Powered By Blogger

07 July 2018

#ReBUT - SIAPA ‘DIA’ NI ??? PAILANG SANGAT KE ??? @umb_ppum @teammediaperak @teammediabesut

salam setiakawan, 

RKP ingin berkongsi tentang perihal ade sorang rakyat malaysia kini yang dikatakan ‘pailang’ giler sampai passport & akaun dah kena ‘freeze’ tapi still bebas berjalan di luar negara... Ape cerrr ????

RKP agak berasa MUSKYIL bagaimana satu-satunya anak muda Malaysia boleh ke Taiwan dan minum dengan aktres tempatan dalam keadaan AKAUN BANK DIBEKUKAN DAN PASPOT DITAHAN? 

Bukan hanya paspot dan akaun banknya sahaja yang ditahan dan dibekukan, malah seluruh keluarga dan anak cucu bapa beliau juga mengalami nasib yang sama. 

Bagaimana dia pergi ke sana? 
1️⃣ Amalkan ilmu ghaib? 

2️⃣ Berenang di Laut China Selatan? 

3️⃣ Terbang dengan suit Superman? 

4️⃣ Naik tikar terbang Zam Zam ala Kazam? 

Saya tidak menolak kebarangkalian bahawa isu ini SENGAJA ditimbulkan bagi menutupi KEGAGALAN kerajaan Pakatan Harapan dalam melunaskan janji-janji pilihanraya mereka, yang kini berbaki 40 hari lagi. 

Siapa boleh berikan satu janji yang telah dirunaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan

Apakah dengan mencipta dan menimbulkan isu sebegini maka rakyat Malaysia akan bertambah gembira dan selesa dengan pelbagai kos sara hidup yang semakin meningkat? 

Pernahkan anda mendengar mana-mana menteri mengemukakan apa-apa cadangan atau mengambil tindakan konkrit bagi meringankan beban pengguna dan rakyat? 

Saya juga tidak menolak kebarangkaiian isu ini sengaja dicipta juga bagi menutup kepincangan dalam penahanan dan pendakwaan DS NAJIB RAZAK di mahkamah, selain berhadapan SAMAN MALU dari mantan perdana menteri itu sendiri. 

Apakah dengan mencipta dan menimbulkan isu sebegini, maka rakyat Malaysia bakal mendapat semula kehilangan wang mereka di dalam KWSP dan aliran keluar MODAL ASING yang bernilai puluhan bilion ringgit sebelum ini? 

Atau apakah dengan mencipta dan menimbulkan isu ini maka akan meningkatkan NILAI RINGGIT di pasaran matawang asing? 

Masih membisukah para pemimpin, ulama', ustaz, cendikiawan, artis dan golongan-golongan yang pernah berkokok sebelum PRU 14 lalu? 

Fikir-fikirkanlah jika situasi sebegini berlarutan selama 5 tahun. 

#cheritera: SANGGUPKAH ANDA MENGHADAPINYA?



#ReBUT #setiakawan #redahkasipecah 

#teammediabesut 

#teammediaperak



sumber