07 April 2015

PANAS!!! KONSPIRASI TERANCANG??? @NajibRazak @tunfaisal @UMBXtreme @teammediaperak @umnoonline

SALAM ABATA,

Kadang kadang RKP terfikir dengan karenah Tun Mahathir yang sekarang ni dilihat agak agresif mengkritik YAB PM Dato Seri Najib Razak. Just RKP nak kongsi apa yang RKP fikir pada semua.

Tun Mahathir & Najib Razak mungkin dalam GAME mereka berdua. Mungkin ada table talk antara Tun M dan Najib dan pekara ini hanya mereka berdua sahaja yang tahu dan rancang.

Kenapa???

Apa yang Tun M bangkitkan adalah apa yang telah dibangkitkan oleh pihak Pembangkang sebelum ini. Apa yang Tun M ulas adalah benda yang sama diputar pihak pembangkang sebelum ini. Dan apa yang dibangkitkan oleh Tun M adalah pekara yang telah pun dijawap oleh Najib Razak sebelum ini lagi.

Mungkin???

Tun Mahathir melontarkan soalan soalan yang sama dengan apa yang pembangkang bangkitkan agar pihak pembangkang bertepuk tangan melihat Tun M mendesak Najib menjawap isu yang dibangkitkan. Dan ini memberikan impak besar yang dilihat menyebelahi pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU14. Rakyat pula akan menurut apa sahaja alunan suara Tun Mahathir dan Pembangkang mengkritik Najib Razak.

Akhirnya?

Najib Razak menjawap segala isu yang Tun M bangkitkan dan kemudiannya ianya dipersetujui dan diakui oleh Tun Mahathir bahawa Najib Razak telah menjawap segala fitnah yang dilontarkan oleh pihak pembangkang selama ini. Tun Mahathir jelas menerima segala jawapan Najib Razak dan mahu Rakyat Malaysia turut sama menyokong Najib Razak.

Akibatnya?

Pembangkang tidak ada lagi modal mahu menyerang Najib dan BN kerana keseronokkan mereka yang selama ini melemparkan fitnah ke atas Najib Razak dan disambut pula oleh Tun Mahathir akhirnya dijawap oleh Najib Razak dan disetujui oleh Tun Mahathir sendiri.

Rakyat Malaysia akan berubah dari pekara yang negatif keatas Najib Razak menjadi positif dengan kenyataan Tun Mahathir yang menyokong Najib Razak kerana telah mengesahkan bahawa apa yang difitnah pembangkang selama ini adalah satu fitnah jahat.

Ini hanyalah pemikiran RKP memandangkan adalah amat pelik jika Tun Mahathir benar benar mahu Najib Razak meletakkan jawatan. Apatah lagi Tun M membangkitkan kisah pembunuhan Altantuya yang mana kita tahu kes tersebut berlaku sewaktu Najib Razak menjadi timbalan Perdana Menteri. Takkan lah Tun Mahathir tidak mempunyai maklumat sama ada Najib Razak terlibat? Jika benar Najib Razak terlibat sudah pasti waktu itu Tun Mahathir tidak akan menolak Pak Lah dan menyokong Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Mana mungkin Tun Mahathir mahu menyokong Najib sebagai Perdana Menteri jika benar Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Malah pada kempen Pilihanraya kecil Hulu Selangor pada tahun 2010 diatas pentas ceramah Barisan Nasional Najib Razak telah bersumpah tidak kenal Altantuya dan pada waktu itu juga Tun Mahathir berada diatas pentas yang sama. Tun Mahathir dengar dan lihat dihadapan nya bahawa Najib Razak telah bersumpah tidak kenal Altantuya. Takkan lah Tun Mahathir tak dengar dan tak nampak waktu itu?

RKP harap benar apa yang RKP fikirkan bahawa kritikkan Tun Mahathir ke atas Najib Razak adalah satu pekara yang dirancang oleh mereka berdua bagi membantu Barisan Nasional khususnya UMNO bagi menghadapi PRU 14 dan seterusnya mematikan fitnah dan rekayasa pihak pembangkang selama ini ke atas YAB PM Dato Seri Najib Razak.

Wallahualam.......

-Sumber