Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku.Kalau ikut versi gelembong Datuk Seri Nizar Jamaluddin beliaulah yang muncul hero dalam kejadian menceroboh keatas pentas ceramah UMNO di Kampong Tualang Sekah di Kampar Ahad malam.Tanpa diduga bekas Menteri Besar Perak PAS ini naik dan duduk diatas pentas pada ceramah bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’ yang berlangsung di situ.
Nizar dijadual hadir pada satu ceramah pakatan pembangkang kira-kira 100 meter dari situ.Pagi Isnin menerusi laman twitternya,Nizar dengan bangga kata "Saya menghadiri ceramah umno menggodam saya di Tualang Sekah kampar,oleh yb dato shaarani & hanafiah man,mereka panik & pucat".
Hadir pada ceramah berkenaan ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan,Datuk Shaarani Mohamad ; Ketua UMNO Bahagian Kampar,Datuk Radzi Manan dan pegawai pejabat Perhubungan UMNO Negeri Perak,Hanafiah Man.Pada kejadian sekitar jam 9.45 malam itu,Nizar tiba-tiba naik dan duduk di kerusi Hanafiah yang kebetulan sedang memberi ceramah.Maka beliau duduk disebelah Radzi di situ.Betul ke semua orang muka pucat lesi dan panik melihat orang yang tengah mereka godam naik ke atas pentas ???
Hanafiah yang juga bekas pengarang Agendadaily tertawa mendengar dakwaan Nizar itu.Ketika di hubungi petang Isnin untuk menceritakan kejadian itu,Hanafiah yang pernah bertanding sebagai calon PKR di DUN Tualang Sekah pada pilihanraya umum 1999 berkata sebaliknya Nizar yang jadi macam orang bodoh atas pentas itu.Menurutnya ceramah itu tetap diteruskan waktu itu sekalipun Nizar terpacak di situ.“Biasalah dia terpaksa tunjuk hero konon…dakwa sergah kami di ceramah…selepas buat kerja bodoh itu,”katanya.
Mengenai dakwaan Nizar beliau tiba-tiba terus tukar topik hentam Datuk S Ambiga bos Bersih pula bila melihatnya di situ,Hanafiah berkata ‘mengarutlah’.
Katanya beliau tidak tukar topik kerana kebetulan waktu itu hendak bercakap tentang Ambiga.“Dalam ceramah di depan Nizar sendiri kemudiannya saya terus bercakap mengenai beberapa pembohongannya…saya tengok mukanya macam orang bodoh ketika itu,”katanya.
Katanya beliau terus membelasahnya cukup-cukup di situ.Menurut Hanafiah lagi selepas panas tidak tahan sekitar 10 minit kemudian Nizar pun bangun nak beredar dari pentas itu.Sebelum Nizar turun beliau telah menyapanya di tempat memberi ceramah.“Dia bisik pada saya bila nak anjur debatnya dengan Menteri Besar Datuk Seri Zambry.Saya kemudian terus mengumumkan kepada hadirin apa yang dibisikkan oleh Nizar kepada saya di situ,”katanya.Menurut Hanafiah untuk memastikan orang ramai tidak dikelentong oleh Nizar mengenai kejadian itu,pihak penganjur sedang menguruskan pengeluaran video kejadian itu secepat mungkin.Sementara itu ‘perangai pelik’ Nizar sejak hilang jawatan Menteri Besar yang disandangnya selama 11 bulan dulu memang sudah menjadi bahan bualan ramai di Perak.
Malah ada yang mula mengelarnya ‘pak lawak’PAS.Dalam pada itu beliau kebelakangan ini juga kerap membuat dakwaan pakai hentam keromo sahaja.Terbaru ialah isu dakwaannya konon Perdana Menteri adakan pertemuan dengan panglima-panglima Angkatan Tentera Malaysia meminta mereka‘berbuat sesuatu’ jika BN kalah dalam PRU13.
Ini dinafikan keras oleh ATM.Nizar yang ‘sangkut’ akibat dakwaan itu kemudiannya memberi alasan beliau hanya bertanya kerana ada dengar-dengar mengenainya.Sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini Dr Zambry telah membelasah beliau kerana membuat dakwaan mengenai suatu projek di negeri itu.Dalam kes itu juga Nizar sangkut.Hanafiah memberitahu ceramah UMNO di Kampong Tualang Sekah itu adalah siri ceramah mereka ‘mengejar’ ceramah Nizar.Makanya tapak ceramah UMNO dan Pakatan terletak tidak jauh antara satu sama lain.