Seperti semua maklum, hari penamaan calon telah berlangsung pada 20 April yang lalu, dan dengan itu rasminya tempoh berkempen bermula. Tempoh berkempen diberikan SPR adalah selama dua minggu sehinggalah hari mengundi yang telah ditetapkan pada 5 Mei akan datang.
Jadi, BN sendiri tidak melepaskan peluang untuk turun ke padang lebih dari biasa untuk memberikan sokongan dan menyebarkan maklumat kepada rakyat. Ini bagi memastikan legasi kepimpinan BN tidak tamat dan negara tidak musnah jika ditadbir Pakatan Rakyat.
Perak walaupun berada di bawah pentadbiran Kerajaan, BN tidak memandang sebelah mata akan negeri yang satu ini. Perak dilihat harus memastikan hak dan keperluan rakyat terjaga dan menghentikan penganiayaan PR kepada rakyat.
Sejurus itu, kempen Barisan Nasional dilihat mendapat sambutan luar biasa di Perak yang diketuai PM sendiri. Kemuncaknya adalah apabila kehadiran lebih 8,000 rakyat dalam majlis ramah mesra bersama PM di Arena Square,Kuala Kangsar baru-baru ini.
Dengan sambutan yang memberangsangkan dari rakyat Perak,Ini adalah salah satu usaha untuk memperkuatkan semangat penyokong BN di sana sebelum mereka tertipu dengan dakyah pembangkang.
PM bakal umum beberapa lagi langkah tambahan khusus untuk menyelesaikan permasalahan rakyat Perak. Lihatlah pengorbanan yang dilakukan PM bagi memastikan rakyat tetap berada di belakangnya. Pemimpin PR pula sibuk bertelagah sesama sendiri bagi merebut kerusi dan sibuk meletak calon parti mereka untuk jadi PM.