Powered By Blogger

11 May 2013

GEMPAR !!! Medan Istana IPOH Kecoh ??? @ZambryAbdKadir @hanafiahman @azwanbro @hairul_own @unitmediabaru @teammediaperak @tunfaisal

RKP ade membaca artikal dari sahabat bloger RKP si sangkakala semalam tentang khabar yang pakatan pembangkang akan mengadakan himpunan bantah pilihanraya di Ipoh pada jam 11 pagi ni di perkarangan pejabat DAP di Jalan Medan istana,Ipoh.

Yang hadir adalah dikalangan pemimpin pemimpin pembangkang.

Kenapa Perak juga menjadi sasaran? Sedangkan mereka membantah tentang terputusnya bekalan elektrik di beberapa tempat semasa pengiraan undi dijalankan dan seperti di Pahang, mereka menang dalam kiraan undi tersebut.

Ini adalah satu alasan untuk mereka mengadakan rapat umum bagi mencetuskan rasa kurang senang dikalangan rakyat dimana mereka sebenarnya tidak dapat menerima keputusan bahawa rakyat Malaysia masih menerima kerajaan Barisan Nasional sebagai pemerintah.

Jika mereka berjaya memerintah, barulah mereka akan mengatakan bahawa SPR itu telus dan ianya adalah adil, apa makna semua ni?

Anwar bersikap seolah kanak kanak yang berumur 5 tahun sedangkan umur beliau sudah menjangkau 60 tahun lebih, adakah beliau tidak dapat memastikan yang mana adil ataupun tidak?

Selama beliau didalam kerajaan, beliau tidak pernah mengatakan bahawa pilihanraya di Malaysia penuh dengan kekotoran atau penyelewengan, tapi bila dah duduk di tempat pembangkang semua itu dihamburkan kepada kerajaan dengan mengeluarkan pelbagai fitnah dengan niat memburuk burukkan kerajaan.

Kini mereka akan pergi pula untuk menyerang negeri Perak yang mana negeri tersebut telah dimenangi oleh kerajaan Barisan Nasional.

***rakyat negeri Perak kini harus bangkit menentang mereka yang cuba memburukkan keadaan aman di negeri Perak dengan cara melaporkan perkara ini kepada pihak polis esok yang mana rakyat negeri Perak menolak kehadiran pakatan pembangkang untuk membuat onar dinegeri tersebut.

-sumber sangkakala

TERKINI !!! DSAI Kaki Pembohong Macam Nizar J. ???

Punyalah Anwar kuat pembohong dengan mengatakan bahawa gas memasak dinaikkan dan ianya adalah hadiah dari Barisan Nasional, Anwar kata begitu menerusi laman twitter beliau.

Tapi apa yang sebenarnya perkara tersebut tidak berlaku dan ianya hanyalah dakyah dari Anwar semata mata untuk memburukkan keadaan, beliau sendiri pun tidak pernah membeli gas memasak dirumah macam mana pulak dia tau harga naik atau tidak.

Tapi yang sebenarnya memang ada kenaikan harga gas memasak sekitar RM 2 di sesetengah tempat tetapi ianya bukanlah melibatkan harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kenaikan tersebut dilakukan oleh penghantar gas memasak yang menghantar barangan itu terus ke rumah.

Takkan itu juga kerajaan nak sekat? Kerajaan hanya mengawal harga di pasaran yang dibeli dan dibawa sendiri oleh pembeli gas tersebut ke rumah, tapi kalau dah sampai minta orang tolong hantarkan kena la bayar dan takkan bayaran untuk penghantaran pun nak subsidi dari kerajaan.

Kita harus fikir sama, penghantaran ke rumah adalah perkhidmatan lebihan yang disediakan oleh pembekal gas memasak, cuba kita fikir kalau si penjual gas tersebut terpaksa menghantar gas memasak ke rumah pangsa, mestilah caj tambahan diperlukan untuk susah payah si penghantar gas tersebut.

Anwar sengaja memperbesarkan isu kenaikan caj penghantaran yang dilakukan oleh pembekal ini untuk memburukkan kerajaan sedangkan pernahkah beliau terfikir sepertimana yang Sangkakala katakan tadi bahawa si penghantar gas tersebut terpaksa memikul tong tong gas untuk dihantar ke rumah rumah.

