19 June 2020

#PRKchini —SUARA RAKYAT , PILIH CALON MUDA


Pemilihan Mohd Sharim Md Zain sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini membuktikan bahawa pucuk pimpinan UMNO/BN mendengar suara rakyat, kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor.

Katanya, kini suara anak muda diberi perhatian oleh pucuk pimpinan tertinggi apabila UMNO telah berjaya melakukan transformasi kepimpinan dan pendekatan khususnya kepada generasi pemangkin parti



#𝑃𝑅𝐾𝑐𝒉𝑖𝑛𝑖
#π‘‡π‘’π‘Ÿπ‘’π‘ π‘€π‘Žπ‘—π‘’π‘ƒπ‘Žπ’‰π‘Žπ‘›π‘”
#𝐡𝑁4𝑐𝒉𝑖𝑛𝑖
#π‘ƒπ‘’π‘œπ‘π‘™π‘’π‘‚π‘“π‘ƒπ‘Žπ’‰π‘Žπ‘›π‘” #π‘ƒπ‘œπ‘ƒ




15 June 2020

PAHANG LANCAR JIHAD ???

#JIHADMEDIA SOSIAL di LANCAR kan di PAHANG

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, tujuan utama kempen ini adalah untuk mendidik masyarakat supaya berhemah ketika berinterasi melalui media sosial.

Beliau berkata, setiap individu perlu memanfaatkan kemudahan teknologi seperti telefon pintar supaya setiap tulisan di dalam media sosial tidak mendatangkan kemudaratan terhadap diri sendiri dan masyarakat.

#JihadMediaSosial ini bukannya kita berjihad di medan perang tetapi lebih kepada melawan perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah, mengangkis segala perkara yang tak betul dalam media sosial hari ini,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Beliau berkata demikian kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang di sini hari ini.

Terdahulu, kempen #JihadMediaSosial dilancarkan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak dan barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang.

YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin juga berkata, usaha kempen ini akan dilakukan secara berterusan selain tindakan penguatkuasaan perlu diambil dan dilaksanakan agar fitnah di media sosial dapat diatasi.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga akan turut bekerjasama dengan semua pihak terutama badan-badan yang menyelia, mengawal dan membuat penguatkuasaan media sosial seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis.

Menurutnya, tindakan individu yang menghebahkan isu-isu sensitif terutamanya berkaitan Institusi Diraja, bangsa dan agama boleh mencetuskan ketegangan dan ia perlu ditangani dengan tindakan sewajarnya.

“Kita sarankan mereka yang menerima atau tidak berpuas hati perkara-perkara yang boleh timbulkan kebencian perlu membuat aduan terus kepada SKMM dan pihak polis agar tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya.


—SUMBER  


#JihadMediaSosial #MajuTerusPahang #PeopleOfPahang #PoP 



08 July 2018

#ReBUT - AMLA atau iSA ??? PILIHAN ???

Fakta Anti Money Laundering Act (AMLA)


1. Di gazetkan pada tahun 2001. Dikuatkuasakan pada 2002.

2. AMLA membolehkan mana mana agensi penguatkuasa Malaysia untuk mengarahkan institusi kewangan untuk membekukan atau merampas mana mana akaun yang disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram selama 90 hari tanpa perlu mendapatkan perintah mahkamah.

3. Perlaksanaan AMLA yang konsisten telah membolehkan Malaysia diterima masuk kedalam Financial Action Task Force (FATF) pada tahun 2015. FATF sangat 'berkira' dalam menerima ahli baru. Penerimaan Malaysia sebagai ahli FATF membuktikan ketelusan kerajaan dalam mengawasi sistem kewangan negara. Sekaligus menaikkan keyakinan pelabur luar keatas negara kita.

4. Sepanjang pemerintahan Pak lah dan DSN, AMLA tidak pernah digunakan untuk menyerang musuh politik. Tiada akaun pembangkang mahupun mereka yang gigih mengkritik kerajaan dibekukan. AMLA tidak pernah dijadikan senjata politik seperti ISA.

