KENYATAAN MEDIA
Azri Norfikri Aziz
PENGERUSI SISWA4U ZON UTARA
Merangkap Yang Timbalan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Utara Malaysia
24 APRIL 2013
Atas
kesedaran dan peluang yang diberikan dalam peruntukkan undang-undang yang
dipinda dalam Perkara 15 (2) (c) Akta Universiti Kolej Universiti (Pindaan)
2012 atau lebih dikenali dengan AUKU, kami mahasiswa Universiti Utara Malaysia
dan kumpulan mahasiswa Kedah telah bertekad untuk bergerak bersama Siswa4U.
Kami
bukan sekadar ‘turun padang’ untuk berjumpa dengan rakyat Kedah, untuk
berkongsi pandangan, memberi khidmat masyarakat dan mengedar flyers, malah kami
turut memberi ceramah di atas pentas politik Barisan Nasional. Setinggi-tinggi
terima kasih kami ucapkan kepada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat
Nasional, Negeri Kedah dan Bahagian kerana memberi peluang dan kepercayaan
kepada kami untuk turut serta secara proaktif dan membina. Inilah yang
dimaksudkan oleh Transformasi yang didokong oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul
Razak yang amat kami kasihi. Kami berharap agar sekalian mahasiswa dapat
bersama-sama memberikan sokongan yang padu kepada pasukan YAB Dato’ Seri Najib Tun
Abdul Razak dan kami juga mengalu-alukan penyertaan lebih ramai rakan-rakan
mahasiswa dalam gerakan Siswa4U.
Sesungguhnya
terdapat dua isu utama yang melanda negeri Kedah yang menyebabkan kami
terpanggil untuk menyumbang akal fikiran, tenaga dan masa untuk memenangkan
Barisan Nasional. Isu yang pertama amat dekat dengan kami, iaitu isu pendidikan
yang melibatkan mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) dan isu yang
kedua adalah isu pembalakan di kawasan hutan utama Kedah. Kami mendapati bahawa
kegagalan kerajaan Pas untuk menguruskan KUIN dan balak dengan baik
mencerminkan kepincangan dalam pentadbiran negeri secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, adalah lebih bijak
untuk rakyat memberikan mandat kepada calon-calon pilihan YAB Dato’ Seri Najib Tun
Abdul Razak di negeri Kedah dan di seluruh negara berdasarkan pencapaian atau
track record pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang lebih cemerlang.
Kami
yakin, masalah yang berlaku di KUIN akan diselesaikan dengan pantas sekiranya
kerajaan Barisan Nasional mentadbir Kedah. Kami amat marah apabila mengetahui
bahawa mahasiswa KUIN telah dipindahkan ke Kuala Ketil walaupun lokasi tersebut
tidak mempunyai kelengkapan keperluan yang mencukupi. Bagaimanakah pengurusan
KUIN yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kedah boleh membiarkan Kampus Kuala
Ketil beroperasi tanpa asrama dan masjid untuk mahasiswa? Malah, mahasiswa
perlu berpindah-randah ke dari satu asrama tumpangan ke asrama tumpangan lain
hanya untuk tidur !
Ini
tidak termasuk kes di mana 7 orang mahasiswa KUIN yang menamatkan pelajaran mereka
dengan ijazah Al-Quran, tidak mendapat pengiktirafan akreditasi oleh Malaysians Qualifications Agency atau
dikenali sebagai MQA. Bagaimana nasib mereka sekarang? Adakah masa yang telah
mereka habiskan untuk belajar di KUIN hanya sia-sia? Apakah mereka mendapat
pembelaan daripada Kerajaan Negeri Kedah? Itu nasib 7 orang rakan sebaya kami
yang terbukti tidak terbela, jadi bagaimana pula dengan mahasiswa yang sedang
mengikuti kursus yang sama sekarang ni?
Kami
bertegas bahawa kebajikan mahasiswa harus diberi perhatian dengan serius.
Mahasiswa tidak wajar menjadi mangsa kezaliman politik dan ketidakupayaan
kumpulan pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan negeri untuk mentadbir
dengan baik.