Atau si pembeli boleh membeli gas memasak dengan harga biasa di kedai dan pikul sendiri untuk merasa bagaimana susahnya si penghantar tersebut menghantar gas memasak ke rumah kita.

Jadi bayaran RM2 tersebut boleh kita anggap sebagai bayaran upah untuk mengangkut gas tersebut ke muka pintu rumah kita.

-Kredit kpd sangkakala

10 May 2013

Mesti Baca !!! SYABAS Cybertroopers DAPig ???

Tahukah anda….Sebuah video parodi ‘The Magical Blackout’ (gambar tertera) dimuat naik pada hari yang sama pilihan raya umum ke-13 berlangsung (5 Mei 2013).

Video itu menunjukkan beberapa situasi di mana sesuatu perkara itu boleh berubah apabila berlakunya ‘blackout’.

Itu adalah sindiran kononnya semasa pengiraan undi, DAP sedang menang, kemudian berlaku blackout dan secara tiba-tiba BN pula menang di beberapa tempat.

Kejadian blackout berlaku pada malam 5 Mei…dan pada malam itu juga The Magical Blackout muncul di Youtube.

Bayangkan, bagaimana sebuah video parodi sebegitu boleh siap dirakam, diedit dan dimuat naik dalam setengah jam selepas kejadian blackout berlaku?

Mudah sahaja…kejadian blackout sudah dirancang puak DAP. Sebab itu mereka telah bersedia dengan sebuah video parodi khusus untuk memperlihatkan kerajaan menggunakan taktik balckout untuk menipu undi.

Kalau parodi itu keluar tengah hari 6 Mei… lojik jugak…ini kurang setengah jam kejadian dah ada.

Cepatnya tahu…

Selain parodi blackout yang sudah disediakan begitu awal… tindak tanduk ejen pengundian DAP juga agak pelik.

Berikut adalah perbualan beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan orang awam yang merasa hairan dengan sikap dan perbuatan beberapa ahli dan ejen pengundian DAP di pusat-pusat penjumlahan undi.

“… yang tak tahan tu, siap agen DAP bawa masuk lampu kecemasan tu, dia kata takut blackout. Paranoid betul la.

“Tak logik. Agen DAP dekat tempat saya yang jaga undi dah diberi lampu standby dari kroni-koni deorang (mereka). Sebelum pukul 5, mereka dah dapat lampu standby.

“Kami petugas pun tertanya-tanya kenapa hantar lampu. Mereka ‘on’ lampu sampai kami habis kira undi, padahal lampu dalam kelas terang benderang.

“Mana mereka tau masa kira undi akan blackout?

“Pelik gak kan kenapa mereka bawa lampur extra. Tapi takde blackout la dekat tempat saya jadi agen. Sebab time tu dia dah tau dia confirm menang.

Itulah beberapa petikan perbualan petugas-petugas SPR menerusi laman sosial Facebook.

Kalau puak-puak DAP ni tak tahu akan blackout, macam mana boleh dari pukul 5 petang dah sediakan lampu kecemasan.

Petugas SPR dan petugas TNB pun tak tahu akan berlaku blackout.

Kerajaan menipu dalam PRU-13- Itulah idea yang sedang giat dimainkan cybertroper DAP.

Dan itulah propaganda pihak pembangkang pada hari ini yang mengecam keputusan PRU13.

Namun, sangat jelas video tersebut telah dirakamkan lebih awal dan dimuat naik pada hari pilihan raya. Blackout adalah agenda yang dirancang cybertroper DAP dan parti itu sejak awal lagi. Sebab itu sebuah parodi khusus dibuat awal.

Cuma kesilapan cybertroper DAP ialah mereka rakus dan memuat naik klip berkenaan terlalu pantas.

Dan kenapa mereka buat demikian? Mudah…Kerana mahu memburukkan kerajaan Barisan Nasional serta ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Satu muslihat yang dibawa oleh pihak DAP yang tidak dapat menerima kekalahan mereka di sesetengah tempat.

