Powered By Blogger

04 January 2013

APA SuDah Jadi Dgn PR????

Pakatan pembangkang semakin celaru kini apabila DS Anwar dalam PC dakwa PR pertahan ketetapan mereka sebelum ini iaitu kalimah Allah milik mutlak orang Islam. Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ni (4hb jan 2013) dakwa PAS kekal dgn pendirian parti itu pada 2010, iaitu orang bukan Islam BOLEH guna kalimah Allah. Makin bingung lihat telatah politikus yg sanggup gadai prinsip perjuangan demi kuasa ini..
R.K.P

BEKAS PEGAWAI ANGKATAN TENTERA TAK SEDAR DIRI....(p/s:bila dah jadi pegawai)

Beberapa anggota tentera hari ini meminta supaya Boustead Holding's BHD menghentikan urusniaga Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Salah seorang daripada mereka ini dulunya adalah pegawai yang menjawat jawatan sebagai Brigadier Jeneral bersara Tentera Udara Diraja Malaysia Abdul Hadi Abdul Khatab.

Takkan seorang pegawai yang berpangkat tinggi begitu tidak mengetahui perlembagaan dan fungsi LTAT selama ini.

Sangkakala masukkan link yang membolehkan pembaca meneliti semua objektif dan fungsi LTAT selama ini.

Klik pautan dibawah untuk maklumat tentang LTAT :-

http://bit.ly/TDrvfn

Abdul Hadi yang merupakan ketua jawatankuasa keselamatan PKR.

Rasanya,bekas pegawai angkatan tentera ni mungkin tidak pernah mengetahui tentang perjalanan urusniaga LTAT selama ini kerana beliau hanya tau menerima wang faedah yang disalurkan kepada beliau.

Beliau mempertikaikan suatu kenyataan yang tidak lagi dibuktikan sama ada benar atau tidak berhubung dengan urusniaga tanah yang mengatakan RM30 juta dibayar kepada syarikat Deepak Jaikishan Astacanggih Sdn Bhd si penjual karpet penuh kontroversi ketika ini dan sebanyak RM130 juta lagi dibayar kepada syarikat Raja Ropiaah, Awan Mega untuk tanah.

Menurut kata Brigadier bersara ini lagi, ini semua akan menjejaskan pencarum dalam LTAT, tapi perlu difikirkan semula, jika LTAT tidak membuat pelaburan, mana datang sumber duit untuk LTAT membayar duit persaraan serta lain lain kemudahan kepada bekas bekas angkatan tentera yang bersara selama ni.

Mungkin kerana sudah kemaruk dengan dan dijanjikan dengan pelbagai janji janji manis, maka beliau terlupa akan jasa kerajaan dalam membela nasib para perajurit tanah air.

Ini adalah contoh mereka mereka yang boleh dianggap sebagai kacang lupakan kulit, sanggup menggadai maruah sebagai pejuang kerana setitis kuasa yang tiada membawa apa apa makna kepada beliau didalam perjuangan.

R.K.P

01 January 2013

MUJAHID YUSOF RAWA CONTOH PAS TAKUT KEPADA PKR

Jelas kita lihat dimana beliau berada ditempat yang sama dan berada di sebelah YB Nurul Izzah semasa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama perlu diberikan kepada semua bangsa di Malaysia.

YB Dr Mujahid Yusof Rawa adalah anak kepada salah seorang pengasas PAS di Parit Buntar dan juga seorang ulama yang disegani di kawasan Parit Buntar.

Berbekalkan dengan ilmu agama yang tinggi, rata rata rakyat di Parit Buntar menyatakan kekesalan dengan tindakan beliau yang tidak langsung membantah apa yang diakatakan oleh Nurul Izzah.
Bayangkan anak seorang ulama sanggup berdiam diri demi nafsu memiliki kuasa yang sudah bersarang di dalam hati beliau.

Amat menyedihkan bila seorang yang dianggap akan membawa delegasi kewarakan orang tua beliau kini ibarat bisul mengumpul nanah dan menjadi parasit dalam agama Islam.

Ramai dikalangan yang Sangkakala soal dan tanya tentang apa yang dilakukan oleh Mujahid menyatakan bahawa mereka amat kecewa dan yang mana mengenali bapa beliau menyatakan kekesalan dengan apa yang beliau lakukan.

