31 March 2013

Tiada Tempat Orang Melayu di Penang ????


Bagaimana pula dengan nasib Melayu dan India di Pulau Pinang?

Sudahlah dipinggirkan di dalam saingan ekonomi setempat, di”usir” pula dari tanah tumpah mereka. Tanah kelahiran mereka itu dinafikan hak miliknya dan Guan Eng bagaikan gembira tersenyum puas dengan tindakannya itu.

Itukah agenda pemimpin “Pakatan untuk Rakyat”?

Bukanlah RKP cuba meniupkan sentimen perkauman di dalam artikel ini. Namun apa yang RKP pasti, Guan Eng sendiri yang mempunyai agenda perkauman yang tersembunyi dan dizahirkan dengan dasar-dasar kerajaan negeri pimpinannya.

Padanlah Lim Kit Siang dan anaknya di”tolak” dan di”usir” keluar dari Melaka dan anak beranak ini terpaksa membuang diri ke Pulau Pinang untuk bertanding dan meneruskan survival politik mereka.