20 March 2013

GEMPAR !!! Nizar Jamaluddin Langgar Anwar Ibrahim ???


Teman nak berkongsi sedikit mengenai Kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dilihat seperti derhaka terhadap ketua umum PKR, Anwar Ibrahim daripada blog sahabat teman.


Beliau mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di DUN Changkat Jering yang mana sebelum ini dikuasai oleh PKR dan calon mereka sebelum ini disandang oleh YB Osman Jailu.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Pembangkang selama 11 bulan maka Osman bertindak keluar parti dan menjadi ADUN bebas yang menyokong Barisan Nasional.
Setelah melihat beberapa tempat Anwar mengumumkan calon Pakatan, maka Nizar mengambil keputusan drastik yang mana beliau akan bertanding di kawasan tersebut dan meninggalkan kawasan beliau yang sedia ada di Pasir Panjang
Yang menjadi persoalannya ialah, kenapa Nizar mahu bertanding di Changkat Jering sedangkan beliau memenangi kerusi DUN Pasir Panjang?
Adakah beliau sememangnya bermasalah di kawasan beliau sendiri dan kini mula beralih arah?