20 February 2014

PANAS!!! CheguBard SAMMSeng Upah warga Myanmar ???

RKP ade membaca menerusi laman blog rakan seperjuangan berkenaan Ketua NGO haram yang lebih dikenali sebagai CheguBard SAMMseng salah seorang melayu yang tak sedar diri yang juga pemimpin PKR yang suam-suam kuku kambing teruja untuk jadi pakar propaganda dan pembohong bersiri seperti Anwar dengan menyebarkan pula ceritera propaganda tahyul mengenai perihal pengundi hantu Myanmar pula.

Katanya, beribu-ribu warga asing dipercayai dari Myanmar telah memasuki negara dari KLIA bersama beg-beg besar dan diturunkan di hadapan KTM Kajang yang pada tanggapannya berkemungkinan ada kaitan dengan PRK DUN Kajang.

Untuk justifikasikan dakwaannya itu lagi dipalitkan pula tuduhan bahawa SPR sengaja melambat-lambatkan proses penamaan calon dan hari mengundi PRK DUN Kajang supaya nampak lojik di mata umum.

Mentang-mentang sandiwara 40 ribu pengundi Bangla semasa PRU-13 dulu merekodkan box office dan berjaya menghasilkan pulangan lumayan berikutan kejayaan memperdayakan ramai pengundi, itulah agaknya sempena nak menjelang kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang ini propaganda hampir sama digarap lagi.

-sumber

P/s: chegubard ni tak habis-habis lah nak mengeksploitasikan dan manipulagi keadaan.dari dulu,kini dan selamanya para pengikut Chegubard SAMMseng ni akan hanyut...dahlah tu majoriti nya bangsa melayu...ish..ish..ish...memalukan sungguh betul la....mohon kepada pengikut SAMMseng ini balik rumah duk sorang-sorang baca habis buku tentang perlembagaan negara..