Berkaitan
denga isu pembalakan oleh Kerajaan
Negeri Kedah dibawah program ‘Ladang Rakyat, Ladang Sejahtera’, kami mahasiswa
sangat prihatin terhadap permasalahan yang telah berlaku dan kami berpandangan bahawa ia amat merugikan
rakyat negeri Kedah.
Di
Gunung Inas, lebih 2000 hektar tanah yang sarat dengan pokok-pokok balak diteroka
sejak 5 tahun lepas. Sepanjang 5 tahun ini, kerajaan negeri telah berjanji
untuk mengusahakan Ladang Sejahtera, namun begitu hasilnya sungguh
mengecewakan. Setelah kerajaan negeri mengaut hasil keuntungan yang melimpah-ruah
daripada projek pembalakan, sehingga hari ini, masih tiada sebarang usaha untuk
menanam semula pokok balak getah di bawah projek yang dinamakan Ladang
Sejahtera. Yang ada, hanyalah pemusnahan alam sekitar, pencemaran sumber air
sungai dan pemusnahan sektor pelancongan. Rakyat Kedah hanya menjadi mangsa
hasil kerakusan Kerajaan Pas untuk mengaut keuntungan tetapi hasilnya tidak sedikit
pun digunakan untuk menjaga kebajikan rakan-rakan kami di KUIN.
Keadaan
sama berlaku di Pedu di mana lebih 500 hektar tanah balak diterokai. Lokasi
pembalakan yang berhampiran dengan tempat simpanan air iaitu Empangan Pedu amat
merisaukan kami. Di sini, Kerajaan Pas menabur janji untuk membuat kebun
buah-buahan di tapak yang telah digondolkan oleh kontraktor balak. Malangnya, janji
yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah tidak boleh dipercayai, sama seperti
Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat. Janji di masa lepas belum pun ditunaikan,
mereka berani berjanji lagi!
Anak
muda tidak nampak sebarang perubahan yang signifikan sejak pentadbiran kerajaan
negeri Kedah dipegang oleh Pakatan Rakyat. Lebih teruk lagi, kerajaan negeri
ini tiada wawasan untuk membangunakan negeri Kedah. Sebaliknya, rakyat
disajikan dengan pelbagai perbalahan dalaman yang mengekang kerjasama untuk
memajukan negeri Kedah. Pakatan Rakyat Kedah yang tidak berani untuk
mengeluarkan manifesto membuktikan bahawa mereka tidak mampu untuk menjanjikan
apa-apa untuk rakyat Kedah, apa lagi generasi muda Kedah.
Jelas,
Barisan Nasional bukan sahaja berani mengemukakan manifesto untuk negeri Kedah,
malah rakyat yakin bahawa ia pasti ditunaikan. Manifesto atau AkuJanji Barisan Nasional negeri Kedah yang berteraskan
Hal Ehwal Agama, Transformasi Ekonomi dan Transformasi Sosial merupakan pilihan
terbaik untuk rakyat negeri Kedah. Manisfesto Barisan Nasional realistik
memandangkan ia melibatkan pelaksanaan dalam aspek membangunkan negeri Kedah. Pelbagai
pelan tindakan seperti membangunkan pusat industri minyak dan gas di Yan dan
Bandar Getah bertaraf antarabangsa di Padang Terap mampu menawarkan 13 ribu
peluang pekerjaan. Selain itu, kami mahasiswa Siswa4U juga menyokong usaha
memperkasakan pengajian pondok dan tahfiz selari dengan iltizam untuk
membangunkan masyarakat yang berilmu.
Tambahan
pula, kami mewakili seluruh mahasiswa ingin mengucapkan terima kasih kepada
kerajaan yang memberikan Baucer Buku 1Malaysia serta rebat telefon pintar. Kami
juga terharu apabila kehendak mahasiswa dipertimbangkan dalam penyediaan AkuJanji
Barisan Nasional.yang membuktikan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional dalam
memelihara kebajikan mahasiswa.
Kepada
rakyat Malaysia, pilihlah kerajaan yang terbukti menjaga kebajikan dan menjamin
kemakmuran negara. A #BetterNation
untuk hari ni dan masa hadapan.