Powered By Blogger

24 April 2013

GEMPAR !!! PR SAILANG MANIFESTO SENDIRI ???


Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan permohonan syarikat Lynas Corporation Ltd  untuk membina sebuah kilang memproses dan penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. berfungsi sebagai kilang memproses nadir bumi. Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Pakatan Rakyat memberi jaminan kilang radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan yang mengancam nyawa dan keselamatan penduduk pasti akan ditutup apabila mentadbir negara kelak. Gambaran yang cuba ditanam kepada rakyat Malaysia ialah betapa mudaratnya nadir bumi ini sehinggakan Australia tidak mahu memprosesnya dan Gebeng dijadikan pusat pembuangan sisa toksik yang mengandungi radiasi.


Pendirian Pemimpin PR

1.  DAP dan beberapa akhbar berbahasa cina begitu giat dan bermati-matian mahu menghancurkan projek Lynas Malaysia. Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pengakuan Lynas bahawa bahan berkenaan tidak boleh dieksport menunjukkan bahawa BN tidak jujur dan tiada komitmen dalam keselamatan dan kesihatan awam.

2.  Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, untuk penutupan itu, kontrak tersebut yang diluluskan antara Barisan Nasional dan Lynas Corporation Ltd dari Australia akan dibatal.

3.  Kata ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya berkompromi dan akan menutup kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang jika menang PRU 13,.“Manifesto Pakatan Rakyat jelas. Kita akan tutup Lynas sebaik sahaja Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan,” kata Fuziah dalam satu kenyataan di sini.

4.  Wong Tack Calon PRU13 Parlimen Bentong yang berhasrat mahu membakar kilang Lynas itu jika masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.

5.  PAS mendakwa kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa pembinaan loji nadir bumi Lynas selamat dan tidak membahayakan penduduk hanyalah untuk menutup isu sebenar yang menjadi kebimbangan penduduk iaitu tempat sisa buangan pemprosesan yang didakwa PAS berbahaya kepada penduduk sekitar untuk tempoh jangka masa panjang. Melalui kenyataan Ketua Penerangannya, Suhaimi Saad yang disiarkan di HarakahDaily, kebimbangan tersebut berasas kerana sehingga ke hari ini Lynas masih gagal mengemukakan pelan pengurusan sisa buangan yang akan ditanam di Gebeng.

Percanggahan Pendapat

        Himpunan Hijau di Kuantan tahun lalu. Pada ketika itu, Anwar memberi jaminan kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat akan menutup loji tersebut bila berkuasa kelak. Sementara itu Aktivis Himpunan Hijau, Wong Tack juga minggu ini menyanggah kenyataan kononnya Anwar tidak lagi konsisten dalam pendiriannya mengenai projek Lynas.

7 mac 2013, Anwar memberitahu media Australia, The Sydney Morning Herald, bahawa Lynas akan dibenarkan untuk meneruskan operasi mereka di Malaysia sekiranya ia selamat. Beliau juga berkata Pakatan Rakyat menggunakan isu Lynas untuk menimbulkan kemarahan rakyat, walaupun banyak bukti saintifik yang membuktikan bahawa kilang nadir bumi tersebut adalah selamat.

Haji Hadi, Presiden PAS, menasihati ahli PAS rujuk kepada Dr. Che Rosli Che Mat,
saintis nuklear yang juga Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, untuk tahu lebih lanjut
tentang Lynas. Manakala, Dr Rosli sendiri turut mengesahkan bahawa Lynas Malaysia selamat. Olehitu, maksudnya Lynas diakui selamat oleh pakar nuklear antarabangsa dan juga pakar nuklear PAS.


" Pakatan Rakyat cuba untuk menutup kesilapan kerana takut sebarang usaha untuk menutup kilang Lynas akan mencetuskan pelbagai isu undang-undang. Pemimpin pembangkang turut merampas NGO alam sekitar (Himpunan Hijau), dalam usaha untuk mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat hanya demi mendapatkan lebih banyak undi. "