Powered By Blogger

29 April 2013

PANAS !!! PAS vs PAS ??? @teammediaperak @pemudaperak @umnoonline @umbonline

Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam satu temu bualnya dengan media secara terbuka mengakui PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS menang PRU-13.



Menurut Haron Din, kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS sekiranya keadaan memerlukan merupakan bukti kukuh bahawa DAP menerima dasar PAS terutama sekali dalam perlaksanaan hukum hudud.Entah bagaimana ia akan dilakukan payah nak difikirkan memandangkan dengan sejumlah 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 sahaja yang putih, sukar sekali untuk PAS mengubah Perlembagaan Negara seterusnya merintis perlaksanaan hudud.



Begitu pun, kenyataan pemimpin PAS itu bagaimana pun agak bertentangan dengan DAP yang mana pada 20 April 2013 lepas, Karpal Singh menyatakan penggunaan logo PAS oleh calon DAP bukanlah bermakna dasar PAS telah diterima tanpa halangan.




Sebaliknya ia hanya menunjukkan betapa mudahnya PAS diperalatkan untuk kepentingan DAP, sama seperti mudahnya PAS tunduk pada kehendak DAP dalam isu kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini PR tetap dengan pendirian kalimah suci itu boleh diguna pakai dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.


DAP tetap dengan pendirian menolak hudud PAS dan menentang Negara Islam, sebaliknya kerjasama yang dijalin antara DAP dan PAS melalui PR hanyalah untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.
Tiada yang menghairankan dengan kenyataan Pengerusi DAP itu kerana sebelum ini pun DAP sering mempertahankan pendiriannya berhubung perkara ini. Malah pada 30 Julai 2012, Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng juga mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.Dari satu sudut, jika dilihat pada kenyataan tegas Dr Haron Din, ia seperti memberi bayangan keinginan tersirat PAS untuk mengetepikan peranan DAP seandainya PRU-13 kelak PR berjaya menguasai di peringkat Pusat.

Malah ada kemungkinan juga wujud niat tersirat yang lain di mana PAS akan menerajang keluar DAP dari PR seandainya perjuangan melaksanakan hudud PAS terus dihalang oleh DAP, senario ini nampak mustahil tapi logik.

PANAS !!! CALON BN DIGEMARI " JANDA-JANDA " DI KUALA KANGSAR ??? @NajibRazak @zambryabdkadir @pemudaperak @hanafiahman @teammediaperak @hairul_own @umnoonline @umbonline



Petang semalam 28 April jam lebih kurang jam 4.00 petang satu program 
'Walk About' Parlimen Kuala Kangsar bersama Persatuan para Ibu Tunggal dibawah Pegerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar dihadiri lebih kurang 150 ibu tunggal dan program dihadiri wakil calon Parlimen Kuala Kangsar,Dato'Wan,calon DUN Bukit Chandan,Sdr.Maslin Sham Razman dan juga calon bagi DUN Manong,Sdr.Kamil Arieff disambut baik oleh para ibu tunggal disitu semalam.
















"Para ibu tunggal Bahagian Kala Kangsar menyuarakan sebulat kata menyokong penuh dan penerimaan perlantikan calon-calon BN yang dilantik bagi mendokong harapan da  membela nasib para ibu tunggal khususnya di bahagian Kuala Kangsar",ujar Wakil kepada Persatuan Ibu Tunggal Kuala Kangsar.

[PAUTAN GAMBAR] KUALA KANGSAR KECOH ???? @najibrazak @zambryabdkadir @tunfaisal @pemudaperak @teammediaperak @hairul_own @umnoonline @umbonline

Seperti semua maklum, hari penamaan calon telah berlangsung pada 20 April yang lalu, dan dengan itu rasminya tempoh berkempen bermula. Tempoh berkempen diberikan SPR adalah selama dua minggu sehinggalah hari mengundi yang telah ditetapkan pada 5 Mei akan datang.

Jadi, BN sendiri tidak melepaskan peluang untuk turun ke padang lebih dari biasa untuk memberikan sokongan dan menyebarkan maklumat kepada rakyat. Ini bagi memastikan legasi kepimpinan BN tidak tamat dan negara tidak musnah jika ditadbir Pakatan Rakyat.

