Sebab ia melibatkan dua orang ulama di dalam PAS yang begitu dihormati dan disegani nak tukar kapal ??
Menurut sumber, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz dan Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, kini dikatakan sedang berada di dalam tertekan dan rungsing sehingga mereka enggan bercakap dengan ramai pemimpin PAS seperti biasa.
Katanya, setelah dirisik-risik beberapa temannya yang rapat, maka pecahlah rahsia tentang perlakuan dua tokoh golongan ulama PAS itu yang sebenarnya sangat marah, kecewa dan geram terhadap keputusan PAS yang sekali lagi "tunduk" kepada kehendak DAP.
Malah lebih meningkatkan tahap kemarahan mereka, isu kali ini melibatkan kepentingan Islam yang dicabar dan soal aqidah umat Islam yang dipandang remeh oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Khabarnya, Harun Din sudah renggang dengan majoriti pemimpin PAS. Dan apa yang mengejutkan, beliau dikatakan sedang berura-ura untuk meninggalkan PAS buat selamanya dan menumpukan diri pada aktiviti-aktiviti dakwah serta perubatan Islam.
Mungkin terlalu kecewa dengan PAS yang sudah berubah 360 darjah dari perjuangan asal, Harun Din yang mendokong parti itu sejak 1974 itu dikatakan bakal mengambil tindakan keluar parti sebagai tanda protes dan menggunakan alasan "dakwah" kepada pihak umum.
Bagaimanapun lain pula sedikit ceritanya mengenai Ustaz Harun Taib yang mengetuai Dewan Ulama PAS. Beliau pada awalnya telah dipujuk oleh ramai pemimpin "erdogan" dan "anwarinas" di dalam PAS supaya menerima saja keputusan pucuk pimpinan PAS.
Tapi, memandangkan Ustaz Harun Taib sudah berkali-kali mengalah bila PAS "menjual agama di depan mata"nya dan dia terpaksa "menutup sebelah mata", kali ini beliau sudah tidak tahan lagi.
Khabarnya, dia juga berura-ura untuk meninggalkan PAS dalam masa terdekat. Tapi niatnya itu dikatakan telah ditahan oleh beberapa ulama PAS yang masih mahu mengekalkan imej PAS sebagai sebuah parti yang pro-ulama meskipun hakikatnya sekarang adalah sebaliknya.
Kenapa kedua Harun ini mahu tinggalkan PAS?
Semuanya dikatakan kerana tindakan Hadi dan Nik Aziz yang senang hati bersetuju membenarkan kalimah "Allah" digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.
Menurut rakan tersebut, Harun Din dan Harun Taib sudah lama bersabar dan kecewa sejak PAS menggadaikan perjuangan penubuhan "negara Islam" dan perlaksanaan hukum hudud.
Kemudian, mereka berdua sangat kesal dengan pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali yang mempertahankan aqidah umat Islam oleh PAS hasil desakan PKR.
Dan kini, kemuncaknya sudah diparas kepala kedua ulama PAS tersebut bila Hadi dan Nik Aziz tunduk kepada kemahuan Setiausaha DAP, "Khalifah" Lim Guan Eng yang mahu melihat kalimah suci itu dicemar dan digunakan di dalam Bible.
Begitulah PAS yang terkini. Semakin hari, semakin ramai ulamanya yang terpinggir, kecewa, marah, merajuk dan lari meninggalkan parti itu. Itupun PAS masih belum sedar lagi?
TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com