Powered By Blogger

20 July 2012


Guan Eng DAP Bunuh Ekonomi Orang Melayu

THURSDAY, JULY 19, 2012


Malu dan memang malu dengan gelagak Cina Komunis Lim Guan Eng yang semakin hari semakin menonjol sifat anti melayunya. Bersongkok kononya nak bersama sama dengan orang Melayu namun hakikatnya Lim Guan Eng adalah si Bangsat yang sedang dalam perangkaan membunuh Melayu terutama dari segi ekonomi.

Pemimpin Pembangkang Bisu Bila Berhadapan Dengan Pengerusi SPR

FRIDAY, JULY 20, 2012







Mengamuk sakan puak Pembangkang dengan kenyataan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz semalam bila berhadapan dengan puak pemimpin pembangkang. Pelik dan sememangnya pelik bila semalam sekor haram pun pemimpin pembangkang tak bangkang apa yang pengerusi SPR nyatakan. Hampeh betul le depa ni puak pembangkang......


"Jadi MB 22 Tahun Tapi Dok Tidor Sokmo" - 160 Orang Kampung Nik Aziz Sertai UMNO

FRIDAY, JULY 20, 2012


Agak terkejut bila penduduk Kg Nik Aziz PAS sendiri menyertai UMNO beramai ramai kelmarin. Terkejut kerana Gomo ingatkan bila dah sekampung dengan Nik Aziz tu mestilah depa semua pakat sokong PAS dan menyokong penuh Nik Aziz tu. Tambah pula Nik Aziz tu Menteri Besar Kelaantan yang dah lebih 22 tahun duduk atas kerusi empuk.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah puji syukur ke hadrat Allah SWT. kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita meraikan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini dalam keadaan penuh keberkatan dan kerahmatan.
Bulan Ramadhan adalah merupakan bulan kemuliaan dan penuh keberkatan yang dikurniakan Allah SWT kepada umat Islam untuk di ambil peluang bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dengan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat-kali ganda.
Ibadat puasa yang dilakukan dengan penuh kesempurnaan, sudah pasti mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan seterusnya membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT.
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah bulan perjuangan menentang hawa nafsu. Harus diingatkan di bulan yang mulia ini kita perlu menginsafi diri dengan membantu para fakir miskin, anak-anak yatim dan orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Perbuatan membazir haruslah dielakkan. Sikap suka bersedekah mestilah dipupuk. Zakat fitrah pula janganlah dilupakan.
Menyedari akan kemuliaan bulan ini, saya menyeru agar semua umat Islam di Malaysia menguatkan lagi perpaduan ummah kerana harus diingat perpaduan dan penyatuan umat merupakan asas kekuatan umat Islam pada masa hadapan. Inspirasi perpaduan daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan harus di jadikan pedoman oleh umat Islam seluruhnya.
Perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam di dalam negara ini. Yakinilah bahawa kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang dipimpin.
Ingatlah sesungguhnya musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk memecah-belahkan umat Islam, mereka sedar kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang terbina erat.
Justeru, bersama-samalah kita mengenepikan perbezaan pendapat dan ideologi politik demi perpaduan ummah yang akan membawa seluruh umat Islam di Malaysia ini ke suatu dimensi baru yang lebih baik pada masa yang mendatang.
Akhir kalam janganlah kita lupa untuk mencari kerahmatan di malam Lailatulqadar yang mempunyai ganjaran kebaikan bersamaan seribu bulan. dan rahmat keampunan daripada Allah SWT. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

16 July 2012


KHALID GAGAP PAK TURUT ANWAR SEKSA RAKYAT - CATUAN BEKALAN AIR SELANGOR BERMULA..!!





Kegagalan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah rizab air di Selangor, menyebabkan catuan bekalan air mula dilaksanakan di beberapa tempat di Lembah Klang.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, kerajaan Selangor yang diterajui PKR sepatutnya memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 kerana catuan air yang dilaksanakan hanya merupakan kaedah penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi kekurangan bekalan air.

"Dalam hal ini, Syabas tidak ada pilihan, selain melakukan catuan air untuk mengatasi gangguan bekalan air berikutan kadar rizab yang rendah di Selangor.

"Oleh itu, beliau (Abdul Khalid) tidak patut menyimpang daripada isu pokok dan menipu rakyat Selangor dengan berkata bekalan air masih mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) di Bukit Changgang, dekat sini hari ini.

Mohd Zin berkata, kekurangan bekalan air akan berlaku selagi kerajaan negeri tidak menambah rizab air yang dirawat kepada standard industri sebanyak 20 peratus atau pada kadar penimbal lebih selesa sebanyak 10 peratus.

"Kadar penimbal yang mencukupi perlu ada untuk menangani keadaan naik turun bekalan pada musim panas," katanya.

