Powered By Blogger

06 March 2013

PANAS !!! Saman Ohh Saman !!!

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga perdana menteri, telah mengarahkan tindakan undang-undang ke atas pihak yang telah mengaitkan Umno terhadap insiden di Lahad Datu."Ini kerana segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Umno,". Tindakan Tian Chua bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik.Tindakan undang-undang telah diambil melalui penasihat undang-undang Umno terhadap Tian Chua.Notis telah dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula kelmarin untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno, membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap Umno.Tian Chua juga perlu menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut dan menyediakan satu akujanji bertulis bahawa beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa serta membayar ganti rugi untuk kerosakan reputasi yang teruk dan ganti rugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Umno.Diminta mengulas lanjut, Tian Chua berkata, "tentang saman ini... saya saman mereka, Umno saman saya tidak akan menyelesaikan masalah.""Kita ada masalah yang lebih serius. Negara, kita kena bersatu dalam soal ini.


twitME : @redahkasipecah | fb : redahkasipecahpk