RKP baru menerima info dari sumber yang sahih mengenai kenyataan Nizar Jamaluddin yang sebelum ini mengwar-warkan bekas MB Perak DS Tajol Rosli akan keluar parti dan menyertai PAS hanyalah provokasi murahan Nizar Jamaluddin untuk mengelirukan dan meraih simpati orang ramai.
Menurut Pemangku Ketua Bahagian UMNO Gerik Dato Hasbullah menafikan isu Dato Tajol Rosli mantan MB Perak akan lompat parti menyertai PAS malam ini. Isu ini merupakan fitnah yang dimulakan oleh Nizar Jamaluddin dan mula bertebaran di laman sosial. Nizar Jamaluddin yang dikenali sebagai "PEMBOHONG BERSIRI" meneruskan agenda pembohongan beliau untuk mengecapi cita-cita politik di Perak.