Powered By Blogger

16 August 2016

S e k i l a s P a n d a n g JE??? @najibrazak @khairykj @tunfaisal @umnoonline @teammediaperak

S a l a m  pe r juan gan . ..

R K Ping in  ber kong si   se kilas  pandang ten tang  in f o  se masa ...

1. Calun Presiden USA dari Parti Republikan Donald Trump mendakwa pesaingnya Hillary Clinton dan suaminya adalah dalang dan penaung kepada IS.

2. Indonesia tidak akan sesekali memberi ruang kepada kaum Gay bertapak di negara itu.

3. Industri perfileman di China merudum bila kutipan tiket pawagam di negara itu jatuh 10%.

4. Rakyat Malaysia di seru ketepikan perbezaan politik dan sama2 menumpukan kepada perayaan Hari Kemerdekaan tahun ini.

5. Kerajaan mahu perkenalkan mata pelajaran baru yang ada kaitan dengan Akta Haiwan di sekolah2 untuk memupuk pemahaman dan rasa sayang kepada haiwan2 dari usia awal.

6. Pemandu2 teksi tidak puas hati dengan langkah kerajaan membenarkan perkhidmatan Uber dan GrabCar beroperasi secara sah di negara ini.

7. Mufti Perlis MAZA berkata masyarakt patut peka dan fokus pada isu yang lebih besar selain Pokemon.

8. Tempat2 yang ada kaitan dengan agama seperti masjid, kuil,tokong dan lain serta tempat yang sensitif bolih di keluarkan dari kawasan carian Pokemon Go menurut pencipta permainan ini.

9. KWSP mendakwa sebanyak 44% pekerja atau 6 juta orang tidak mempunyai caruman .

10. Tenaganita berkata perkahwinan pada usia remaja atau kanak2 menafikan hak wanita.

11. Isteri PM Rosmah Mansor nasihati pengguna media sosial supaya tidak berkongsi maklumat atak menyebarkan info yang palsu.

12. Tengku Adnan membantah perkataan 'Bersatu' yang di gunakan olih parti baru Tun DrM kerana di dakwa mampu mengelirukan orang ramai.

13. MCA tetap dengan pendirian mereka untuk menolak Rang Undang-Undang Hudud Pas.

14. Veteran politikus negara Tengku Razaleigh berpendapat parti Bersatu tidak akan mampu menarik minat bukan melayu.

15. Ahli Parlimen PKR dari Bayan Batu Sim Tze Tzin mendakwa dia tidak tahu bagaimana sebuah laman web yang di daftarnya menjadi laman lucah.

16. Majlis Perbandaran Kota Bharu mahu premis2 perniagaan memohon permit berasingan untuk pemasangan iklan yang ada kaitan dengan model2 wanita.

17. USM menunda Hari Konvensyen ke 54 universiti ke tarikh yang lain selepas ianya bertembung dengan perayaan Deepavali.

18. Pengarah2 dari kalangan FDAM menarik diri dari Festival Filem Malaysia sebagai protes dengan langkah Kementerian Komunkasi dan Multimedia yang membenarkan kemasukan filem bukan bahasa Malaysia sepenuhnya bertanding dalam kategori Filem Terbaik.

19. Che Ta tidak kisah kritikan orang ramai mengenai kes kehilangan kenderaan nya kerana dia sudah lali dengan kecaman masyarakat.

20. FAM kehilangan hak menganjurkan Kongres FIFA 2017 yang di percayai ada kaitan dengan keengganan FAM memberikan jaminan visa untuk wakil Israel datang menghadiri nya di negara ini.

21. Petrina Wong seorang penulis skrip mengembara bersaorangan dari Sweden dan kini tiba di Malaysia selepas melalui 22 negara selama 13 bulan dengan hanya bermodalkan RM800.

22. Seorang wanita warga emas di Pulau Pinang kini di buru Along kerana hutangnya yang kini di katakan berjumlah RM610,000 dari pinjaman asal sebanyak RM27,000.

23.Anggota bomba sukarela yang membantu kemalangan ngeri di Tepoh,Kuala Nerus terkejut bila mangsa yang maut adalah bapanya, 2 abang kembar dan 2 saudaranya.

24.Warga Thai maut di serang beruang semasa mencari durian di Renok Baru,Gua Musang.

25.Adik ipar MB Perlis di temui mati lemas di Sg Kampung Tulang ,Arau Perlis.Haliza Hassan seorang guru bahasa ingggeri dari SK Tengku Budriah di percayai mengidap kemurungan.

26.Warga emas 80 tahun di tetak 2 penyamun di kawasan letak kereta di Penang City Park, Georgetown.

#redahkasipecah #sekilaspandang #beliaPEWARISbangsa

S u m b e r