Powered By Blogger

27 December 2013

TERKINI!!! Balai Polis Sg.Senam Ipoh Di Serbu ???

Satu lagi laporan polis mengenai bantahan perhimpunan pihak pembangkang telah pun diserahkan oleh pihak pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh yg diketuai oleh saudara Putra Syamsul (EXCO Ketua Pemuda Umno) di Balai Polis Sg.Senam Ipoh pada jam lebih kurang 10.30 pagi tadi.

Laporan yang diserahkan itu,menyatakan bantahan sekeras-kerasnya mengenai perhimpunan haram pembangkang yang bertujuan mempengaruhi rakyat untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka.

Hampir lebih kurang 100 pemuda umno dan pemuda ngo bahagian Ipoh yang hadir bersama-sama pada sesi laporan bantahan perhimpunan tersebut dan menyokong 100% kepada pihak berkuasa untuk khususnya pihak PDRM bagi menyekat perhimpunan haram itu berlaku kerana bagi mengelakkan wujunya efek yang sangat negatif kepada rakyat malahan bukan sahaja di Malaysia kerana perhimpunan tersebut berbaur hasutan fitnah yang boleh mendatangkan kesusahan kepada rakyat lain yang tidak terlibat.

Syabas Pemuda Umno Bahagian Ipoh diatas semangat sayangkan Bangsa,Agama dan Tanah air Malaysia!!!

26 December 2013

GEMPAR!!! PEMUDA Serang Balai Polis di PERAK ????


satu laporan polis akan dibuat berkenaan

"perhimpunan guling kerajaan 31 disember 2013 @dataran merdeka kl"

Laporan Polis tersebut akan dibuat pd :
 
Tarikh: 27 Disember 2013 (Jumaat)                      
Waktu: 10.30 Pagi
Lokasi: Balai Polis Sg Senam Ipoh.

Tarikh: 28 Disember 2013 (Sabtu)
Waktu: 3 Petang
Lokasi: IPD Kuala Kangsar

Mohon jasa baik tuan / puan dapat memberi sokongan.. dalam usaha memastikan negara berada dalam keadaan aman..

24 December 2013

Kalo Macam Ni,Kelas Saman Ape ???


Inikah teladan yang harus ditunjukkan oleh pihak berkuasa yang diberi kuasa di atas jalan raya ditempat awam???

Inilah hakikatnya sesetengah pegawai yang diberi kuasa diatas jalan raya alpa dan leka melakukan kesalahan sedangkan marah jika dan menyaman tanpa budi bicara apabila orang awam yang melakukan kesalahan seperti yang tertera didalam gambar,sedangkan mereka (Pihak Berkuasa) sendiri mempamerkan contoh yang tidak sepatutnya terjadi tetapi terjadi.

Siapa yang patut dipersalahkan???

Adakah pihak berkuasa itu sendiri diambil tindakan???

Atau,hanya sekadar memberikan alasan "...ini situasi emergency..." ???

Psstt: Ibarat meludah ke langit,jatuh ke muka sendiri....

23 December 2013

PANAS!!! Pemuda UMNO kena AMARAN ???

Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi
kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini. RKP bimbang, PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil.  

Kita boleh tengok dengan keadaan parti-parti komponen khususnya dikalangan barisan pemuda parti-parti komponen yang sudah mula berani mengeluarkan kenyataan berbaur amaran kepada UMNO..   

Apa sudah jadi???                 
Fikir-fikirkan lah.....

Melayu Tidak Lupa Lagi????

Sumber,

KETIKA parti ultra kiasu Selangor sibuk dengan mahu menarik sokongan orang Melayu bagi menidakkan sokongan Melayu terhadap Umno, sepatutnya Umno memikirkan bagaimana untuk menangkis strategi tersebut, agar orang Melayu tidak terpengaruh dengan ultra kiasu.

Ini tidak, rakyat pula diuar-uarkan dengan kenaikan harga tol tidak lama lagi oleh kerajaan yang dipimpin Umno. Saya menjadi semakin keliru. Apakah makna tagline Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Apakah rakyat hanya didahulukan ketika menjelang pilihan raya? Selepas itu, dikemudiankan.

Nasihat kerdil saya, yang bukan pakar ekonomi kepada kerajaan, uruskan ekonomi negara ini dengan baik dan telus. Carilah jalan apa sekalipun untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi bukan dengan membebankan rakyat marhaen seperti kami. Bebankan orang kaya yang bertambah kaya.

Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini. Saya bimbang, PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah.
Ingatlah! Bila taraf hidup tinggi, nilai wang makin kecil, kuasa membeli terbatas, macam-macam perkara negatif boleh berlaku. Manusia sanggup membunuh, menjual diri, dan berbagai perkara negatif lain, apabila perut kosong.

Jika dengan kenaikan tol, lebuh raya menjadi semakin efisien, tidak berlaku kesesakan, tidak mengapa juga. Ini tidak, lebuh raya semakin sesak. Peliknya, ketika tidak musim perayaan pun sesak juga.

Apakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Boleh dikatakan semua harga barang telah naik selepas PRU13. Apakah benar sinonim BN bermaksud Barang Naik? Cuba bandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam. Barang-barang di sana masih murah berbanding kita di sini. Hari ini, nak makan tengah hari jika tidak ada RM10, tak makanlah jawabnya.

Kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi jika benar berlaku perjanjian berat sebelah.

Peliknya, kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura.

Apakah syarikat konsesi tersebut tidak berhati perut langsung untuk melaksanakan CSR? Berpada-padalah buat untung. Begitu juga ultra kiasu yang sudah menjadi kaya-raya hasil bantuan kerajaan. Takkan terus menerus mengalirkan wang keluar negara.

Syarikat konsesi lebuh raya sudah semestinya membuat duit saban hari melalui perjanjian tersebut. Ditambah pula dengan papan iklan sepanjang utara-selatan, barat dan timur. Ini tidak termasuk dengan sewa gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna lebuh raya.

Respons daripada menteri bertanggungjawab begitu memualkan. Kita ingatkan bila ahli ekonomi dilantik senator menjadi menteri, ditambah dengan pengalaman begitu luas, beliau akan memerah otak, memberikan buah fikiran kepada kerajaan, cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat. Ini tidak, jawapannya begitu simplistik.

Katanya, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. Ini bukan jawapan negarawan. Nasihat saya, jangan pandirkan diri bila dah jadi menteri. Sepatutnya bila dilantik jadi menteri, daya intelektual kita makin bertambah.

Dalam Islam, menurut Imam al-Ghazali, menyediakan kemudahan asas, adalah tanggungjawab pemerintah. Kemudahan asas ini tidak sepatutnya diniagakan kerana kesannya akan dirasai oleh rakyat, bukan pak menteri. Pak menteri banyak menikmati keistimewaan lain bila dilantik jadi menteri. Termasuk semua bil utiliti.

Banyak negara maju (termasuk negara Islam lain) menyediakan kemudahan asas dengan kadar caj rendah. Misalnya, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, air, elektrik dan sebagainya. Ini adalah asas yang bersifat daruriyyat. Tanpanya manusia tidak boleh (sukar) untuk hidup.

Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga. Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari. Sekali baiki boleh tahan setahun.

Ingatan saya kepada Umno BN, jangan biarkan hati Melayu semakin terluka. Tidak mustahil Melayu akan beralih kepada parti ultra kiasu.

Kempen mereka sedang berjalan. Jika satu hari nanti ultra kiasu cenderung kepada Islam, saya bimbang ketika itu, Umno sudah tidak relevan lagi, kerana mereka sudah ada Pas. Hari ini Melayu masih bersama Umno kerana tawar hati dengan Pas bersama ultra kiasu, penentang Islam.

21 December 2013

Kontraktor Buang Sampah????Biar Betul...Mane JAS,tidor ke???

RKP membaca artikel dari rakan bloger sangkakala mengenai ada insiden yang tak sepatutnya berlaku telah dilakukan oleh kontraktor pembuangan sampah yang melonggokkan sampah yang dikutip oleh mereka di lebuhraya MRR2 dekat Kepong.

Kalau ye pun mesin pemampat sampah rosak, takkan le buang kat jalan raya sampai menggangu lalulintas.

Ini adalah satu tindakan melampau yang dilajukan oleh kontaktor berkenaan, sampai lebih 2000 tan sampah di longgokkan di tepi jalan tersebut.

Ini juga boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sepatutnya Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan yang memberikan tender kerja kerja tersebut mengambil tindakan tegas diatas sikap kurang ajar kontraktor kontraktor ini.

Jabatan Alam Sekitar boleh mengambil tindakan kerana pencemaran di kawasan tersebut dengan sisa sisa sampah yang dilonggokkan dan pihak berkuasa tempatan boleh menarik semula kontrak yang telah diberikan kepada mereka supaya mereka ni ada rasa serik sikit.

Main suka suka nak buang sampah sana sini, macam dah takde tempat lain nak letak.

Kalau perkara ini dibiarkan, Sangkakala yakin perkara sebegini akan berulang lagi sebab kontaktor ni naik kepala.

Jadi, ambil tindakan supaya mereka serik daripada menyusahkan orang ramai.

20 December 2013

Padan Muka..Kan Dah Kena..Siapa???

Kan dah tak pasal pasal jadi janda anak satu, ntah ye ntahkan tidak si Adi Putra tu hantar gambar 'barang' nya pada pempuan ni.

Kalau ye sekalipun dia hantar, rasanya pempuan ni le yang mulakan dulu.

Tengok muka pun tau miang semacam je dia ni.

PUTRAJAYA - Suami wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra, Amiruddin Othmann, 50, mengakui sudah mencerai isterinya secara lisan dua hari lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat semula.

Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.

"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu.

"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya.

Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.

Menerusi sidang media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini, Amiruddin memberitahu, dia membuat rayuan itu kerana mahu membersihkan semula namanya.

Dakwa Amiruddin, dia tidak berpuas hati dengan dengan hasil  siasatan yang telah dibuat dan keputusan itu disyaki berat sebelah.

"Saya telah mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti pertuduhan relevan dari Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan untuk membuat rayuan.

"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.

"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.

Pada September lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Bagaimanapun, Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa, dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhamad Hasif Hassan menambah, "kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami."

Sementara itu, sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin berkata, dia bersama Noraida telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.

Sumber: SINAR HARIAN