Mohd Zin berkata demikian bagi mengulas kenyataan ketua pegawai eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan bahawa Syabas akan memohon kebenaran untuk memulakan catuan bekalan air dengan serta-merta di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang berikutan kekurangan bekalan air yang semakin serius.

Ruslan dilaporkan berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang mengalami krisis air apabila paras rizab di 34 loji rawatan menurun kepada purata dua peratus, jauh di bawah 'paras selamat' sekurang-kurangnya 20 peratus.

Mohd Zin berkata, lebih 30 peratus panggilan yang diterima hotline yang dikendalikan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (Pakar) adalah berkaitan isu air yang dihadapi mereka yang tinggal di kawasan berbukit.

PDK berkenaan, yang menempatkan 32 orang kurang upaya berusia antara tiga bulan dan 40 tahun, mula beroperasi pada 2003 dengan peruntukan awal RM100,000.

Pada majlis itu, Mohd Zin, yang juga Ahli Perlimen Sepang, mengumumkan pemberian peruntukan RM50,000 kepada PDK berkenaan untuk membiayai kerja pembesaran bangunannya.

11 July 2012


[Video] @tunfaisal - Sokongan kaum Cina kepada BN lebih baik selepas BERSIH 3.0


#TukarKedah Kronisme punca `balak habis, pembangunan tak nampak' di negeri-negeri Pas perintah?




PANASS!! Exco Kedah KAYAKAN Adik Beradik dan Kroninya dengan harta Kerajaan Negeri Kedah!! #tukarKedah


#TukarKelantan : Nik Aziz zalim! Negeri berkebajikan Pas tindas rakyat!




Eksklusif #SaveKelantan : Kedaifan Penduduk DUN Chempaka Di Bawah Regim Nik Aziz #MBMalas - Siri 2

http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/07/savekelantan-kedaifan-penduduk-dun.html


Sambung dari [sini]

Kg. Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan pesisir pantai yang mana jarak perkampungan ini dari rumah Nik Aziz Nik Mat lebih kurang 10 kilometer sahaja. Untuk pengetahuan saudara pembaca bukan Mariam Binti Mat Deris sahaja yang tinggal dalam keadaan daif di perkampungan ini.

Hasil tinjauan yang saya lakukan perkampungan ini turut didiami lebih 20 keluarga yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan sedangkan mereka merupakan rakyat Kelantan yang berada di bawah DUN Chempaka yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan sendiri.

Selepas saya melawat rumah Mariam Binti Mat Deris saya mengunjungi sebuah lagi rumah yang mana keadaannya lebih daif selain dipenuhi dengan sampah-sarap. Mungkin ada di kalangan pembaca pernah terdengar kisah seorang ibu dan anaknya dari Kelantan yang tinggal bersama kambing yang diperkatakan media sekitar tahun 2011.

Walaupun ianya telah dipaparkan media sekitar tahun lepas, nampaknya kerajaan PAS Kelantan masih lagi buta perut kerana sehingga kini mereka gagal membela nasib-nasib keluarga yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan walaupun di bawah Dun yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan sendiri.

Saya tidak sempat berbual lama dengan individu kedua yang saya lawati kerana pada waktu itu kelihatan beliau sedang sibuk bekerja di halaman rumahnya. Namun dari perbualan ringkas saya ternyata, wakil rakyat dan kerajaan negeri PAS gagal melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka.

Ibu malang bersama anaknya menceritakan keperitan yang beliau alami kerana tiada wakil rakyat PAS yang membantu.


Di sinilah tinggalnya ibu malang bersama anaknya.
Suasana dari dalam rumah.
Tempat mandi dan mencuci pakaian.
Pandangan dari jauh.
20 keluarga di Kg. Pulau Gajah iaitu sebuah kampung yang berada di bawah DUN Chempaka yang diwakili oleh Nik Aziz Nik Mat bukan sahaja tinggal dalam rumah yang daif malah mereka tinggal bersama sampah-sarap.

Bukankah Islam itu menggalakkan umatnya menjaga kebersihan? Nampaknya selain gagal membela nasib rakyat di DUN yang diwakilinya sendiri. Nik Aziz Nik Mat turut gagal menerapkan nilai-nilai Islam kepada rakyat di sini.

Persekitaran yang kotor.
Daif dan serba kekurangan.

Mana mungkin kerajaan negeri yang diperintah PAS Kelantan tidak mampu untuk membina rumah kos rendah 1 bilik serta memindahkan penduduk di Kg. Pulau Gajah yang dalam keadaan daif ini agar mereka dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa?

Adakah ini konsep 'Negara Kebajikan' yang mereka laungkan?

Bagaimana mereka mampu merealisasikan konsep 'kebajikan' apabila memerintah Malaysia, jika rakyat setempat yang tidak sampai 100 orang dan juga pengundi di kawasan sendiri pun GAGAL dibela oleh seorang yang berjawatan Menteri Besar bernama Nik Aziz Nik Mat?

