26 March 2013

DAP ASYIK HINA PAS ???

   
Kasihan dgn Pas, belum pernah dalam sejarahnya, parti itu kelihatan sebegitu dayus. Pas bukan saja tidak dominan dalam pakatan pembangkang malah asyik dihina oleh DAP. Isu perlaksanaan hukum hudud Pas ditentang habis-habisan oleh DAP, meskipun segelintir pemimpin Pas mempersoalkan DAP tetapi akhirnya parti berlabelkan Islam itu tunduk serta akur.

Pemimpin utama Pas membisu kerana bimbang pengaruh DAP boleh mencorakkan sentimen masyarakat Cina pada pilihan raya umum nanti. Kerana mengutamakan percaturan politik, Pas kelihatan sanggup menggadaikan kepentingan Islam. Ia ibarat pemimpin Pas direntap janggut dan serban serta diludah ke muka tetapi hanya sekadar tersengih bingung. Mana maruah Pas?
Bukan saja DAP, PKR yg terdapat ramai pemimpin dan ahli di kalangan orang Islam, turut menolak undang2 Islam. Perkara tsbt telah ditegaskan oleh pemimpin utamanya Anwar Ibrahim bahawa hukum hudud bukan dasar pakatan pembangkang. Dengan kata lain PKR menyokong 

DAP dan ini menjadikan Pas bersendirian dalam isu tsbt.Sekali lagi kasihankan Pas, selama ini PKR ialah parti yg berdepan dgn isu moral dan integriti hanya memperalatkan Pas. Tanpa peranan akar umbi Pas, PKR akan lumpuh. Untuk pacak bendera, meramaikan ceramah Anwar, menjayakan program malah undi untuk PKR, banyak bergantung kpd ahli dan penyokong Pas. Tetapi apa balasan PKR terhadap Pas? Nampak DAP menang……