5. Tindakan menjadikan AMLA sebagai satu mekanisme untuk menekan atau membuli seteru politik hanya akan mewujudkan satu 'trend' baru dalam kerajaan yang memerintah. Hari ini digunakan terhadap DS Najib, esok lusa mungkin orang lain. Mungkin pula, bila kerajaan lain yang memerintah, kaedah yang sama akan digunakan oleh penguasa untuk menghapuskan musuh politiknya.

6. Menggunakan AMLA sebagai senjata politik adalah suatu perbuatan keji dan tidak berperikemanusian. Rakyat harus menentang dan menolak penyalahgunaan kuasa seperti ini. Mana mana manusia berhak untuk menerima perbicaraan yang adil dan saksama tanpa campur tangan politik.

7. Jangan membiarkan sang penguasa bertindak sesuka hati hanya kerana mereka dipilih anda. Bezakan tindakan yang menzalimi rakyat dengan tindakan yang adil dan saksama. Buang ketepi fahaman politik sementara waktu. Lihat dari sudut kemanusiaan. Bayangkan suatu hari nanti, kaedah yang sama digunakan kepada keluarga anda, sahabat anda atau pemimpin anda pula. 

Anda mahu biarkan sahaja ?

8. Desak kerajaan untuk mengotakan janji mereka untuk mengasingkan agensi penguatkuasa daripada politik. Biar Agensi Penguatkuasa Undang-undang boleh bertindak secara adil tanpa mempedulikan siapa yang menjadi pemerintah. 



#cheriteraSuara anda berharga. Jangan takut. Jangan risau. Anda BEBAS & berHAK berSUARA




sumber


#ReBUT
#HakBersuara

07 July 2018

#ReBUT - SIAPA ‘DIA’ NI ??? PAILANG SANGAT KE ??? @umb_ppum @teammediaperak @teammediabesut

salam setiakawan, 

RKP ingin berkongsi tentang perihal ade sorang rakyat malaysia kini yang dikatakan ‘pailang’ giler sampai passport & akaun dah kena ‘freeze’ tapi still bebas berjalan di luar negara... Ape cerrr ????

RKP agak berasa MUSKYIL bagaimana satu-satunya anak muda Malaysia boleh ke Taiwan dan minum dengan aktres tempatan dalam keadaan AKAUN BANK DIBEKUKAN DAN PASPOT DITAHAN? 

Bukan hanya paspot dan akaun banknya sahaja yang ditahan dan dibekukan, malah seluruh keluarga dan anak cucu bapa beliau juga mengalami nasib yang sama. 

Bagaimana dia pergi ke sana? 
1️⃣ Amalkan ilmu ghaib? 

2️⃣ Berenang di Laut China Selatan? 

3️⃣ Terbang dengan suit Superman? 

4️⃣ Naik tikar terbang Zam Zam ala Kazam? 

Saya tidak menolak kebarangkalian bahawa isu ini SENGAJA ditimbulkan bagi menutupi KEGAGALAN kerajaan Pakatan Harapan dalam melunaskan janji-janji pilihanraya mereka, yang kini berbaki 40 hari lagi. 

Siapa boleh berikan satu janji yang telah dirunaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan

Apakah dengan mencipta dan menimbulkan isu sebegini maka rakyat Malaysia akan bertambah gembira dan selesa dengan pelbagai kos sara hidup yang semakin meningkat? 

Pernahkan anda mendengar mana-mana menteri mengemukakan apa-apa cadangan atau mengambil tindakan konkrit bagi meringankan beban pengguna dan rakyat? 

Saya juga tidak menolak kebarangkaiian isu ini sengaja dicipta juga bagi menutup kepincangan dalam penahanan dan pendakwaan DS NAJIB RAZAK di mahkamah, selain berhadapan SAMAN MALU dari mantan perdana menteri itu sendiri. 

Apakah dengan mencipta dan menimbulkan isu sebegini, maka rakyat Malaysia bakal mendapat semula kehilangan wang mereka di dalam KWSP dan aliran keluar MODAL ASING yang bernilai puluhan bilion ringgit sebelum ini? 

