21 March 2013

TERKINI !!! ORANG 'ASAL' SOKONG PENUH MB PERAK ???





MB PERAK Kini dan Seterusnya.......





Masyarakat Orang Asli di negeri Perak menyambut baik usaha dan pendekatan yang dilaksanakan kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi kaum pribumi itu.
Rata-rata  mengagumi kepimpinan dan kewibawaan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang begitu prihatin dengan kebajikan masyarakat Orang Asli dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka sejak menerajui tampuk pemerintahan negeri Perak pada tahun 2008.
Bagi Firdaus Kamal, 26, dari Kampung Kenang, beliau begitu berpuas hati dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan masyarakat Orang Asli di kawasannya.
“Saya begitu berbangga dengan kepimpinan kerajaan yang diterajui Menteri Besar, Dr Zambry,” katanya.
Katanya, prasarana yang disediakan oleh kerajaan negeri banyak membantu masyarakat Orang Asli sekaligus menaiktaraf masyarakat pribumi itu.
“Di tempat ini, segala kemudahan begitu lengkap dan kami tidak mempunyai masalah besar yang besar,” jelasnya.
Sementara itu, Henry Atus Supian pula berkata  walaupun terdapat beberapa masalah kecil di kampung itu, namun secara keseluruhan penduduk amat berpuas hati terhadap kemudahan yang disediakan.
“Kami di sini tiada masalah kerana terdapat sekolah untuk anak-anak dan Pusat Kesihatan Bergerak untuk mendapatkan rawatan jika sakit,” katanya lagi.
Henry berkata, jabatan kerajaan berkaitan akan dirujuk oleh masyarakat di sini sekiranya sebarang masalah baru timbul.
“Tiada banyak masalah di kampung ini cuma kami (penduduk) minta kerajaan pulih jambatan yang menjadi laluan utama ke kampung ini,” tambahnya lagi.
Semalam, penduduk Kampung Kenang berpeluang bertemu pemimpin tertinggi negeri apabila Dr Zambry menunaikan solat secara berjemaah dengan penduduk di kawasan tersebut.
Dalam ucapannya, Dr Zambry berkata, kehadirannya ke kawasan tersebut bertujuan mendekati dan mengambil perhatian terhadap masalah yang menggangu kehidupan masyarakat Orang Asli di situ.
Pada majlis sama, beliau turut mengajarkan ucapan kalimah syahadah kepada tiga saudara baru di samping menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada Tok Batin dari kampung yang berhampiran.

-sumber media





TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com