Powered By Blogger

19 March 2013

GEMPAR !!! PAS Kerian Goyang Kaki ??? @ZambryAbdKadir @khairykj @tunfaisal @AzwanBro

MB Perak menyeru Pertubuhan Peladang Negeri untuk mempelbagaikan dan memperluaskan lagi skop perusahaan yang ada dalam membantu kerajaan negeri merealisasikan sasaran menjadu pengeluar makanan utama negara melalui penerokaan bidang baru.
MB Perak dalam sesi ucapannya di majlis Ekspo Peladang perinkat Zon Utara 2013 berkata,"PPN perlu menerokai bidang baru untuk menjana pendapatan yang selama ini lebih tertumpu kepada perusahaan kelapa sawit berikutan sokongan kuat diberikan kerajaan negeri terhadap pertubuhan itu,
Pasaran harga komoditi yang tidak menentu perlu dilihat sebagai faktor utama PPN wajar memperluaskan skop perniagaan mereka.
Melalui usaha ini,secara langsung boleh meletakkan Perak sebagai pengeluar utama makanan negara.
Dalam majlis tersebut,MB Perak menyerahkan sumbangan RM30,000 kepada Kumpulan Peladang Nita (KPN) Negeri Perak untuk menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancang persatuan.
Teman nak berkongsi sedikit,sejak MB Zambry ni memimpin kerajaan negeri Perak,banyak pembangunan dan perubahan yang telah rakyat di daerah Kerian rasai.
PAS Kerian langsung tidak ambil peduli tentang kehendak rakyat disana itu telah diakui sendiri majoriti penduduk di Bagan Serai dan Parit Buntar.Kepimpinan PAS di Kerian langsung tidak mendatangkan apa-apa perubahan malah semua yang dijanjikan hanyalah omong-omong kosong semata-mata.
Dan disebabkan ini,ramai pengikut tegar PAS dulunya kini sudah mula sedar dan beralih angin kepada pucuk kepimpinan asal iaitu Barisan Nasional.


TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com