Ramai yang mananya dulu memberikan undi kepada beliau juga (PAS Parit Buntar) menyatakan tidak lagi mahu menyokong beliau kerana malu apabila memiliki seorang pemimpin yang sanggup melacurkan agama demi kepentingan politik.
R.K.P

MIMPI NGERI MUJAHID YUSOF RAWA DI PARIT BUNTAR BERMULA

Walau pun berada di dalam parlimen yang dimenangi oleh pembangkang pada PRU 12, program program kerajaan terus berjalan di kawasan Parit Buntar.
Hari ini telah terbukti bahawa kerajaan Barisan Nasional telah menerima peningkatan sokongan dari rakyat disekitar Parit Buntar, sudah pasti akan menjadi satu igauan ngeri kepada ahli parlimen kawasan iaitu YB Dr Mujahid Yusof Rawa yang semakin dilupakan oleh rakyat Parit Buntar yang sudah jelak dengan janji janji pembangkang sebelum PRU 12 yang lalu.

Program yang dihadiri oleh kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional Bahagian Parit Buntar serta kepimpinan badan bikan kerajaan disusuli pula dengan kahadiran YB Dato' Sharani Mohammad yang juga merupakan EXCO kerajaan negeri menambah keyakinan bahawa kawasan Parlimen Parit Buntar akan kembali ke tangan Barisan Nasional.

Dalam ucapan alu aluan oleh Timbalan Pengarah KEMAS negeri Perak Encik Mohd Ali Hanafiah, beliau memuji sikap penduduk di sekitar Kuala Kurau dan Parit Buntar yang tidak mengecewakan setiap kali diadakan program program kerajaan.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato Sharani yang sanggup datang pada malam ini untuk bersama sama dengan rakyat Parit Buntar dan Kuala Kurau.

Dalam ucapan Tuan Haji Mohd Saleh Mad Desa yang merupakan penyelaras DUN dan pemangku ketua UMNO Bahagian, beliau mengatakan bahawa setiap acara yang diadakan pada hari ini mendapat sambutan luar biasa.

Beliau memaklumkan bahawa sejak pagi sudah diadakan pelbagai program dan apa yang membanggakan kata beliau, semua acara acara tersebut telah disertai oleh pelbagai kaum dan berada didalam keadaan aman dan sentosa.

Menurut beliau lagi, himpunan malam ini bukan untuk menyatakan keburukan, mendoakan kehancuran sesiapa dan mengata sesiapa, himpunan malam ini adalah untuk memanjat kesyukuran kepada Allah diatas limpah kurniaNya di sepanjang tahun 2012.

Beliau juga berkata bahawa semua yang hadir pada hari dan malam ini akan sama sama mempertahankan tanah air hingga ke titisan darah terakhir dan beliau meminta semua yang hadir pada hari ini untuk menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta YAB Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir Menteri Besar Perak.

Dalam ucapan YB Dato' Sharani pula, beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan majlis Sambutan Tahun Baru pada hari ini.

Beliau juga menyampaikan salam dari YAB Menteri Besar kepada semua yang hadir dan Menteri Besar memohon maaf kerana tidak dapat hadir bersama sama kerana beliau mesih lagi berada di Tanah Suci.

Menurut beliau, setiap sambutan tidak kira sambutan tahun baru atau hari kebangsaan akan bermula dari apa yang kita pilih pada hari ini.

Beliau juga menyeru kepada semua yang hadir dan yang tidak hadir pada malam ini untuk menjadi insan yang berhati mulia, tidak mendoakan yang bukan bukan kepada mana mana pihak, kerana menurut beliau seorang insan yang rosak hatinya rosak akan membawa kepada kemudaratan dan kecelakaan, oleh itu beliau juga meminta kepada semua rakyat di Kuala Kurau supaya menolak kepimpinan yang hatinya rosak.

Beliau juga menyeru kepada semua pengundi pengundi di Kuala Kurau dan Parit Buntar supaya mengundi calon Barisan Nasional supaya kawasan Kuala Kurau dan negara ini akan bertambah maju.

R.K.P

ANWAR BUKTIKAN KASIH DAN SAYANG PADA SIAPA...cuba TEKA??

Dengar kata 12 haribulan nanti akan diadakan himpunan membantah Shamsidar Tahrin menjadi saksi dalam kes saman Anwar terhadap Nallakarupan.

Himpunan itu juga ada yang kata dibuat oleh Anwar yang beriya iya supaya Shamsidar tidak dibawa ke mahkamah dalam kes tersebut.

Agaknya Anwar nak buktikan kasih sayang dia pada Shamsidar le ni, kalau tidak takkan le sampai nak diadakan perhimpunan untuk membantah, siapa sangat Shamsidar kalau nak diikutkan.

Nanti kita tengok le berapa ramai pencacai Anwar akan hadir untuk sama sama membantah orang yang dikatakan kekasih gelap Anwar agar tidak dibawa ke mahkamah.

Nampak sangat Anwar takut kalau Shamsidar terlepas cakap. Kalau tidak takkan sanggup nak minta pengikut buat himpunan macam tu.

R.K.P

APA HAL ABBY ABADI TELANJANG NI??!!BAWAK2 LA BERTAUBAT...

