18 April 2013

Teresa Kok Penipu ???

Nama Ahli Parlimen Pemalas, si Teresa Kok tidak asing lagi bagi penduduk Parlimen Seputeh khususnya yang sudah naik muak dengan perangai dan sifat angkuhnya terhadap pengundi² yang pernah memberikan kemenangan bermajoriti lebih 36,000 undi pada Pilihanraya Umum 2008.

Setelah membuat onar dan tidak melakukan apa² di sini, Teresa Kok berjalan² pula ke seluruh pelusuk Malaysia menjaja keburukan dan fitnah kerajaan Malaysia. Pelbagai hal dan perkara dijaja oleh wakil rakyat pemalas ini sehinggakan beliau terkantoi mengsonglap duit ibu tunggal. Hal ini terjadi semasa seorang Pegawai Khas, Tony Tan di Sabah. Mereka dalam kempen 'membantu' dan mengumpulkan dana untuk Ibu² Tunggal. Teresa Kok hanya meminta sumbangan sebanyak RM5,000. Namun dek kerana kasihan dan bersimpati dengan nasib ibu tunggal, maka adalah seorang penyumbang ini memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 tunai untuk tujuan tersebut.

Dengan harapan segala wang yang diberikan ini dapat memberi manfaat dan digunakan sebaik mungkin oleh Teresa Kok.

Dipendekan cerita, beberapa lama setelah duit tersebut diserahkan. Teresa Kok dan Tony Tan bermasam muka selepas Teresa menuduhnya menggunakan nama parti untuk mengutip wang tersebut. Maka berlakulah perselisihan faham yang telah menyebabkan Teresa Kok bertindak untuk menyaman bekas Pegawai Khas nya sebanyak RM10 Juta.

Tujuan saman itu diajukan hanya untuk menutup salah laku yang dilakukan oleh Teresa Kok yang telah menggelapkan wang RM10,000 tersebut.

Apa yang menariknya, saman tersebut dikatakan akan dimulakan pada Ogos 2012 namun sehingga ke hari ini Teresa Kok masih lagi gagal untuk menfailkan saman terhadap Tony Tan dan hanya bersandiwara di hadapan wartawan konon dirinya dianiaya oleh bekas Pegawai Khasnya, Tony Tan.