18 July 2016

MESTI BACA...!!! KENA HENTAK , TETAP KENA PUNYA ...???? @najibrazak @umnoonline @teammediaperak

Salam ABATA,

..." jika mahu dibuat ‘witch hunting’ semua pihak ada sisi gelapnya"...

Persoalan sebenar yang cuba ditunjuk hero oleh mantan si SETPOL era PAS berhubung isu air tidak membawa apa-apa faedah melainkan cubaanya menjadi juara rakyat. Setelah 3 tahun membisu kesan terpukul teruk dengan kekalahan PAS dalam PRU ke-13 yang lalu. Apatah lagi YB Pahrolrozi kini sudah sertai Amanah, YB Dato Mahfuz juga bercuti dari YDP PAS Pokok Sena dan intim dengan Amanah. Demikian juga YB Dato Amiruddin HAMZAH sudah meletakkan jawatan selaku YDP PAS Kuala Kedah. YB Nasir Mustaffa, ADUN Kubang Rotan juga lebih mesra dan rapat dengan Amanah.

Hanya tinggal si mantan Setpol sahaja peluang baginya menonjolkan diri. Namun langkahnya sumbang, suaranya pincang. Rakyat Kedah tidak pernah lupa apa yang berlaku di zamannya gah berkuasa. Tetap segar isu haru birunya KUIN, transaksi tanah PKNK dan BDB yang meragukan, isu pelaburan balak di Papua NEW GUINEA yang lebur.

Isu TSM di Sungai Kob, Kulim yang ditukar menjadi ‘perkuburan cina’. Isu madrasah Salihiah dan tanah waqaf yang dirompak secara halus, isu cubaan memajak Taman Wira Mergong kepada Bank untuk urusan penduduk membayar tunggakan bayaran sewa rumah. Isu Ladang Rakyat yang ladangnya tidak kelihatan, balak yang hilang. Sehingga air teh susu keluar di saluran paip penduduk Baling, Kubang Pasu dan Padang Terap.Isu K-keli yang kelinya tak sempat dibeli, tapi balak juga yang hilang.

Isu kilang mengetin buah, yang buah rambutan dan nenasnya entah kemana, namun kambing jua yang menjadikan kilang berkenaan tempat beristirehat. Isu meriahnya Kedah dengan pusat hiburan, pusat judi online, disko, pub dan rumah urut tatkala Kerajaan PAS diharapkan membawa DAULAH ISLAMIYAH. Termasuk isu perebutan menjadi MB dan isu penolakan jawatan EXCO oleh dua EXCO kanan sehingga tuan Presiden PAS terpaksa turun ke Mentalon menyelesaikannya.

Dan mantan Setpol memang bijak dalam mengurus soal ini, apabila berjaya memujuk ADUN Bebas Lunas, Bakar Arang ketika itu di sebuah Restoran di Shahab Perdana untuk menandatangani sokongan menyebelahi arwah Ustaz Azizan dengan kesemua tandatangan sokongan itu keesokan paginya dihantar ke Istana Negara. Akuilah kerana saksi hidup berhubung perkara ini masih bernyawa termasuk Walid saya yang mantan Setpol tentu ketahui apa jawatan dan tugasnya di istana……

Maka benarlah,kata bidalan, jika ekor bergelumang taik, salakan jadian jangan direka. Muhasabah diri, teliti kenapa PAS jatuh 2013 lalu, susun semula strategi dan lawanlah kami secara gentleman politik. Bukan politik menghasut, melencong dan menjadi batu api.

Dan saya tidak memerlukan dedak dari YAB DS MB, status jawatan saya selaku Pegawai KHAS tidak termasuk dalam payroll kerajaan Negeri, boleh disemak. Perolehan dan pendapatan dari syarikat saya lebih dari mencukupi buat membantu memenangkan perjuangan parti saya. Bukan semua pemimpin dan ahli UMNO gelojoh, dan kami tidaklah seperti pegawai Khas di era mantan Setpol berkhidmat, dengan skil gaji yang dinaikkan begitu tinggi.

Namun, apabila ketua BAHAGIAN saya yang juga selaku YAB MB dinista, ditohmah, maka menjadi kewajaran selaku pimpinan pemuda Bahagian bangun untuk menjelas dan mempertahankan semuanya.

Dan jangan menggangap kesemua usaha murni sebegini kesan dari disumbat dedak, kerana setahu saya dan hasil makluman dan rekod yang ada, mantan Setpol PAS lah antara pemakan dedak terbesar di era PAS bermaharajalela. Cukuplah tak perlu didedahkan semuanya.

Prinsip UMNO bukan bermain sentimen politik mengaibkan atau sentuh pribadi seperti lagak laku sebahagian budaya PAS Akan tetapi berlawan secara anak jantan di gelanggang sebenar. Gelanggang politik, dan PILIHANRAYA adalah medan untuk membuktikan segalanya.

ARTIKEL PENUH DI http://bilashahabudinberbicara.blogspot.com

LAWAN TETAP LAWAN !!! #LAWANTETAPLAWAN

- sumber -