Pening kepala dengan ustazah magie ni, macam macam dia buat semata mata untuk menonjolkan apa yang tertonjol dalam diri beliau.

Ni dia nak telanjangkan pasal tanah felda pulak kononnya, dia ni anak felda ke? Atau saja nak jadi tukang karut penyedap telinga dan mata kepada al-ustat PAS yang terliur melihat gerak tubuh beliau di khalayak ramai, tambahan pula kalau al-ustat ni duduk belakang semasa Abby becakap, puas mata memandang bro.

Kalau nak jadi ustat-zah pun Abby, kena tau landas landas dan tatacara sebagai seorang muslim, bukan melalak macam 'anak helang tergantung' di khalayak ramai.

klik link dibawah untuk bacaan lanjut apa yang dikatakan tadi.

http://t.co/GVtVniVW

R.K.P

NGEH KOO HAM LAKNATULLAH SENGAJA MENEMPAH JAHANAM!!!

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sengaja menempah jahanam apa bila menyamakan Al-Quran dengan Bible.

Mungkin Ngeh sengaja membangkitkan isu isu keagamaan dengan begitu lantang kini kerana ingin mecabar kesabaran orang orang Islam.

Sangkakala ingin sekali berpesan dan memberi peringatan kepada Ngeh, kesabaran ini jangan dicabar, kerana ini akan menjadikan permusuhan kelak diantara penganut agama Islam dengan bukan Islam.

Umat Islam di negara ini walaupun berlainan idealogi politik tapi masih bersatu jika agama Islam itu dipersoal atau diperkotak katikkan.

Takut nanti Ngeh tak berani keluar rumah hinggakan nak ke bilik air pun memerlukan pengawal peribadi.

Atau senang kata macam ni lah, Sangkakala beri amaran kepada semua cina DAP, Wallahi..Wabillahi..Watallahi..kalau kamu semua beriya sangat nak usik isu agama Islam, kemungkinan nanti akan ada fisabilillah yang berjumpa dengan kamu semua dan yang lebih merisaukan lagi jika mereka ini bertindak sebagai malaikat maut.
R.K.P

DULU GUAN ENG SEKARANG HADI AWANG PLAK??!!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng satu masa dulu pernah keluarkan kenyataan berbentuk tuduhan yang mengatakan bahawa kapal selam milik Malaysia tidak mampu untuk menyelam ke dasar laut.

Tapi Guan Eng senyap bila Datuk Seri Zahid Hamidi menjemput beliau untuk sama sama menyelam didalam kapal selam scorpene.

Sekarang ni Hadi Awang pula, dah 31 tahun keluarkan amanat Haji Hadi baru sekarang kata nak bagi penjelasan kepada rakyat.

Itu pun dah Datuk Seri Rais Yatim buat keputusan bahawa ianya dibenarkan.

Agak agak bila Hadi nak buat siaran langsung untuk buat penjelasan di dalam media elektronik pula?

Tapi ada pulak bekas ahli PAS kata Hadi tak perlu memberikan syarat untuk bagi penjelasan berhubung dengan amanat tersebut.

Mungkin kah Hadi dah tak pecaya pada akhbar milik PAS (Harakah)?

Kita tunggu le sama sama apa haji Hadi nak kata dalam tv nanti.
R.K.P

Pemisahan Singapura daripada Malaysia(Sejarah Malaysia)-p/s:Melayu Jangan Tidur Lena..

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965.

Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan (perlu rujukan) Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India.

Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay".

Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk.

Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian.

Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan.

Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Ini lah sejarah mengapa dan kenapa Singapura di keluarkan dari Malaysia, dan perlu diingat, PAP masih mendendami orang orang Melayu dan oleh itu mereka menghidupkan DAP di Malaysia demi untuk meneruskan agenda mereka untuk menjadi pemerintah.

PAP akan memberikan bantuan kepada DAP dalam apa jua bentuk dalam menjayakan apa yang mereka hajati, dan jika ini terjadi, kita boleh saksikan nanti pemusnahan sistem pemerintahan orang Melayu, sistem beRaja akan dimansuhkan dan diganti dengan Presiden, perlembagaan akan diubah yang mana ianya membolehkan orang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.

Apa yang paling pasti ialah, lirik lagu 'anak kecil main api' akan menjadi kenyataan, SEDARlah Melayu, BANGUNlah Melayu, jangan kita lena dibuai oleh bait bait puisi indah yang sebenarnya adalah kata kata nista sebelum menjadi pemerintah, jangan kita sewenang wenang menghirup madu yang diberikan, kerana itu adalah racun yang cukup berbisa yang mungkin takkan mampu kita ubati kelak.

Jika kita generasi muda hari ini tidak mampu untuk berjuang memerdekakan negara, jangan kita lupa untuk memperjuangkan pengekalan kemerdekaan ini.


R.K.P