Powered By Blogger

27 December 2013

TERKINI!!! Balai Polis Sg.Senam Ipoh Di Serbu ???

Satu lagi laporan polis mengenai bantahan perhimpunan pihak pembangkang telah pun diserahkan oleh pihak pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh yg diketuai oleh saudara Putra Syamsul (EXCO Ketua Pemuda Umno) di Balai Polis Sg.Senam Ipoh pada jam lebih kurang 10.30 pagi tadi.

Laporan yang diserahkan itu,menyatakan bantahan sekeras-kerasnya mengenai perhimpunan haram pembangkang yang bertujuan mempengaruhi rakyat untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka.

Hampir lebih kurang 100 pemuda umno dan pemuda ngo bahagian Ipoh yang hadir bersama-sama pada sesi laporan bantahan perhimpunan tersebut dan menyokong 100% kepada pihak berkuasa untuk khususnya pihak PDRM bagi menyekat perhimpunan haram itu berlaku kerana bagi mengelakkan wujunya efek yang sangat negatif kepada rakyat malahan bukan sahaja di Malaysia kerana perhimpunan tersebut berbaur hasutan fitnah yang boleh mendatangkan kesusahan kepada rakyat lain yang tidak terlibat.

Syabas Pemuda Umno Bahagian Ipoh diatas semangat sayangkan Bangsa,Agama dan Tanah air Malaysia!!!