Powered By Blogger

11 July 2012


#TukarKelantan : Nik Aziz zalim! Negeri berkebajikan Pas tindas rakyat!




Eksklusif #SaveKelantan : Kedaifan Penduduk DUN Chempaka Di Bawah Regim Nik Aziz #MBMalas - Siri 2

http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/07/savekelantan-kedaifan-penduduk-dun.html


Sambung dari [sini]

Kg. Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan pesisir pantai yang mana jarak perkampungan ini dari rumah Nik Aziz Nik Mat lebih kurang 10 kilometer sahaja. Untuk pengetahuan saudara pembaca bukan Mariam Binti Mat Deris sahaja yang tinggal dalam keadaan daif di perkampungan ini.

Hasil tinjauan yang saya lakukan perkampungan ini turut didiami lebih 20 keluarga yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan sedangkan mereka merupakan rakyat Kelantan yang berada di bawah DUN Chempaka yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan sendiri.

Selepas saya melawat rumah Mariam Binti Mat Deris saya mengunjungi sebuah lagi rumah yang mana keadaannya lebih daif selain dipenuhi dengan sampah-sarap. Mungkin ada di kalangan pembaca pernah terdengar kisah seorang ibu dan anaknya dari Kelantan yang tinggal bersama kambing yang diperkatakan media sekitar tahun 2011.

Walaupun ianya telah dipaparkan media sekitar tahun lepas, nampaknya kerajaan PAS Kelantan masih lagi buta perut kerana sehingga kini mereka gagal membela nasib-nasib keluarga yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan walaupun di bawah Dun yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan sendiri.

Saya tidak sempat berbual lama dengan individu kedua yang saya lawati kerana pada waktu itu kelihatan beliau sedang sibuk bekerja di halaman rumahnya. Namun dari perbualan ringkas saya ternyata, wakil rakyat dan kerajaan negeri PAS gagal melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka.

Ibu malang bersama anaknya menceritakan keperitan yang beliau alami kerana tiada wakil rakyat PAS yang membantu.


Di sinilah tinggalnya ibu malang bersama anaknya.
Suasana dari dalam rumah.
Tempat mandi dan mencuci pakaian.
Pandangan dari jauh.
20 keluarga di Kg. Pulau Gajah iaitu sebuah kampung yang berada di bawah DUN Chempaka yang diwakili oleh Nik Aziz Nik Mat bukan sahaja tinggal dalam rumah yang daif malah mereka tinggal bersama sampah-sarap.

Bukankah Islam itu menggalakkan umatnya menjaga kebersihan? Nampaknya selain gagal membela nasib rakyat di DUN yang diwakilinya sendiri. Nik Aziz Nik Mat turut gagal menerapkan nilai-nilai Islam kepada rakyat di sini.

Persekitaran yang kotor.
Daif dan serba kekurangan.

Mana mungkin kerajaan negeri yang diperintah PAS Kelantan tidak mampu untuk membina rumah kos rendah 1 bilik serta memindahkan penduduk di Kg. Pulau Gajah yang dalam keadaan daif ini agar mereka dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa?

Adakah ini konsep 'Negara Kebajikan' yang mereka laungkan?

Bagaimana mereka mampu merealisasikan konsep 'kebajikan' apabila memerintah Malaysia, jika rakyat setempat yang tidak sampai 100 orang dan juga pengundi di kawasan sendiri pun GAGAL dibela oleh seorang yang berjawatan Menteri Besar bernama Nik Aziz Nik Mat?

Ternyata Nik Aziz Nik Mat seorang Menteri Besar yang GAGAL walaupun memerintah Kelantan lebih 20 tahun...

YY : Rakyat DUN sendiri dokleh jago, ado hati nok jago rakyat Malaysia?