Powered By Blogger

21 April 2013

Calon "Winnable" Manjoi Gegar Bilik Gerakan Tengku Hussein ??? @NajibRazak @pemudaperak @tunfaisal @azwanbro @mubinmanjoi @teammediaperak @erwinmukhriz

Tadi RKP sempat singgah ke bilik gerakan BN Kg.Tengku Hussein,Manjoi kira-kira jam lebih kurang 10.45 mlm.

Kira-kira lebih kurang jam 11.15 malam,Calon Muda Manjoi Sdr.Ziad Zainal Abidin tiba di bilik gerakan di situ membuat lawatan untuk melihat suasana keadaan Bilik Gerakan BN di kawasan tersebut.
Kunjungan wakil calon Manjoi ke situ juga bersama-sama mantan ADUN Manjoi,Dato Nazri yang juga turut serta dalam sesi lawatan itu tadi.
Dalam sesi lawatan yang singkat itu tadi,Sdr.Ziad menyeru dan sempat memberi amanat kepada AJK gerak kerja Pemuda BN supaya bersedia dengan gerak gempur BN agar dapat memberi keyakinan kepada masyarakat dan pengundi setempat bahawa Barisan Nasional khususnya di DUN Manjoi mendapat kemenangan sokongan majoriti.

Turut hadir juga di bilik gerakan,Sdr.Mohd Mubin Salleh selaku naib.ketua pemuda Manjoi dan beberapa pemuda BN dari bilik gerakan Kg.Manjoi dalam sesi lawatan tersebut.