Bagi menutup kekalahan mereka, mereka telah merancang lebih awal untuk mengaburi mata rakyat yang menunjukkan buruk BN dan SPR.

Apa pun, syabas kepada cybertroper DAP yang berjaya menghasilkan sebuah video parodi ‘pada masa yang sama’ ketika proses pengiraan undi dilakukan.

Kepada anda fikir-fikirkan…itu baru satu… belum masuk penipuan lain yang dimainkan cybertroper seperti puluhan ribu warga Bangladesh dibawa masuk dan (yang paling kelakar) beg undi dibuang SPR dari helikopter.

MAT SABU JADI SAWAN BABI SETELAH KaLAH BERTANDING ???

Mat Sabu menghina rakyat Malaysia lagi apabila berkata “Kita mahu PBB mengawal pilihanraya Malaysia..”.. Pengkhianat negara bernama Mat Sabu ini tidak habis-habis cuba mengganggu gugat keamanan negara. Dunia begitu menghormati kredibiliti Malaysia namun pakatan haram begitu terdesak mahu menjatuhkan maruah negara.

Mat Sabu merupakan seorang manusia bodoh yang sanggup menjadi balaci dan hamba sesiapa sahaja demi pangkat dan harta. Beliau bersekolah di Pulau Pinang dan mendapat SPM dengan kelulusan gred 3. Kemudian menyambung pelajaran jurusan pemakanan di ITM pun separuh jalan pada 1975 apabila terkandas dalam pelajarannya. Dengan ertikata lain pakatan haram sememangnya terdiri dari penjenayah dan mereka yang kurang cerdik.

Beliau telah menghina orang siam yang ada di Pendang tempat dia bertanding. Mat Sabu tidak pernah ambil tahu tentang kawasan yang beliau bertanding sehinggakan kaum mana ramai di Kg Titi Akar, Padang Siam, Sungai Tiang dan Padang Pusing pun tak disedari oleh beliau. Itu merupakan tempat lahirnya Siam di Malaysia.

Mat Sabu yang hanya berkelulusan gred 3 dalam SPM dan tidak mampu habiskan pengajian pemakanan di ITM ini telah merendahkan kebolehan Rakyat Malaysia untuk mentadbir negara dengan acuan kita sendiri.

Terdesaknya Mat Sabu sehingga mendewakan komunis yang telah membawa banyak kesengsaraan terhadap rakyat negara kita. Kini Mat Sabu mahu mengundang penderitaan dan kesengsaraan itu sekali lagi dengan menjual negara kepada DAP Diktator dan Komunis pula.

-sumber

[Pautan Foto] Perbezaan Antara Anwar Ibrahim Dan .... ???

09 May 2013

SUKA HATI MAK BAPAK DIA jer Nak Buat PRU Baru ???

Itulah hakikat yang terjadi apabila tuhan masih memberi peluang kepada LKS untuk memuhasabah dan bertaubat diatas apa yang telah dia cetuskan sejak peristiwa 13 Mei 1969 hinggalah sekarang masih berbaur dendam terhadap orang melayu dan suka hati kepala hotak dia jer umum dalam akhbar mahu buat PRU baru.

Mentang-mentang lah tuhan memberikan laluan dan kemenangan beliau di Gelang Patah pada edisi PRU13 baru-baru ini lantas mengambil kesempatan diatas kemenangan tersebut sebagai 'batu loncatan' beliau bagi meraih 'kredit' pada orang ramai.Dahlah di Ipoh Timor pun tak pernah nampak batang hidung sepanjang bergelar wakil rakyat DUN Ipoh Timor.
Ini pulak di Gelang Patah...hummm.....kirim salam la jawabnya kepada rakyat yang mengundi LKS kalo nak minta bantuan.sudah tentu-tentu LKS menapak ke 'seberang'....

Menurut beliau,"DAP,PAS dan PKR akan menggunakan satu simbol sahaja bagi menghadapi PRU14 yang akan datang"..

RKP tak tau lah simbol apa pulak yang akan PR gunakan.
Sudah pasti mesti ada perbalahan dan bercakaran tentang keputusan pemilihan bagi simbol yang akan digunakan.