Atau apakah dengan mencipta dan menimbulkan isu ini maka akan meningkatkan NILAI RINGGIT di pasaran matawang asing? 

Masih membisukah para pemimpin, ulama', ustaz, cendikiawan, artis dan golongan-golongan yang pernah berkokok sebelum PRU 14 lalu? 

Fikir-fikirkanlah jika situasi sebegini berlarutan selama 5 tahun. 

#cheritera: SANGGUPKAH ANDA MENGHADAPINYA?



#ReBUT #setiakawan #redahkasipecah 

#teammediabesut 

#teammediaperak



sumber

#ReBUT - DIMANAKAH PERTUBUHAN DAKWAH ISLAMIAH KITA ???? PEKIDA BANGKIT !!!! @teammediaperak

Salam Setiakawan,

ISLAM VERSI PAKATAN KAFIR HARBI DAP

1️⃣ Meliwat, berkhalwat, seks bebas, homoseksual, lesbian, minum arak, berjudi dan lain-lain kesalahan jenayah SYARIAH ISLAM merupakan dosa-dosa peribad antara pelaku dengan Tuhan.

2️⃣ Masyarakat dan Negara TIDAK mempunyai peranan terhadap pelaku-pelaku jenayah syariah tersebut.

3️⃣ Justeru itu, Ahli-ahli Parlimen dan kerajaan TIDAK akan menggubal atau meminda mana-mana Enakmen dan Akta mengenainya bagi memperkasakan dan memartabatkan Islam di Malaysia meski pun YAB Perdana Menteri ke 4, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed pernah mengisytiharkan MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM.

4️⃣ KESAN darinya adalah masyarakat tidak boleh mencampuri urusan pelaku-pelaku kesalahan jenayah Syariah Islam meski pun ianya berlaku di depan mata mereka.

5️⃣ Islam akan menjadi agama ritual yang berkisar kepada persoalan ibadat khusus, zakat, haji dan nikah kahwin sahaja.

6️⃣ Islam sebagai cara hidup dan penyelesaian masalah jenayah dan kehidupan sosial manusia menjadi tidak relevan.

7️⃣ Paradigma pemikiran sebegini merupakan agenda zionis Barat yang menganggap Islam sebagai musuh utama mereka di abad ke 21, sebagaimana yang termaktub dalam dissertasi Clash of Civilisation oleh Prof. Dr. Samuel Huntington.

8️⃣ Pendirian Kerajaan Pakatan KAFIR HARBI DAP Malaysia melalui menterinya Datuk Dr. Mujahid Rawa sebagaimana yang dilaporkan media semalam (6 Julai 2018) dianggap sebagai tersasar dari aQidah dan syariah Ahlus Sunnah wal Jamaah (ASWJ).

9️⃣ Dipertakuti ia bukan suatu khilaf yang membawa rahmat kepadaz perbezaan pandangan, SEBALIKNYA ia suatu usaha sistematik menghancurkan Islam dari dalam.

Usaha sistematik sedemikian hanya dapat dicapai dengan cara memperalatkan umat Islam yang berkuasa ATAU golongan munafik yang mengakui diri mereka beragama Islam.


#ReBUT
#revolusibarumnoterengganu


sumber

06 July 2018

#ReBUT - TAK BERDENDAM TAPI ‘iri’ KAN ??? AWAT LGU TUEE , CheDettt ???

salam setiakawan,

RKP peningggg dengan isu semasa politik negara laaa nieee..... Adehhhhh



BEKU AKAUN, SAYA TIDAK BERDENDAM - Tun Mahathir 

YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai pembekuan 408 akaun bank yang ada kaitan dengan DS Najib Razak dan 1MDB, menyatakan bahawa beliau tidak berdendam dengan musuh politiknya itu. 

Mahathir 93, sebaliknya menyatakan bahawa dia tidak pernah merungut apabila 'kawan-kawannya tidak dibenarkan berkawan dengannya'. 

