Powered By Blogger

16 August 2016

PANAS!!! TIGER & ANJING BERTEMPIARAN LARI KELUAR KANDANG ???

Sa lam  se per juang an,

R K P™  mendapat info isu semasa melalui sahabat pena berkenaan :

"... Sungguhpun menggunakan anjing untuk menjaga kawasan, sarang penagihan dadah di kawasan Kampung Durian Kudung, di sini, tetap berjaya diserbu oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok, petang kelmarin..."

Penolong Pegawai AADK Bachok, Muhammad Wafi Kamaruddin memberitahu, serbuan itu dibuat berikutan keluhan dan kebimbangan penduduk kampung berkenaan mengenai sarang dadah yang dipercayai menjadi lokasi tumpuan untuk melakukan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah.

Menurutnya, selepas membuat risikan untuk beberapa ketika, AADK Bachok melancarkan Operasi Sarang Anjing sekitar jam 3 hingga 4 petang kelmarin.

"Lokasi itu dikenali sebagai 'port anjing' kerana mereka guna anjing sebagai penjaga untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Dalam operasi itu, seramai 18 lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 17 hingga 43 tahun, disyaki penagih telah ditahan untuk ujian saringan urin.

"Masalah kewujudan sarang penagihan dadah itu sudah berlarutan beberapa ketika dan penduduk bimbang ia akan mempengaruhi persekitaran dan aspek keselamatan," katanya.

Muhammad Wafi berkata, sehubungan itu AADK Bachok melancarkan operasi berkenaan dan daripada kesemua 19 yang ditahan, 15 termasuk wanita didapati positif dadah jenis methamphetamine atau pil kuda.

Tambahnya, kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 dan AADK Bachok turut menjumpai satu botol berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin dalam sebuah kenderaan dinaiki seorang lelaki serta wanita semasa serbuan itu.

"Dua suspek berkenaan telah diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk tindakan lanjut. Operasi disertai seramai 12 anggota AADK diketuai Unit Penguatkuasaan AADK Bachok.

"Operasi Perangi Pil Kuda (PPK) akan diteruskan di daerah ini dari semasa ke semasa dan kita berharap masyarakat akan terus memberi sokongan serta kerjasama bagi mengurangkan masalah penagihan dadah," katanya.

#redahkasipecah #DADAHdurjana #BELIAntiDADAH

S u m b e r