Adoii... Sohih lagi benar... Nik Aziz dan Lim Kit Siang TIDAK AKAN BERTANDING pada Pilihanraya Tahun 2050... Hehehe... Kalau deme nak bertanding lagi, memang deme nie hebat la.. Masakan tidak, Nik Aziz dah Pegang Jawatan dalam PAS sebagai Mursyidul Am selama 29 Tahun,semenjak tahun 1987... Lim Kit Siang pulak duk jadi calon dan pegang jawatan tertinggi dalam DAP semenjak tahun 1969... Dari jawatan Setiausaha Agung sehingga la jadi Penasihat... Yang mereka tuju dan jaja kata Pemimpin UMNO terlalu lama berkuasa... Tapi ada x orang perasan yang Nik Aziz dan Lim Kit Siang lagi lama.. Pemimpin UMNO dah tukar ganti seramai 7 orang... Bermula Onn Jaafar,Tunku Abdul Rahman,Tun Razak,Tun Hussien Onn,Tun Mahathir,Tun Abdullah dan kini DS Najib.... Tapi DAP,PAS..?? Siapa yang lagi tamak kuasa?? Pemimpin UMNO Atau Pemimpin PAS dan DAP...???
PKR lagi Teruk... Parti Keluarga dan Rakan... Sebab tu PKR... Ketua UMUM - Anuwar Ibrahim (Suami/Bapa), Presiden - Wan Azizah (Isteri/Emak), Naib Presiden - Nurul Izzah (Anak), Timbalan Presiden - Azmin Ali (Sahabat Baik / Anak Murid), Naib Presiden - Tian Chua (Sahabat Baik)... Hampir Separuh Kepimpinan Pusat PKR adalah KRONI Anuwar!!! Sapa yang lawan, Gantung atau Pecat dari Parti... Sapa yang lebih kejam ??? UMNO atau PKR ??? Kehendak akar umbi di nafikan, kehendak Anuwar Di dahulukan... Anuwar berjuang untuk Rakyat atau diri Sendiri..?? Berjuang untuk Rakyat atau Ahli Keluarga dan Kroni..???
Pengundi digula-gulakan dan di bodoh-bodohkan oleh Anuwar dan Konco-Konconya tentang keburukan Barisan Nasional mentadbir Negara?? Sampai kata Barisan Nasional Kayakan Kroni?? Orang Terkaya Kat Malaysia nie, bukan jadi kaya dalam tempoh seminggu dua.. Berpuluh Tahun deme kumpul harta baru jadi orang kaya... Anuwar tak pernah jadi Timb. Perdana Menteri ke sebelum nie?? Kenapa selama bertahun dia dalam UMNO dan Barisan Nasional dia tak bising pasal kroni..??? Bayangkan kalau dia tak dipecat dari Kabinet dan UMNO..?? Adakah dia akan dedahkan pasal kroni dan Rasuah dalam Barisan Nasional..?? Adakah dia akan letak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO seterusnya Sebagai Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana ada rasuah dalam Barisan Nasional dan Kepimpinan Negara..?? Dan dia tubuhkan Parti Baru atas sebab-sebab yang dia sebutkan...??? Kerat 18 pun dia takkan buat sebab dia taw dia akan jadi Perdana Menteri.. Dan dia akan buat lebih teruk daripada itu... Kalau Tun Mahathir Menjadi Perdana Menteri selama 20 tahun lebih, Anuwar akan pastikan dia jadik PM selama 30 tahun lebih.. Sebab tu Parti Keadilan Nasional (ADIL) di tubuhkan pada sekitar 1999-2000... Sebab apa, sebab gerakan Reformasi nak bela Anuwar, bukan bela rakyat... Cuba bayangkan sekiranya Anuwar tidak Dipecat?? Adakah PAS dan DAP boleh duduk semeja seperti sekarang?? Kompom idak.. Sebab mereka tamakkan kuasa dan mereka melihat Anuwar mampu jadi penghubung mereka, maka mereka pun join sekali Rancangan Jahat Anuwar... Tapi kalau Anuwar masih Bersama Barisan Nasional, sudah Pastinya Anuwar Musuh Mereka yang mereka akan tentang bermati-matian...
Sebenarnya,agenda yang dibawa Anuwar untuk membela nasib rakyat adalah lakonan semata-mata... Macam mana lakonan Anuwar masa kene Asid, Lakonan Anuwar masa Cedera tulang belakang, Lakonan Anuwar ditumbuk dan lain-lain Lakonan Anuwar lagi... Mana ada istilah nak bela rakyat dalam Pembangkang.. Istilah yang ada ialah Pentadbiran Barisan Nasional kotor dan teruk... Cuba tengok betul-betul... Isu yang dibawa adalah direka bagi orang nampak Kerajaan diketuai oleh Barisan Nasional teruk.. Tapi deme tak bawak isu rakyat sebenarnya... Tak percaya, tanya Lim Kit Siang, selama 5 Tahun jadi Ahlil Parlimen Ipoh Timor, berapa kali dia ada semasa pengundi kawasan dia dilanda musibbah..?? Berapa kali dia ada datang jamuan untuk hari raya..?? Tak kira la raya apa pun.. Tak Pernah... Macam mana yang dikatakan nak bela rakyat..??
Semua tu bohong dan omong kosong.. Inilah dia Menanam Tebu di Pinggir Bibir... Ingat, setiap pangkah yang kita turunkan di atas kertas undi mendatangkan akibat yang berbeza... Mengundi orang yang tamak akan menjadikan kita umpama sampan di tengah lautan... Tak tahu mana arah nak dituju dan tak tahu nasib bila dihempas ombak tak kira kecil atau besar... Hanyut atau karam... Nakhoda yang benar telah ditunjukkan... Nakhoda yang Palsu juga telah ditunjukkan... Tepuk dada tanya hati... Yang mana jadi pilihan... Setiap keburukan yang diceritakan oleh Pembangkang ialah keburukan mereka sendiri sebenarnya... Sebelum terdedah, letakkan kesalahan kepada orang lain.. Satu jari dituding kepada orang lain,3 jari menuding diri sendiri...
TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com