22 April 2013

N.23 MANJOI - PAS MENYURUH AHLI CIUM TANGAN PEMIMPIN DAP ??? @pemudaperak @teammediaperak @erwinmukhriz @hairul_own @tunfaisal



"Hari ini kami nak kongsi bahawa Ziad adalah merupakan ahli PAS yang berdaftar”

                           
“ PAS Perak membuat pendedahan ini kerana ingin berkongsi maklumat bersama ahli-ahi UMNO Tambun kerana mereka tidak menyedari bahawa Mohamed Ziad adalah ahli PAS sebelum ini” - Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar




Krisis dalaman serta perebutan kerusi antara parti-parti pakatan pembangkang di Perak semakin meruncing sehingga PAS Perak tiba-tiba mendakwa bahawa calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed adalah ahli PAS yang aktif dan pernah berkempen untuk parti Islam itu pada pilihan raya umum sebelum ini.


"PAS tidak boleh membuat tuduhan sewenang-wenangnya kerana saya tidak sedikitpun mahu menyertai PAS.Ini tidak bermaksud jika saya menghadiri program yang dianjurkan PAS, saya adalah ahli parti Pas.Saya tidak pernah menyertai PAS iaitu parti yang paling munafik,depan orang kampung mereka bercakap soal negara Islam dan hukum Hudud tetapi PAS bila berhadapan dengan cina DAP mereka langsung tidak berani bercakap walaupun perkataan Islam”


“Saya mempunyai pengalaman pahit apabila disuruh mencium tangan pemimpin cina DAP seperti Ngeh Koo Ham semasa mengikut rakan saya ahli Pas di satu ceramah di sekitar Ipoh”-Mohamad Ziad Mohhamed