Beliau juga tidak pernah merungut apabila akaun bank kawan-kawannya dibekukan.

Selain tidak menyatakan siapakah 'kawan-kawan' yang dilarang berkawan dengan beliau, Mahathir juga tidak menyatakan akaun bank kawan-kawan yang mana dibekukan. 

Mahathir tidak menyatakan apakah akaun bank kawannya Tan Sri Vincent Tan telah dibekukan sebagaimana akaun bank anak cucu DS Najib Razak.

Mahathir juga tidak menyatakan apakah akaun bank kawannya Tan Sri Ananda Krishnan telah dibekukan sebagaimana akaun bank anak cucu DS Najib Razak

Mahathir juga tidak menyatakan apakah akaun bank kawannya Tan Sri Robert Kuok telah dibekukan sebagaimana akaun bank anak cucu DS Najib Razak

Rakyat Malaysia hanya perlu percaya apa yang dikatakan oleh Mahathir tersebut sebagai benar

Tiada yang benar melainkan benar belaka” 

Maklumlah beliau terkenal serata dunia sebagai MAHA FIRAUN DAN KEPALA PEROMPAK sebagaimana yang dinyatakan oleh Barry Waine, Menteri Pertahanan Hj. Mohamed Sabu, para pemimpin, ahli, pengikut dan penyokong DAPig, PKR, PAS, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan

HIDUP MAHA FIRAUN,??? 
oppsss Hidup ...... ??????



#cheritera : Tak Dendam , tapi chedetTiri kannn?????? bukan RKP yang kata tapi , Depa yang kata ....



SUMBER

#Ceritera - JANGKA HAYAT ???

Salam Muafakat,

Disini RKP ingin berkongsi #ceritera dari rakan seperjuangan,

Kebiasaannya jangka hayat sebuah bateri kenderaan yang diselenggara rapi akan lemah sedikit demi sedikit sebelum ianya tamat (bateri kong). 

Terdapat tempoh masa di mana tuan punya kenderaan tersebut akan mengalami kesusahan akibat dari bateri kenderaan yang lemah. 

Antaranya adalah penggunaan 'jumper' yang berterusan dan terpaksa menolak kenderaan bagi menghidupkan enjin sebelum bateri tersebut hilang fungsinya secara total. 

Situasi tersebut tidak akan berlaku sekiranya tanda-tanda awal bateri lemah diambil tindakan pantas oleh pemilik kenderaan dengan membeli dan menukar bateri baru. 

Kisah jangka hayat bateri kenderaan tersebut juga boleh dijadikan suatu analogi kepada manusia.

Seseorang manusia yang senantiasa menjalani gaya hidup yang positif dari aspek penjagaan kesihatan fizikal tetapi bergelumang dengan kemunkaran dan kezaliman sepanjang hayatnya  boleh diumpamakan sebagai bateri kenderaan (yang dijaga rapi)  tersebut.

Hayatnya panjang namun akan mengalami saat-saat pengakhiran yang yang sedikit lama dan menyusahkan diri dan keluarganya berbanding golongan lain, dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan. 

Ramai yang beranggapan bahawa hayat yang panjang sebagai umur yang berkat, namun sebaliknya ia adalah istidraj kepada golongan yang seumur hidup melakukan kemunkaran dan kezaliman terhadap orang  lain.

Banyak fakta-fakta sejarah membuktikan umat Muhammad saw yang 'alim, soleh, huffaz dan bermanfaat pada manusia menemui penciptaNYA dalam lingkungan usia Baginda saw atau lebih awal dari itu.

Semoga kita tergolong di kalangan umat Muhammad saw yang berkat usianya (bukan panjang atau pendek) DAN  bermanfaat pada manusia.

 InsyaALLAH,  aamiin



p/s: #ceritera di atas tiada kena mengena dengan mana-mana pihak, samada yang masih hidup atau bakal mati. Analogi di atas tidak menyeluruh dan tidak semestinya tepat dan benar.


sumber