29 March 2013

L.G.E Tindas Cina Penang ??? #TukarPenang

MELAYU di Pulau Pinang kini berada dalam dilema dan semakin tertekan apabila didakwa dipinggirkan kerajaan negeri pimpinan DAP yang ternyata gagal memperjuangkan nasib mereka hingga menjadi golongan minoriti. Wujud tanggapan mereka akan disingkirkan secara halus dari tanah air sendiri dalam usaha mewujudkan 'Singapura kedua'. Adakah dakwaan itu benar????

Apabila pandangan bekas 'orang kuat' Angkatan Muda Keadilan (AMK) merangkap bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin megulas ketika mentadbir kerajaan negeri mengenai isu pembangunan negeri p.pinang tentang kedudukan penempatan kediaman Melayu tidak seimbang antara kawasan bandar dan pinggir bandar.

Penempatan kediaman Melayu antara bandar dengan pinggir bandar atau kampung sememangnya jelas tidak seimbang sejak dulu lagi. Majoriti Melayu tinggal di pinggir bandar dan luar bandar, itupun bergantung pada jenis rumah diduduki. Di sini, kebanyakan Melayu pinggir bandar tinggal di rumah pangsa dan rumah kos rendah berbanding kaum cina yang menetap di pusat bandar. Rumah mereka lebih selesa dan terjaga. Kira-kira tujuh peratus keseluruhan penduduk Pulau Pinang adalah bukan warganegara sejajar dengan statusnya sebagai bandar antarabangsa dan kumpulan ini yang mendominasi penempatan bandar terutama di pesisir pantai.
RKP medapat maklumat mengenai penduduk di penang bukan warganegara malaysia dan rata-ratanya datang dari Taiwan, Hong Kong dan Singapura. Mereka memilih untuk tinggal di sini disebabkan kualiti hidup ditawarkan. Kediaman eksklusif, berpagar dan dekat dengan pelbagai kemudahan bertaraf tinggi menyebabkan bermulanya dilema Melayu Pulau Pinang. Hakikatnya, sebelum ini Melayu Pulau Pinang hidup selama 200 tahun dengan fungsi ekonomi luar bandar iaitu bertani, manakala kaum lain terutama Cina sudah hidup dengan fungsi ekonomi bandar iaitu berniaga sejak 200 tahun lalu.

Apabila rebakan bandar berlaku, bagaimana Melayu boleh bersaing?

Sudah tentu melayu tidak mampu bertahan dan akhirnya melepaskan pegangan tanah dan berhijrah ke negeri lain dan membabitkan Melayu Pulau Pinang berikutan tidak mampu bertahan dan memaksa mereka berpindah daripada tempat asal dan kelompok Cina dan Inggeris yang lahir serta pernah tinggal di Pulau Pinang beberapa dekad lalu kembali semula dari luar negara dengan kekayaan luar biasa, menduduki kediaman bandar.

Dasar kerajaan negeri pinang dibwh kepimpinan LGE tidak seiring dengan Kerajaan Pusat memburukkan keadaan dan akibat proses rebakan bandar ini, kediaman eksklusif berpagar mula dibina di kawasan luar bandar, di mana tidak mungkin Melayu mampu membelinya.

Melayu tidak akan mempunyai ruang dan peluang untuk terbabit dalam projek pembangunan komersil bandar kerana melayu disana tidak akan mampu untuk bersaing dengan cina penang disebabkan keterbiasaan Melayu hidup dengan fungsi ekonomi luar bandar,mereka tidak mampu bersaing dan akhirnya ruang pembangunan komersial yang asalnya untuk Melayu terbiar kosong dan terpaksa dilepaskan untuk dijual kepada bukan Melayu.Ruang dan peluang perniagaan serta kegiatan komersial memang ada untuk Melayu dan ia diberikan kerajaan sejak dulu lagi tetapi malangnya mereka tidak upaya bersaing.
Dasar subsidi seperti digariskan Kerajaan Pusat diperlukan di penang bagi mengimbangi Melayu supaya dapat mengambil bahagian dalam perancangan bandar dan pembangunan kawasan baru. Malah dasar subsidi juga boleh melegakan ketegangan Melayu yang berasa terhimpit akibat desakan perubahan ekonomi, proses rebakan bandar dan pelaksanaan dasar sedemikian mampu mempercepatkan proses pengimbangan.Pengukuhan 'hubung-jalin bandar dan luar bandar' juga mampu mengimbangi Melayu dengan kaum lain di Pulau Pinang yang fungsi ekonomi bandar bergantung kepada fungsi ekonomi luar bandar. Perkara ini secara tidak langsung dapat menghalang Melayu berpindah dan kekal di tempat asal mereka, selain mampu mengekang proses rebakan bandar kerana masyarakat bandar perlu mengekalkan fungsi ekonomi luar bandar demi survival bandar itu.
Rata-rata Melayu Pulau Pinang bekerja dalam sektor kerajaan dan pertanian. Jumlah pendapatan mereka tidak memungkinkan membeli rumah berharga RM500,000. Malah, kuota 10 peratus dalam sesebuah taman perumahan dan diskaun lima peratus pun tiada gunanya kerana harga rumah terlalu mahal. Melayu Pulau Pinang tidak mampu mengadakan dana yang banyak untuk memilikinya.

Adakah Melayu Pulau Pinang mampu? Harus ingat, persaingan sektor komersial bukan saja daripada kaum Cina, tetapi 'big player' daripada negara maju dan RKP lihat premis perniagaan milik Cina suatu ketika dulu laku, tetapi kini banyak kosong kerana tewas dengan 'big player'.

Melayu Pulau Pinang masih memerlukan dasar subsidi yang digariskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau Model Baru Ekonomi (MBE) kerana dasar sebegini saja yang dapat mengangkat Melayu bernafas di Pulau Pinang.Dasar meritokrasi yang dilaksanakan serta-merta kerajaan negeri sekarang jelas memburukkan keadaan Melayu Pulau Pinang. Ini hakikat yang tidak boleh disangkal lagi dan kerajaan negeri perlu melakukan sesuatu mengenainya. Campur tangan Kerajaan Pusat amat diperlukan bagi mengatasi masalah ini.

Jadi,renung-renungkanlah wahai orang Melayu penang.....


TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com