13 February 2015

Malaysia Kehilangan...??? @NajibRazak @Khairy_kj @tunfaisal @teammediaperak @ZambryAbdKadir @umnoonline @MalaysiaKini


Dengan rendah diri saya mengucapkan takziah kepada keluarga Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan lafaz:

"Inna lillaahi ma a'taa walillaahi ma akhaz, wa kullu syai'in 'indahu ilaa ajalin musamma; faltasbiruu waltahtasibuu" 

maksudnya: "Sesungguhnya milik Allah apa yang Dia beri dan milik Allah jua apa yang Dia ambil, dan setiap sesuatu sesuatu di sisiNya adalah sehingga tempoh yang ditetapkan; maka hendak kalian bersabar dan hendaklah kalian mengharapkan pahala".

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam telah mengajarkan zikir dan doa apabila kita mendepani musibah. Zikir dan doa itu ialah: 
“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raji’uun. Allahuma’jurnii fii musiibatii. Wa akhlif lii khairan minhaa”

yang bermaksud: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadaNyalah kami akan kembali. Ya Allah berilah pahala padaku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya.” 

Bagi orang yang menyebut ucapan ini, Allah Ta’ala akan memberi pahala kepadanya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. 

(Hadis riwayat al-Imam Muslim, No. 918).

Kesabaran yang dikira dalam menghadapi musibah ialah bila mana dilakukan seawal musibah menimpa. Ini bertepatan dengan satu lagi hadis Nabi s.a.w. iaitu yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. katanya: Nabi telah berjalan di sebelah seorang wanita yang menangis di sisi satu kubur.

Baginda berkata: 
“Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah.” 

Jawab wanita itu:
“Pergilah, engkau tidak ditimpa seperti musibahku ini.” Dia tidak mengetahui bahawa itu ialah Rasulullah s.a.w. Kemudian ada orang berkata kepada wanita itu: “Lelaki itu adalah Nabi s.a.w.”

Wanita itu pun bergegas menuju ke pintu rumah Nabi yang didapatinya tidak dijaga oleh sesiapa. Kemudian dia berkata kepada Nabi s.a.w.: 

“Aku tidak mengenalimu sebentar tadi.” Rasulullah s.a.w. hanya menjawab: “Sesungguhnya sabar itu pada kejutan yang pertama.” 

(Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari, No. 1203).

Sesungguhnya pahala yang besar di sisi Allah adalah bersabar ketika sesuatu musibah menimpa pada saat itu juga.

Perkara inilah yang perlu dilakukan sepertimana diajarkan oleh agama kita apabila berhadapan dengan sesuatu ujian dari Allah samada ujian yang buruk mahupun ujian yang baik. 

Janganlah kita meniru cara orang kafir dan jahiliyah yang meratap ketika ditimpa musibah dan berfoya-foya ketika diberi kesenangan.


Sumber Petikan

Dr Fadlan Mohd Othman
YDP Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU)