Powered By Blogger

19 April 2013

Pemuda UMNO Perak Tidak Prihatin ??? @NajibRazak @zambryabdkadir @abhamid32 @teammediaperak @zamriabdullah13

RKP ingin berkongsi cerita mengenai keprihatinan pemuda UMNO perak kepada rakyat sekeliling dan jelas menggambarkan pemuda UMNO perak peka dan selalu turun padang bersama-sama dengan rakyat setempat menjayakan program-program amal dan kebajikan.

RKP ingin mengimbas tentang satu program gotong-royong di Kg.Sungai Sejuk yang lepas dianjurkan oleh pemuda UMNO Sg.Siput jelas dan terbukti penerimaan dan kepercayaan masyarakat terhadap kepimpinan golongan belia UMNO disokong dengan kehadiran penduduk setempat lebih kurang 200 orang pada program tersebut.
Program tersebut yang bermula seawal pagi jam 8 hingga ke petang.
Banyak aktiviti yang dijalankan dan mendapat pujian penduduk setempat.
Pada program tersebut juga,golongan warga emas di kawasan setempat disalurkan sumbangan keperluan barangan dapur.
Selain dari membersihkan kawasan setempat,pemuda UMNO sg.siput bersama penduduk setempat juga bergotong-royong dalam menyediakan hidangan juadah makan tengah hari.

*** konsep pendekatan beginilah yang rakyat inginkan kerana wakil kepada rakyat selalu turun padang.