Perak walaupun berada di bawah pentadbiran Kerajaan, BN tidak memandang sebelah mata akan negeri yang satu ini. Perak dilihat harus memastikan hak dan keperluan rakyat terjaga dan menghentikan penganiayaan PR kepada rakyat.

Sejurus itu, kempen Barisan Nasional dilihat mendapat sambutan luar biasa di Perak yang diketuai PM sendiri. Kemuncaknya adalah apabila kehadiran lebih 8,000 rakyat dalam majlis ramah mesra bersama PM di Arena Square,Kuala Kangsar baru-baru ini.

Dengan sambutan yang memberangsangkan dari rakyat Perak,Ini adalah salah satu usaha untuk memperkuatkan semangat penyokong BN di sana sebelum mereka tertipu dengan dakyah pembangkang.

PM bakal umum beberapa lagi langkah tambahan khusus untuk menyelesaikan permasalahan rakyat Perak. Lihatlah pengorbanan yang dilakukan PM bagi memastikan rakyat tetap berada di belakangnya. Pemimpin PR pula sibuk bertelagah sesama sendiri bagi merebut kerusi dan sibuk meletak calon parti mereka untuk jadi PM.

28 April 2013

TERKINI !!! KAEDAH PENDEKATAN MEDIA SOSIAL CALON BN DUN N.34 ATASI PEMBANGKANG ???

Digital News Asia (DNA) dalam liputan 22 April 2013 melaporkan usaha kerajaan BN mendekati rakyat melalui media sosial seperti Twitter, Facebook, blogs dan YouTube berjaya merapatkan hubungan kerajaan dengan rakyat jelata. Dari segi jumlah pengikut serta "likes" ternyata BN jauh ke hadapan walaupun agak ketinggalan untuk menggunakan sepenuhnya potensi internet dan media sosial jika dibandingkan dengan pembangkang yang telah lama menggunakan internet untuk berhubung dan berkempen.


Media sosial digunakan sepenuhnya dalam kempen PRU13 sehingga DNA menggelarkannya "Pilihanraya Media Sosial." Penjenamaan Barisan Nasional di media sosial dilihat lebih berjaya berbanding Pakatan Rakyat (PR) kerana BN dilihat lebih teratur mempunyai langkah penjenamaan yang khusus.

Penjenamaan BN & PM Najib Razak di media sosial lebih ketara jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat yang sehingga kini tidak ada apa-apa penjenamaan yang khusus. Dominasi BN di alam maya kali ini lebih ketara jika dibanding dengan PRU12 dan ini mampu membawa kesan positif kepada Perdana Menteri dan kerajaan BN.

Pemimpin-pemimpin BN lebih menerajui jumlah followers & likes samada di Facebook mahupun Twitter. PR ketinggalan sebanyak dua minggu untuk mengatasi BN memandangkan kempen akan bermula dalam tempoh tersebut bagi negara menghadapi PRU 13.

BN jelasnya kini sangat berbeza kerana sehingga April 2013, BN mempunyai imej yang sangat kukuh di media sosial dengan pengikut "like" di Facebook berjumlah 1,580,00, sedangkan Nik Aziz sekadar 889,000; Anwar Ibrahim 480,000 dan Lim Kit Siang hanya 120, 000. Gabungan ketiga-tiga mereka masih lagi jauh ketinggalann sebanyak 80,000 "likes" dibelakang Najib.

Bagi laman Twitter pula, jumlah pengikut adalah; BN 24,000, PKR 27,000; DAP 27,000 PAS 1200 and PR 1,900. Pengikut peribadi Najib pula 1,460,000 dan Pakatan Anwar Ibrahim 267,000, Nik Aziz 94,000 dan Lim Kit Siang 89,000. Gabungan ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu juga gagal menyaingi Najib.

TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com

PEMBONGKARAN Dari Seorang Dr. ???

Beberapa hari sebelum hari penamaan calon sempena PRU-13 berlangsung, PR khususnya PKR agak fokus dalam mencanang propaganda kononnya Mufti Perlis iaitu Dr Juanda Jaya bakal mewakili parti itu di Parlimen Kangar.

Secara umumnya propaganda itu berjaya menarik perhatian umum malah turut menyemarakkan semula semangat penyokong PKR yang hampir longlai gara-gara diselubungi pelbagai isu terutama sekali perihal perebutan kerusi sesama PR.

