Powered By Blogger

28 April 2013

TERKINI !!! KAEDAH PENDEKATAN MEDIA SOSIAL CALON BN DUN N.34 ATASI PEMBANGKANG ???

Digital News Asia (DNA) dalam liputan 22 April 2013 melaporkan usaha kerajaan BN mendekati rakyat melalui media sosial seperti Twitter, Facebook, blogs dan YouTube berjaya merapatkan hubungan kerajaan dengan rakyat jelata. Dari segi jumlah pengikut serta "likes" ternyata BN jauh ke hadapan walaupun agak ketinggalan untuk menggunakan sepenuhnya potensi internet dan media sosial jika dibandingkan dengan pembangkang yang telah lama menggunakan internet untuk berhubung dan berkempen.


Media sosial digunakan sepenuhnya dalam kempen PRU13 sehingga DNA menggelarkannya "Pilihanraya Media Sosial." Penjenamaan Barisan Nasional di media sosial dilihat lebih berjaya berbanding Pakatan Rakyat (PR) kerana BN dilihat lebih teratur mempunyai langkah penjenamaan yang khusus.

Penjenamaan BN & PM Najib Razak di media sosial lebih ketara jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat yang sehingga kini tidak ada apa-apa penjenamaan yang khusus. Dominasi BN di alam maya kali ini lebih ketara jika dibanding dengan PRU12 dan ini mampu membawa kesan positif kepada Perdana Menteri dan kerajaan BN.

Pemimpin-pemimpin BN lebih menerajui jumlah followers & likes samada di Facebook mahupun Twitter. PR ketinggalan sebanyak dua minggu untuk mengatasi BN memandangkan kempen akan bermula dalam tempoh tersebut bagi negara menghadapi PRU 13.

BN jelasnya kini sangat berbeza kerana sehingga April 2013, BN mempunyai imej yang sangat kukuh di media sosial dengan pengikut "like" di Facebook berjumlah 1,580,00, sedangkan Nik Aziz sekadar 889,000; Anwar Ibrahim 480,000 dan Lim Kit Siang hanya 120, 000. Gabungan ketiga-tiga mereka masih lagi jauh ketinggalann sebanyak 80,000 "likes" dibelakang Najib.

Bagi laman Twitter pula, jumlah pengikut adalah; BN 24,000, PKR 27,000; DAP 27,000 PAS 1200 and PR 1,900. Pengikut peribadi Najib pula 1,460,000 dan Pakatan Anwar Ibrahim 267,000, Nik Aziz 94,000 dan Lim Kit Siang 89,000. Gabungan ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu juga gagal menyaingi Najib.

TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com