Ternyata Nik Aziz Nik Mat seorang Menteri Besar yang GAGAL walaupun memerintah Kelantan lebih 20 tahun...

YY : Rakyat DUN sendiri dokleh jago, ado hati nok jago rakyat Malaysia? 








AxdybrTCAAA9drc.jpg


Laporan TMI Ambiga menuduh Kementerian Penerangan mencetak dan menyebarkan flyer ini.

imgres.jpg


Forum Sinar - Nasruddin Tantawi hindari fakta mengenai circumstances evidence


Antara perkara yang tidak dibahaskan dengan jelas atau mungkin cuba disembunyikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Tantawi dalam forum semalam adalah soalcircumstances evidence, iaitu pembuktian-pembuktian lain selain empat saksi yang turut diterima pakai oleh Islam dan hukuman yang bukan dalam kategori hudud (prescribed punishments) untuk menghukum pihak yang dibuktikan bersalah melalui circumstances evidence ini. Di bawah adalah pandangan seorang hakim mengenai DNA dan kaedah yang sama boleh digunakan dalam hal video lelaki yang menyerupai Anwar.

Terkini Ahli Parlimen Pas, Mahfuz Omar pula tersenarai sebagai #MPmalas


Sebelum ini Azmin, Khalid Samad, Nurul Izzah dan Gobind-Deo juga dikatakan jarang turun padang dan tidak menjaga kawasan parlimen masing-masing dengan baik

TUDIAA!! Orang Pokok Sena HINGAQ Mahfuz Tak Buat Kerja!! #MPmalas
http://kedahkekl.blogspot.com/2012/07/tudiaa-orang-pokok-sena-hingaq-mahfuz.html

Ahli Parlimen yang paling suka komplain pasal orang dalam Malaysia ni, si Mahfuz Omar akhirnya di komplain pulak oleh orang pokok Sena sendiri. Ingat orang yang suka komplain pasal orang ni buat kerja baguih sangat. Rupanya lagi terukkk.. awat la depa ni lupa bagi dia cermin untuk cermin-cerminkan diri dia dari mengata kat orang?

Baru jadi ahli parlimen dah orang bising.. agak-agak la kalau jadi menteri atau Menteri besar.. orang macam dia ni, boleh buat kerja ka?

POKOK SENA Julai – Kira-kira 203 pesawah dari Kampung Banggol Cengal, Kampung Bendang Perang dan Kampung Jabi di sini mengalami kerugian lebih RM160,000 apabila sawah mereka diserang tikus sejak bulan lalu.


Hampir 270 hektar sawah di tiga kampung terbabit diserang haiwan perosak itu dan 77 hektar daripadanya rosak teruk sehingga tiada hasil padi boleh dituai.


Seorang pesawah dari Kampung Bendang Perang, Ahmad Khamis, 61, berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM1,200 pada musim ini apabila satu hektar sawahnya diserang tikus.


“Tikus menyerang padi pada waktu malam dan habis batang padi dimakannya sehingga menyebabkan pokok padi mati. Kami dah gunakan racun untuk mengurangkan jumlah tikus namun masih gagal kerana racun yang digunakan tidak mampu membunuh haiwan perosak ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Banggol Cengal di sini semalam.


Menurut Ahmad, sebelum ini kawasan sawah di kampung itu pernah diserang tikus, namun kerosakan pokok padi yang dialami hanya sedikit berbanding musim kali ini tikus menyerang dengan pantas dan merosakkan pokok padi dalam tempoh dua minggu sahaja.


“Pokok padi mati dan sepatutnya kami boleh menuai hasil dalam tempoh 20 hari lagi, namun kami hampa kerana pokok padi habis dimusnahkan tikus,” jelasnya.


Seorang lagi pesawah, Md. Ali Bakar berkata, kehadiran tikus-tikus yang merosakkan padi di kawasan sawah membuatkan ramai pesawah mengalami kerugian pada musim ini.


“Tikus memang banyak sehingga kami pasang perangkap pun jumlah masih banyak dan sukar untuk kami musnahkan haiwan perosak tersebut” ujarnya.


Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom yang meninjau kawasan sawah di tiga kampung itu berkata, pihaknya akan mengarahkan pesawah dan pegawai-pegawai pertanian yang terlibat mengadakan gotong-royong dengan segera bagi mengurangkan jumlah tikus di kawasan terlibat.


“Saya juga mahu pegawai-pegawai pertanian lebih kerap mengadakan perjumpaan dengan pesawah selepas ini bagi memastikan masalah-masalah yang berkaitan dengan sawah padi dapat diatasi dengan segera,” ujarnya. UTUSAN


Laaa... akhirnya menteri jugak yang tolong pesawah ni.. mana depa punya ahli parlimen? Sibuk ceramah kutip duit sana-sini kot.. sampai takdan nak tengok rakyat kawasannya. Suruh si Mahfuz bukak buku balik, apa tanggung jawab paling utama jadi ahli parlimen? hmm..