Pemimpin Rakyat Negeri Perak Yang Prihatin - @zambryabdkadir @azwanbro @tunfaisal

Adun Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar cukup prihatin kepada pelajar-pelajar sekolah dengan menyumbang tajaan 4,000 naskah akhbar utusan malaysia bernilai rm5,200 untuk diagihkan kepada 25 buah sekolah di kawasan tersebut.
ADUN Kubu Gajah yang prihatin dalam usaha memastikan murid dan pelajar khususnya dikawasan luar bandar dapat mencapai kejayaan dalam UPSR,PMR dan SPM.
Sisipan ADaP dalam Utusan Malaysia diyakini boleh membantu para pelajar mendapatkan bahan-bahan tambahan bagi meningkatkan pemahaman mereka untuk lebih cemerlang didalam peperiksaan.
"Sumbangan akhbar itu akan dilakukan dalam tempoh dua bulan sebagai bahan rujukan kepada pelajar sekolah terbabit"kata beliau.
"Saya berharap guru dan pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya kaedah serta teknik-teknik pembelajaran terutamanya yang terkandung dalam sisipan ADaP sebagai persediaan menghadapi peperiksaan"ujar beliau lagi.
Bacaan melalui akhbar juga dapat mendedahkan para pelajar kepada isu-isu semasa dan tidak hanya terhad kepada pembacaan berdasarkan sukatan pelajaran sekolah semata-mata.


TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com