Tiba hari penamaan, akhirnya kebenaran terserlah apabila Dr Juanda tidak muncul sebaliknya calon PAS pula yang bertanding di Parlimen Kangar. Hancur luluh harapan penyokong PR untuk melihat seorang Mufti menjadi calon mereka.

Rupa-rupanya sedari awal lagi Dr Juanda tidak pernah memberi kata putus, ini bermakna pengumuman PKR sebelum ini tidak hanya satu propaganda kosong tapi juga satu taktikal politik yang kotor, jijik dan jahat.

Patutlah beberapa hari sebelum penamaan calon, Dr Juanda pernah melabelkan berita mengenai dirinya bakal menjadi calon PKR merupakan berita dari syaitan. Rupanya memang betul, kerana hanya syaitan saja yang gemar menggunakan taktik kotor disebabkan niatnya memang jahat sejak azali.

Tapi nak pelik apa dengan taktik kotor yang diguna pakai oleh PR, sedangkan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu di Sabah boleh ditajanya, apa sangatlah setakat memperalatkan nama orang lain untuk kepentingan politik kepartian.

Dr Juanda mungkin kritis pada BN tapi seperti mana beliau akui, walaupun bukan penyokong tegar BN tapi tiap kali pilihan raya umum berlangsung beliau sentiasa mengundi BN kerana hanya parti itu yang konsisten menegakkan Islam.

Kenyataan Dr Juanda benar, jika tidak, masakan Imam Masjid Al-Nabawi, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair juga mengiktiraf usaha Kerajaan BN dalam meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Baik kenyataan Dr Juanda mahu pun pujian yang diluahkan oleh Imam Masjid Al-Nabawi, Madinah itu, ia jelas menunjukkan BN adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia.

PANAS !!! BN contoh Kepimpinan Diktaktor Di Malaysia ??? @teammediaperak @pemudaperak @NajibRazak @tunfaisal @umnoonline @umbonline @BERNAMA @sinaronline

Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13, perkataan 'ubah' sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada PR.

Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.

Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.

Anwar Ibrahim misalnya, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti, manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.

Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato' Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa.

Ketika UMNO terus fokus menabur bakti untuk kepentingan orang Melayu Islam sambil menitik beratkan kerjasama dengan semua kaum dan agama, PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.

Dalam konteks politik DAP pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti, Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Sementara, Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif. Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis, mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.

Masyarakat India Kg.Talang,Kuala Kangsar Beri 100% Sokongan Kepada Siapa .... ???? @teammediaperak @umnoonline @umbonline @pemudaperak

Kehadiran calon N.34 ke program perjumpaan bersama pengundi di Kg.Talang lebih kurang jam 5.30 petang disambut dengan baik dan meriah sekali. Kehadiran lebih kurang 100 orang penduduk dikalangan pengundi Kg.Talang bagi Dun Bukit Chandan.

Penerimaan yang sangat baik dikalangan penduduk masyarakat kaum india di kg.Talang,Kuala Kangsar.
RKP dikhabarkan seramai 279 orang penduduk kampung yang layak mengundi dikalangan masyarakat india dan 190 orang lebih pengundi disitu menyokong penuh kepada barisan nasional terutama kepada calon muka baru Dun Bukit Chandan yang diletakkan sebagai harapan kepada penduduk di situ ujar ketua kaum masyarakat india di Kg.Talang tersebut.

Dalam program ini juga turut dihadiri calon BN bagi Parlimen Kuala Kangsar, Dato' Wan dan Jentera Pemuda BN bagi gerak gempur bahagian Kuala Kangsar.

Mesti Baca !!! Golongan Pengundi Wanita Undi Siapa ???

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan para penggundi wanita dalam pilihan raya kali ini. Ini terbukti melalui kajian sekumpulan penyelidik di universiti tersebut terhadap 4,500 responden wanita di seluruh negara dengan 59.1 peratus memilih BN dan 33.9 peratus memilih pakatan pembangkang. Pensyarah Geopolitik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof Madya Dr. Mohd Fuad Jali berkata, kecenderungan pilihan tersebut adalah bedasarkan kejayaan transformasi yang dibuat oleh kerajaan terhadap golongan wanita. Kerajaan telah berjaya melaksanakan pelbagai transformasi dan kemudahan kepada golongan itu termasuklah Kedai Kain 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia dan pelbagai lagi produk yang memberi manfaat kepada mereka.

