Powered By Blogger

07 May 2013

Inikah Yang Dikatakan Kebebasan Media Bagi PR ???

Walaupun melaungkan kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia tetapi DAP ternyata sebuah parti yang langsung tidak mengamalkan segala laungan tersebut. Satu demi satu isu yang melanda parti itu membuatkan DAP tidak boleh menyembunyikan lagi warna sebenarnya yang kuku besi, tidak adil dan rasis.

Sikap inilah yang menyebabkan berbondong-bondong ahli-ahli dan pemimpin DAP keluar parti di saat-saat akhir menjelang pilihanraya. Rata-rata memberi alasan DAP kuku besi dan anak beranak Lim begitu angkuh, bongkak, sombong serta tidak menghormati sesiapa termasuk ahli dan pemimpin bawahan parti.

Mungkin kerana tiada lagi tempat untuk mengadu, maka pemimpin DAP yang kecewa memilih media perdana untuk meluahkan perasaan. Antaranya, Janice Lee iaitu penyandang kerusi DUN Teratai yang kini bertanding atas tiket bebas setelah namanya digugurkan oleh DAP. Alasan DAP menggugurkan nama Janice adalah kerana menuduh beliau menggelapkan wang dana. Janice menafikan keras dakwaan itu melalui akhbar New Straits Times. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk bertanding bebas.

Alasan Janice, wang deposit pencalonan beliau dikumpul dari kutipan derma jawatankuasa penduduk Teratai dan beliau bertanggungjawab memikul harapan mereka untuk terus bertanding.

Akibatnya, beliau telah dipecat dan tindakannya membela diri melalui media perdana telah dianggap sebagai pengkhianatan oleh DAP. Namun, kes Janice nampaknya tidak terhenti di situ tetapi menjadi semakin rumit.

Semalam Tan Kok Wai, Pengerusi lembaga disiplin DAP, dilaporkan oleh Guong Ming Daily sebagai menuduh Janice atas tiga kesalahan iaitu menyalahguna dana, menyalahguna kuasa dalam mengendalikan isu dinding penahan di Taman Seraya serta menempelak jawatankuasa disiplin secara terbuka.

Nanyang Siang Pau dan China Press pula melaporkan Janice mencabar Tan Kok Wai agar menunjukkan bukti. Malah, Janice juga menggelar Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP sebagai penipu.