"Adakah simbol Roket Komunis ka..,Bulan Terang Malam Minggu ka..,atau Mata Sepet Orang Yahudi...???"

08 May 2013

PEMBANGKANG MEMANG biaDAP ???

Pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.
Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.
Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.

Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk menjatuhkan BN.
Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.
Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.

[PAUTAN FOTO] PANAS !!! SIAPAKAH GADIS SEKSI DAN MENGGIURKAN INI ???













ANAK ATAU SKANDAL ???


[video] MESTI TONTON !!! GELOMBANG GEGARAN DI BUKIT CHANDAN

 WAKIL RAKYAT YANG DISENANGI MASYARAKAT SETEMPAT





07 May 2013

Ngeh Koo Ham Macam HARAM ???

Sudah ramai yang tahu, pembangkang ni memang hebatnya membangkang, bab nak melaksanakan paling liat. Manifesto ditabur semewah-mewahnya, tetapi bila dituntut ada banyak pula dalihnya.

Masa sebelum jadi wakil rakyat, rajin nampak batang hidung, bukan apa.. Nak meraih undi. Tetapi, habis je pilihan raya, dah dapat apa yang di perlukan dan dapat habuan yang dijanjikan, senyap menyepi macam tak pernah kenal.

Buktinya, calon DAP Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham ditengking oleh seorang warga emas penduduk Pantai Remis. Beliau ditengking sebaik beliau datang untuk berkempen di sebuah kedai kopi di sana.

Warga emas tersebut juga enggan bersalaman dengan Datuk Ngeh kerana beliautidak berpuas hati sepanjang 5 tahun Datuk Ngeh menjadi ahli parlimen Beruas. Menurut warga emas itu, Ngeh tidak pernah sekali pun turun padang untuk menyelesaikan masalah penduduk-penduduk.

Warga emas tersebut juga kecewa kerana DAP gagal menyelesaikan masalahbeliau sebaliknya bertindak “lepas tangan”. Dia juga meminta dan menyeru pengundi agar menolak pemimpin sebegini kerana tidak komited sebagai ahli parlimen. Inilah padahnya kalau bagi peluang pada pembangkang. Mereka ini baru nak memerintah tetapi belagaknya macam dah tadbir satu dunia.

Sama lah juga dengan apa yang terjadi di negeri-negeri lain di bawah pentadbiran pembangkang. Seksa rakyat dibuatnya. Mereka ini memang pandai menjual kata, ibarat menanam tebu di pinggir bibir. Tapi yang jadi mangsa, rakyat. Samalah dengan Tan Sri Khalid, berani pula dia cakap Klang seharusnya lebih maju jika diurus selia dengan lebih baik.

Nampaknya, masing-masing dah nyanyuk. Kan Klang di bawah pemerintahan Selangor, sudah tentulah bawah kuasa Khalid Ibrahim sendiri. Meludah ke langit, jatuh di muka sendiri. Taksub sangat dengan kuasa sampai lupa dekat mana letak duduk diri sendiri. Janganlah tertipu dengan slogan pakatan pembangkang itu, bukan IniKalilah, tetapi percayalah, LainKalilah lebih berkesan.

Inikah Yang Dikatakan Kebebasan Media Bagi PR ???

Walaupun melaungkan kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia tetapi DAP ternyata sebuah parti yang langsung tidak mengamalkan segala laungan tersebut. Satu demi satu isu yang melanda parti itu membuatkan DAP tidak boleh menyembunyikan lagi warna sebenarnya yang kuku besi, tidak adil dan rasis.

Sikap inilah yang menyebabkan berbondong-bondong ahli-ahli dan pemimpin DAP keluar parti di saat-saat akhir menjelang pilihanraya. Rata-rata memberi alasan DAP kuku besi dan anak beranak Lim begitu angkuh, bongkak, sombong serta tidak menghormati sesiapa termasuk ahli dan pemimpin bawahan parti.

