05 April 2013

#TukarPenang - LGE Nak Usir Melayu ???

Isu Melayu di Penang terpinggir dan tertekan bukan isu baru, tetapi sejak pembangkang memerintah terutama selepas 2010, keadaan semakin getir dan kritikal. Perkara itu bukan menghairankan kerana sejak memerintah, jelas mereka tidak senang dengan agenda Melayu dan Bumiputera. Ketua Menteri sendiri hendak hapuskan kewujudan dan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan melancarkan pertuduhan berunsur perkauman. Mereka hendak perkenalkan meritokrasi, sedangkan itu cuma kosmetik politik. Itu alat paling ampuh DAP membenam atau menguburkan agenda Melayu yang selama itu dipertahankan.

Isu Melayu di Penang berpindah ke tempat lain disebabkan tekanan bermula dengan kos kehidupan termasuk berkait soal kos beli rumah, cukup ketara. Selama empat tahun memerintah, DAP dengan sokongan PKR dan PAS yang kononnya mempertahankan agenda Melayu, ternyata gagal. Mereka tuduh BN/UMNO gagal bantu Melayu sebenarnya itu hanyalah konfranstasi DAP yang dilakukan tujuan untuk mengalih dan menghasut perhatian melayu ketika itu, tetapi kenapa pakatan pembangkang tidak buktikan semua itu ketika berkuasa. Malah EXCO PKR pun menjadi lebih DAP daripada orang DAP, semata-mata nak ambil hati Lim Guan Eng supaya mereka kelihatan tidak terlalu Melayu dan Bumiputera, nak tampil diri sebagai pendukung semua bangsa tapi hakikatnya pemusnah bangsa!!. Akhirnya, tiada satupun projek perumahan untuk golongan 'marhaen', berpendapatan rendah dan miskin.

DAP berusaha hapuskan diskaun lima peratus kuota Bumiputera membeli rumah. Golongan pelampau berusaha secara licik memastikan Melayu dan Bumiputera tidak mampu memiliki rumah, aset, tanah di negeri atau kawasan strategik dengan menggunakan pelbagai helah alasan perniagaan. Agenda di belakangnya cukup jelas. Lebih 18,000 orang Melayu di Penang berpindah keluar dan demografi berpindah, Melayu hilang majoriti. Sebab itu apabila menang dalam pilihan raya lalu,L.G.E terus mahu memegang portfolio EXCO Tanah yang biasanya dipegang Timbalan Ketua Menteri atau EXCO Melayu.L.G.E membentuk Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan segala hal ehwal berkaitan wakaf tidak terletak di bawah jabatan agama dan beliau mempunyai kuasa mutlak. Pegangan aset Bumiputera dan ekuiti tanah semakin tertekan dan perkara itu bukan lagi rahsia terutama sejak 2010. Pemindahan Melayu ke Seberang Prai, Kulim atau tempat lain disebabkan kos rumah dan tanah melambung tinggi. Bagaimana mereka nak hidup. Contoh di Balik Pulau sendiri, kos rumah baru sehingga RM500,000, bagaimana mereka nak hidup dan memiliki rumah. Balik Pulau kawasan tradisional nelayan, macam mana mereka nak beli rumah. RKP merasa amat terkilan dengan episod ini yang memperlihatkan gerakan strategik dan licik DAP melalui pelbagai cara untuk 'menghalau' orang Melayu secara senyap-senyap tanpa disedari umum.


Psssttt: Bangkitlah wahai "Melayu" di Penang!!!mahukah anda dibelenggu perit 4 tahun lagi kehadapan????alamatnya........anda fikirlah sendiri....


TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com