"Kerajaan seperti itulah yang diperlukan oleh wanita dan sebagai tanda sokongan dan berterima kasih, mereka akan menzahirkannya dengan mengundi BN pada pilihan raya umum kali ini," ....

Kajian tersebut dibuat bagi tempoh Disember 2012 dan Mac lalu. Mohd Fuad menjelaskan, golongan wanita berstatus ibu tunggal di Selangor mencecah 50,000 orang dan kemungkinan mengundi BN adalah tinggi.

"Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selangor menjanjikan pelbagai bantuan kepada mereka namun gagal untuk melaksanakannya berbeza dengan Kerajaan Pusat yang memberi pelbagai kemudahan kepada mereka. Ini secara tidak lansung memberi impak pola pengundian pada pilihanraya kali ini terutamanya di negeri Selangor," ....

27 April 2013

Belia Perak Sokong 100% Barisan Nasional ??? @NajibRazak @ZambryAbdKadir @pemudaperak @AzwanBro @hanafiahman @erwinmukhriz @bnyvperak @teammediaperak @yashiryahaya @hairul_own

Lebih kurang 1000 Belia Perak dibawah komuniti sukarelawan BNYV Perak hadir berkumpul di kediaman MB pada malam ini dalam majlis "BNYV bersama MB Perak".

Sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja dari belia BNYV malah dikalangan penduduk setempat juga dijemput bagi memeriahkan lagi majlis.
Ternyata dengan kehadiran lebih dari 1000 orang,jelas membuktikan arus sokongan rakyat terutama dari kalangan belia muda khususnya di negeri Perak 100% kepada Barisan Nasional.

Dalam sesi sidang akhbar MB Perak,Dr.Zambry Abd Kadir menyifatkan kehadiran belia sukarelawan khususnya di ipoh pada malam ini menggambarkan tahap sokongan di saluran undi golongan muda ternyata kepada Barisan Nasional.
"Tahap arus sokongan dan penerimaan rakyat di perak sekarang lebih ke arah kerajaan Barisan Nasional "ujar beliau lagi.

Syabas diucapkan kepada yang hadir memberi sokongan.Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pemuda UMNO Perak sdr.Khairul Azwan dan Pengerusi UMB-TMP Negeri Perak sdr.Hairul Anuar.

WAJIB BACA !!! Putrajaya Akan Digegarkan Malam Ni ??? @NajibRazak @teammediaperak @tunfaisal

RKP baru mendapat makluman dari sahabat blogger mengenai mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir akan berada di Putrajaya pada malam ini bertempat di Presin 9,Putrajaya. Dalam Edisi Khas kunjungan Tun M ke Putrajaya pada malam ini bertujuan untuk berkongsi dengan para pengunjung dan rakyat khususnya "Mengapa Perlu Tolak PR".

Jadi jangan lepaskan untuk bertemu dengan mantan Perdana Menteri Tun M di Putrajaya pada 27 April 2013 Jam 8 malam bertempat di Presint 9,Putrajaya. Banyak pendedahan dan kejutan yang akan dikongsi.

***Jika kita Sayangkan Negara Kita,datanglah beramai-ramai khususnya kepada golongan belia negara..

Perkampungan Orang Asli Kuala Kangsar Diserbu ??? @NajibRazak @ZambryAbdKadir @teammediaperak @pemudaperak @teammediaperak

Jam 3.30 ptg RKP tiba di perkampungan orang asli dalam sesi lawatan calon N.34 Bukit Chandan ke bilik gerakan BN cawangan kg.ulu bekor,Kuala Kangsar. Orang asli yang mendiami di perkampungan ini majoriti bukan dikalangan beragama islam.Penduduk orang asli yang layak mengundi seramai 250 orang dan arus sokongan majoriti kepada barisan nasional. Pendapatan utama penduduk kampung orang asli di kampung ini dikhabarkan daripada kutipan hasil hutan.

Kedatangan calon N.34 sdr.Maslin Sham Razman mendapat sambutan cukup baik dikalangan penduduk orang asli disini jelas menunjukkan sikap yg prihatin calon terhadap masyarakat orang asli khususnya. Calon sempat singgah menziarahi salah seorang penduduk kampung yang dikenali Manan Bin Musa yang kurang upaya.