28 March 2013

MELAYU BACA !!! KEJUTAN PART-4


ANWAR Ibrahim memang pakar manipulasi. Semua tahu Ketua Pembangkang itu selalu menangguk di air keruh biar sekalipun menggadai maruah negara. 
Terbaru, terdapat sebuah video rakaman yang mendedahkan bagaimana Anwar pada Festival Salihara Ketiga di Jakarta pada Oktober yang lalu memperlekehkan batik Malaysia.

Tajuk ucapan beliau ialah Kebebasan dan Musuh-Musuhnya. Majlis itu memang sudah agak lama berlalu tetapi pada RKP ia masih baru dan panas. Rakyat Malaysia belum tahu perkara menarik yang Anwar perkatakan. 

Isu ketegangan hubungan Malaysia-Indonesia ekoran sentimen liar beberapa pihak di negara berkenaan pada waktu itu, digunakan oleh Anwar untuk kepentingan peribadinya. 
Seperti biasa, beliau mahu dipuja oleh kerajaan dan masyarakat negara luar dengan muslihat mendapatkan sokongan asing bagi mengenakan tekanan ke atas Malaysia. Pertama bagi menyelamatkan diri daripada perbicaraan kes liwat dan kedua, membantu menjayakan misinya untuk menjadi Perdana Menteri.



Berikut adalah antara kata-kata yang diungkapkan oleh pemimpin PKR itu dalam ucapannya: 

‘‘Mahu pakai batik Indonesia dikatakan saya anti-nasional. Mahu pakai batik Malaysia, orang Indonesia bilang jelek. Sebab ciri keseniannya itu cukup rendah dan saya setuju. Tetapi saya tidak mahu sebut di Malaysia. jadi akhirnya saya memilih batik Afrika.’’



Jadi pada pemikiran anda semua,Anwar ni manusia "Melayu" jenis ape ye ???