Powered By Blogger

07 July 2018

#ReBUT - DIMANAKAH PERTUBUHAN DAKWAH ISLAMIAH KITA ???? PEKIDA BANGKIT !!!! @teammediaperak

Salam Setiakawan,

ISLAM VERSI PAKATAN KAFIR HARBI DAP

1️⃣ Meliwat, berkhalwat, seks bebas, homoseksual, lesbian, minum arak, berjudi dan lain-lain kesalahan jenayah SYARIAH ISLAM merupakan dosa-dosa peribad antara pelaku dengan Tuhan.

2️⃣ Masyarakat dan Negara TIDAK mempunyai peranan terhadap pelaku-pelaku jenayah syariah tersebut.

3️⃣ Justeru itu, Ahli-ahli Parlimen dan kerajaan TIDAK akan menggubal atau meminda mana-mana Enakmen dan Akta mengenainya bagi memperkasakan dan memartabatkan Islam di Malaysia meski pun YAB Perdana Menteri ke 4, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed pernah mengisytiharkan MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM.

4️⃣ KESAN darinya adalah masyarakat tidak boleh mencampuri urusan pelaku-pelaku kesalahan jenayah Syariah Islam meski pun ianya berlaku di depan mata mereka.

5️⃣ Islam akan menjadi agama ritual yang berkisar kepada persoalan ibadat khusus, zakat, haji dan nikah kahwin sahaja.

6️⃣ Islam sebagai cara hidup dan penyelesaian masalah jenayah dan kehidupan sosial manusia menjadi tidak relevan.

7️⃣ Paradigma pemikiran sebegini merupakan agenda zionis Barat yang menganggap Islam sebagai musuh utama mereka di abad ke 21, sebagaimana yang termaktub dalam dissertasi Clash of Civilisation oleh Prof. Dr. Samuel Huntington.

8️⃣ Pendirian Kerajaan Pakatan KAFIR HARBI DAP Malaysia melalui menterinya Datuk Dr. Mujahid Rawa sebagaimana yang dilaporkan media semalam (6 Julai 2018) dianggap sebagai tersasar dari aQidah dan syariah Ahlus Sunnah wal Jamaah (ASWJ).

9️⃣ Dipertakuti ia bukan suatu khilaf yang membawa rahmat kepadaz perbezaan pandangan, SEBALIKNYA ia suatu usaha sistematik menghancurkan Islam dari dalam.

Usaha sistematik sedemikian hanya dapat dicapai dengan cara memperalatkan umat Islam yang berkuasa ATAU golongan munafik yang mengakui diri mereka beragama Islam.


#ReBUT
#revolusibarumnoterengganu


sumber