28 March 2013

BOTA KANAN DI LANDA RIBUT ???

Pada 29 hingga 31 Mac 2013 ini akan dilangsungkan Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia Parlimen Parit di sekitar Pekan Bota Kanan.
karnival ini dibawakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan ASTRO, dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah, Pusat Khidmat AHli Parlimen Parit, UMNO Bahagian Parit dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit.
 
Selaku Pengerusi Penganjur yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit, Sdr Khairul Shahril Mohamed, berbagai aktiviti dan program akan dijalankan pada tarikh berkenaan. Bermula dengan 29 Mac akan diadakan wayang pacak pd sebelah malam di Pdg SMK DARY, Bota, pada 30 Mac pula akan berlangsung acara funride, pertandingan gubahan & masakan, pertandingan pakaian beragam & mewarna kanak-kanak, sukan rakyat, pertandingan tarik tali, pertandingan dam aji & karom, mencari mencuba go kart, flying fox, pocket bike & go kart, pertandingan karaoke, derma darah, pemeriksaan kesihatan & gigi percuma, pameran agensi, himpunan big bike & auto show dan persembahan artis terkenal di sebelah malam. manakala pada 31 Mac akan diadakan Karnival Sukan seperti Futsal Padang, Bola Jaring 3on3, Badminton & Sepak Takraw.
 
Kemuncaknya pada malam 31 Mac 2013 akan berlangsung Ceramah Perdana oleh penceramah terkenal A.F. Ustad Kazim Elias Al Hafiz pada jam 9 malam di Padang SMK DARY.
 
"Kita menjangkakan kehadiran orang ramai seramai 15 ribu sepanjang program ini berlangsung yang mana kita berharap dapat menarik minat orang ramai dari sekitar Parlimen Parit dan kawasan berhampiran seperti dari Ayer Tawar, Beruas, Manong, Batu Gajah, Kampung Gajah dan Ipoh."
 
"Disamping itu, program ini meliputi penyertaan semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa dan penekanan kepada penyertaan golongan muda dan sesuai dengan tema BN Pilihan Orang Muda."


TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com