Kerajaan Negeri Pahang telah
meluluskan permohonan syarikat Lynas Corporation Ltd untuk membina sebuah kilang memproses dan
penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang.
Pembukaan kilang memproses nadir
bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. berfungsi sebagai
kilang memproses nadir bumi. Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan
komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita
dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan kerana
komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan
efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.
Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif
Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti
akan ditutup apabila mentadbir negara kelak. Gambaran yang cuba ditanam kepada
rakyat Malaysia ialah betapa mudaratnya nadir bumi ini sehinggakan Australia
tidak mahu memprosesnya dan Gebeng dijadikan pusat pembuangan sisa toksik yang
mengandungi radiasi.
Pendirian Pemimpin PR
1. DAP
dan beberapa akhbar berbahasa cina begitu giat dan bermati-matian mahu
menghancurkan projek Lynas Malaysia. Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam
satu kenyataan berkata, pengakuan Lynas bahawa bahan berkenaan tidak boleh
dieksport menunjukkan bahawa BN tidak jujur dan tiada komitmen dalam
keselamatan dan kesihatan awam.
2. Naib
Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, untuk penutupan itu, kontrak tersebut
yang diluluskan antara Barisan Nasional dan Lynas Corporation Ltd dari
Australia akan dibatal.
3. Kata
ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya
berkompromi dan akan menutup kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng,
Pahang jika menang PRU 13,.“Manifesto Pakatan Rakyat jelas. Kita akan tutup
Lynas sebaik sahaja Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan,” kata
Fuziah dalam satu kenyataan di sini.
4. Wong
Tack Calon PRU13 Parlimen Bentong yang berhasrat mahu membakar kilang Lynas itu
jika masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.
5. PAS mendakwa kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri
Adnan Yaakob bahawa pembinaan loji nadir bumi Lynas selamat dan tidak
membahayakan penduduk hanyalah untuk menutup isu sebenar yang menjadi kebimbangan
penduduk iaitu tempat sisa buangan pemprosesan yang didakwa PAS berbahaya
kepada penduduk sekitar untuk tempoh jangka masa panjang. Melalui kenyataan
Ketua Penerangannya, Suhaimi Saad yang disiarkan di HarakahDaily, kebimbangan
tersebut berasas kerana sehingga ke hari ini Lynas masih gagal mengemukakan
pelan pengurusan sisa buangan yang akan ditanam di Gebeng.
Percanggahan Pendapat
Himpunan
Hijau di Kuantan tahun lalu. Pada ketika itu, Anwar memberi jaminan kepada
hadirin bahawa Pakatan Rakyat akan menutup loji tersebut bila berkuasa kelak.
Sementara itu Aktivis Himpunan Hijau, Wong Tack juga minggu ini menyanggah
kenyataan kononnya Anwar tidak lagi konsisten dalam pendiriannya mengenai
projek Lynas.
7 mac 2013, Anwar memberitahu media
Australia, The Sydney Morning Herald, bahawa Lynas akan dibenarkan untuk
meneruskan operasi mereka di Malaysia sekiranya ia selamat. Beliau juga berkata
Pakatan Rakyat menggunakan isu Lynas untuk menimbulkan kemarahan rakyat,
walaupun banyak bukti saintifik yang membuktikan bahawa kilang nadir bumi
tersebut adalah selamat.
Haji Hadi, Presiden PAS, menasihati ahli PAS rujuk kepada Dr. Che Rosli
Che Mat,
saintis nuklear yang juga Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, untuk tahu
lebih lanjut
tentang Lynas. Manakala, Dr Rosli sendiri turut mengesahkan bahawa
Lynas Malaysia selamat. Olehitu, maksudnya Lynas diakui selamat oleh pakar
nuklear antarabangsa dan juga pakar nuklear PAS.
" Pakatan Rakyat cuba untuk menutup kesilapan kerana
takut sebarang usaha untuk menutup kilang Lynas akan mencetuskan pelbagai isu
undang-undang. Pemimpin pembangkang turut merampas NGO alam sekitar (Himpunan
Hijau), dalam usaha untuk mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat hanya demi
mendapatkan lebih banyak undi. "