27 April 2013

Belia Perak Sokong 100% Barisan Nasional ??? @NajibRazak @ZambryAbdKadir @pemudaperak @AzwanBro @hanafiahman @erwinmukhriz @bnyvperak @teammediaperak @yashiryahaya @hairul_own

Lebih kurang 1000 Belia Perak dibawah komuniti sukarelawan BNYV Perak hadir berkumpul di kediaman MB pada malam ini dalam majlis "BNYV bersama MB Perak".

Sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja dari belia BNYV malah dikalangan penduduk setempat juga dijemput bagi memeriahkan lagi majlis.
Ternyata dengan kehadiran lebih dari 1000 orang,jelas membuktikan arus sokongan rakyat terutama dari kalangan belia muda khususnya di negeri Perak 100% kepada Barisan Nasional.

Dalam sesi sidang akhbar MB Perak,Dr.Zambry Abd Kadir menyifatkan kehadiran belia sukarelawan khususnya di ipoh pada malam ini menggambarkan tahap sokongan di saluran undi golongan muda ternyata kepada Barisan Nasional.
"Tahap arus sokongan dan penerimaan rakyat di perak sekarang lebih ke arah kerajaan Barisan Nasional "ujar beliau lagi.

Syabas diucapkan kepada yang hadir memberi sokongan.Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pemuda UMNO Perak sdr.Khairul Azwan dan Pengerusi UMB-TMP Negeri Perak sdr.Hairul Anuar.