Seperti yang kita ketahui umum di negeri Perak,khususnya di Sg.Siput hampir suku penduduk di sana didiami oleh masyarakat orang asli.
Masyarakat orang asli kini bukan lagi seperti zaman dulu...sekarang orang asli kini bersama-sama penduduk yang lain dapat menimmati kemodenan dan kemajuan seiring dan tiada lagi yang terpinggir apabila banyak pendekatan dan usaha oleh kerajaan pusat dan negeri untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan masyarakat orang asli selaras dengan dasar-dasar transformasi kerajaan yang telah dilaksanakan khusus untuk pembangunan masyarakat orang asli.
Salah satu cara Pendekatan yang dilakukan adalah seperti mengadakan program-program amal dan kebajikan melalui Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) serta badan-badan NGO yang berkerjasama.
Seperti yang kita boleh lihat satu program pemimpin bersama masyarakat orang asli baru-baru ini diadakan di perkampungan orang asli sg.siput iaitu di Pos Piah.
Program yang dianjurkan oleh Pemuda BN/UMNO Sg.Siput itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan masyarakat setempat.
Fokus utama dalam program tersebut adalah bertujuan memupuk minat dan kesedaran dari kalangan belia dan kanak-kanak Orang Asli terhadap keprihatinan Pemuda BN/UMNO Sg.siput khususnya kerajaan negeri terhadap masyarakat Orang Asli.
Program yang dijalankan selama 2 hari itu,dipenuhi dengan banyak aktiviti yang menarik dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Jelas terbukti apabila kehadiran dianggarkan lebih 850 orang penduduk yang hadir sama menjayakan program tersebut.
Berikutan program sedemikian,secara tidak langsung membuka minat dikalangan belia muda orang asli untuk menyertai dan menjadi salah seorang sukarelawan BN/UMNO disebabkan tertarik cara dan kaedah pendekatan yang didedahkan dan dikongsikan sepanjang 2 hari program itu berlangsung.
***syabas diucapkan kepada Pemuda BN/UMNO Sg.Siput yang menjalankan amanat yang dipertanggungjawabkan sehingga menjurus suatu perubahan ke arah transformasi dikalangan masyarakat orang asli setempat....Tahniah,Pemuda!!!!!