Hari ini heboh di alam maya cai cai pro PAS minta supaya Hadi Awang diberi kebenaran untuk menerangkan isu amanat Haji Hadi yang dibuat 31 tahun yang lalu.
Petang tadi dengan pantas Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim memberi penjelasan bahawa pihak kerajaan tidak ada halangan malah memberikan kebenaran kepada Presiden PAS tersebut untuk memberi penjelasan didalam media elektronik milik kerajaan atau swasta.
Nah apa lagi Datuk Seri Hadi? Dah dapat kebenaran bukan? Bila agaknya nak bagi penjelasan tersebut? Jangan nanti haji Hadi pusing pusing cerita pula dalam tv tu.
Ceritanya senang, haji Hadi perlu jelaskan tentang amanat beliau sehingga membuatkan orang ramai khususnya pengikut PAS yang taksub dengan amanat tersebut melakukan perkara perkara diluar norma norma sebagai manusia dan penganut agama islam sebenar.
Sampai ada yang sanggup bercerai berai, ada yang sanggup memutuskan saudara, tidak memakan sembelihan, sanggup akad nikah 2 kali, sanggup tidak mahu menyembahyangkan jenazah, sanggup sembahyang berasingan dan pelbagai lagi.
Ini semua perlu dijelaskan sepenuhnya, jangan nanti ada lagi kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam.
R.K.P