Mungkin kerana tiada lagi tempat untuk mengadu, maka pemimpin DAP yang kecewa memilih media perdana untuk meluahkan perasaan. Antaranya, Janice Lee iaitu penyandang kerusi DUN Teratai yang kini bertanding atas tiket bebas setelah namanya digugurkan oleh DAP. Alasan DAP menggugurkan nama Janice adalah kerana menuduh beliau menggelapkan wang dana. Janice menafikan keras dakwaan itu melalui akhbar New Straits Times. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk bertanding bebas.

Alasan Janice, wang deposit pencalonan beliau dikumpul dari kutipan derma jawatankuasa penduduk Teratai dan beliau bertanggungjawab memikul harapan mereka untuk terus bertanding.

Akibatnya, beliau telah dipecat dan tindakannya membela diri melalui media perdana telah dianggap sebagai pengkhianatan oleh DAP. Namun, kes Janice nampaknya tidak terhenti di situ tetapi menjadi semakin rumit.

Semalam Tan Kok Wai, Pengerusi lembaga disiplin DAP, dilaporkan oleh Guong Ming Daily sebagai menuduh Janice atas tiga kesalahan iaitu menyalahguna dana, menyalahguna kuasa dalam mengendalikan isu dinding penahan di Taman Seraya serta menempelak jawatankuasa disiplin secara terbuka.

Nanyang Siang Pau dan China Press pula melaporkan Janice mencabar Tan Kok Wai agar menunjukkan bukti. Malah, Janice juga menggelar Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP sebagai penipu.

01 May 2013

Dari Mana Datangnya Dana ANWAR ..... ????

Satu perkara menarik sepanjang kempen PRU-13 yang sudah seminggu berlangsung ini ialah kemampuan kewangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk ke hulu dan ke hilir menjelajah seluruh negara dengan menaiki jet eksekutif dan helikopter.

Sedangkan di masa yang sama para pemimpin PR yang lain dari DAP dan PAS, kebanyakannya hanya mampu menaiki penerbangan biasa sahaja, sama ada menggunakan perkhidmatan Air Asia atau pun MAS.

Jarang yang ada menyewa pesawat atau helikopter peribadi seperti Anwar, kalau ada pun cuma segelintir itu pun melibatkan mereka yang benar-benar rapat dengan Anwar.

Kos sewaan per jam jet eksekutif dan helikopter itu bukannya murah, ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi mencecah angka ribuan dan puluh ribu yang bukan calang-calang orang mampu menanggungnya apatah lagi bila hampir setiap hari kemudahan itu digunakan.

Dari satu sudut ia adalah satu kelebihan dalam melancarkan kempen pilihan raya PKR selain memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat, namun di masa yang sama ia juga melambangkan gaya hidup Anwar yang serba mewah.

Itu belum lagi dikira jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menampung pembelian lori kontena dan bas Jelajah Merdeka Rakyat serta segala kos tanggungan perjalanannya dari utara ke selatan.

Selain itu, gaji dan sara hidup berbelas orang pengawal peribadi Anwar termasuk empat orang yang diimport khas dari Filipina juga bukan kecil anak perbelanjaannya.

Ini menimbulkan persoalan dari mana Anwar memperoleh dana pilihan raya sepanjang kempen PRU 13 ini sehingga membolehkan dirinya menikmati semua kemudahan ini, nak dikatakan hasil dari duit tabungan sejak dari kecil, agak mustahil.

Hasil tabungan duit dari kecil itu kalau pun ada, nak menampung kos pembinaan banglo mewah Anwar yang berharga RM7 juta di Segambut itu pun tak terdaya, inikan pula untuk menyelesaikan kos pengangkutan Anwar dan keluarganya dalam kempen PRU-13.

Baru-baru ini timbul dakwaan mengenai dana asing yang mengalir masuk bagi menampung kempen pilihan raya PR, ada kebarangkalian gaya hidup mewah Anwar ini disebabkan dana tersebut. Itu tak mustahil jika dilihat keakraban pemimpin PKR itu dengan pihak asing.

Namun untuk mendapat kepastiannya, Anwar perlu tampil memberi penjelasan kepada umum supaya dapat merungkai tanda tanya. Kalau dapat dijelaskan lagi apa istimewa dirinya berbanding pemimpin PR yang lain sehingga sebegini hebat gaya hidup mewahnya, itu lebih baik.