Powered By Blogger

17 April 2013

PANAS !!! Tak Diterima Nak Hina Pulak ??? @zambryabdkadir @azwanbro @hairul_own @tunfaisal @teammediaperak

Apakah hinanya nama β€˜Tambun’ atau kawasan β€˜Tambun’? Kenapakah β€˜Tambun’ perlu dipandang lekeh sehingga merupakan satu kesalahan atau ketidaksesuaian jika seorang Perdana Menteri turut mewakili kawasan β€˜Tambun’?

Inilah yang dipersoalkan oleh masyarakat Tambun apabila Anwar membuat U-turn untuk bertanding di Permatang Pauh walaupun sebelum ini diura-urakan akan bertanding di Perak, khususnya Tambun.

Alasannya ialah seorang β€˜lebai’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama β€˜Tambun’. Nama β€˜Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya.

Alasan Anwar ternyata bukan sahaja menyakitkan hati masyarakat Tambun tetapi juga membangkitkan kemarahan rakan-rakan di dalam PR. Antaranya, Lim Kit Siang dilaporkan β€˜mengamuk’ dengan keputusan Anwar yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan bersama sebelum ini. Calon bagi kerusi Tambun kini diberikan kepada Siti Aishah iaitu Ketua Serikandi PKR Perak.

Soalnya, bagaimanakah seorang β€˜bakal PM’ boleh menjadikan nama tempat sebagai alasan untuk memilih kawasan bertanding? Tidak adakah alasan yang lebih bernas atau ilmiah atau logik untuk dikemukakan?

Sebagai seorang β€˜bakal PM’, Anwar wajib memujuk hati masyarakat Tambun yang telah tersinggung. Alasan dangkal seperti β€˜nama tempat’ adalah terlalu umum dan tidak relevan dalam situasi di mana Anwar ingin menjadi PM. Anwar seolah-olah menyatakan yang orang Tambun tidak layak menjadi Perdana Menteri, sekali gus membunuh keyakinan diri dan cita-cita anak-anak Tambun.

Sikap Anwar memperlekeh nama tempat menunjukkan tahap sebenar pemikiran Anwar yang masih terbawa-bawa dengan kejutan budaya, ingin dilihat hebat sentiasa serta bimbang dipandang rendah. Dalam kata lain, Anwar mengalami β€˜inferiority complex’.

Ini bukanlah mengejutkan kerana Anwar turut dikesan mempunyai berbagai masalah psikologi yang lain antaranya tidak berpijak di bumi nyata dan sering berimaginasi yang dirinya berada sebaris dengan tokoh-tokoh pemimpin bertaraf dunia. Oleh kerana itu, beliau sering menyamakan dirinya dengan Ghandi, Mandela dan Suu Kyii.

Apapun, hakikat sebenarnya, tiada sebesar hama pun persamaan antara Anwar dengan tokoh-tokoh tersebut. Mana mungkin seorang yang masih tidak yakin dengan latarbelakang diri dan takut dikaitkan dengan nama tempat yang kurang menarik, layak menjadi pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri?