Powered By Blogger

08 July 2018

#ReBUT - AMLA atau iSA ??? PILIHAN ???

Fakta Anti Money Laundering Act (AMLA)


1. Di gazetkan pada tahun 2001. Dikuatkuasakan pada 2002.

2. AMLA membolehkan mana mana agensi penguatkuasa Malaysia untuk mengarahkan institusi kewangan untuk membekukan atau merampas mana mana akaun yang disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram selama 90 hari tanpa perlu mendapatkan perintah mahkamah.

3. Perlaksanaan AMLA yang konsisten telah membolehkan Malaysia diterima masuk kedalam Financial Action Task Force (FATF) pada tahun 2015. FATF sangat 'berkira' dalam menerima ahli baru. Penerimaan Malaysia sebagai ahli FATF membuktikan ketelusan kerajaan dalam mengawasi sistem kewangan negara. Sekaligus menaikkan keyakinan pelabur luar keatas negara kita.

4. Sepanjang pemerintahan Pak lah dan DSN, AMLA tidak pernah digunakan untuk menyerang musuh politik. Tiada akaun pembangkang mahupun mereka yang gigih mengkritik kerajaan dibekukan. AMLA tidak pernah dijadikan senjata politik seperti ISA.

5. Tindakan menjadikan AMLA sebagai satu mekanisme untuk menekan atau membuli seteru politik hanya akan mewujudkan satu 'trend' baru dalam kerajaan yang memerintah. Hari ini digunakan terhadap DS Najib, esok lusa mungkin orang lain. Mungkin pula, bila kerajaan lain yang memerintah, kaedah yang sama akan digunakan oleh penguasa untuk menghapuskan musuh politiknya.

6. Menggunakan AMLA sebagai senjata politik adalah suatu perbuatan keji dan tidak berperikemanusian. Rakyat harus menentang dan menolak penyalahgunaan kuasa seperti ini. Mana mana manusia berhak untuk menerima perbicaraan yang adil dan saksama tanpa campur tangan politik.

7. Jangan membiarkan sang penguasa bertindak sesuka hati hanya kerana mereka dipilih anda. Bezakan tindakan yang menzalimi rakyat dengan tindakan yang adil dan saksama. Buang ketepi fahaman politik sementara waktu. Lihat dari sudut kemanusiaan. Bayangkan suatu hari nanti, kaedah yang sama digunakan kepada keluarga anda, sahabat anda atau pemimpin anda pula. 

Anda mahu biarkan sahaja ?

8. Desak kerajaan untuk mengotakan janji mereka untuk mengasingkan agensi penguatkuasa daripada politik. Biar Agensi Penguatkuasa Undang-undang boleh bertindak secara adil tanpa mempedulikan siapa yang menjadi pemerintah. 



#cheriteraSuara anda berharga. Jangan takut. Jangan risau. Anda BEBAS & berHAK berSUARA




sumber


#ReBUT
#HakBersuara