Powered By Blogger

30 March 2015

PANAS!!! #saveMALAYSIA by DAPig Lead ??? @NajibRazak @tunfaisal @teammediaperak @UMBXtreme @umnoonline

Salam ABATA,

Maksud Pakatan Baru "Selamatkan Malaysia" versi Lim Kit Siang :

" adalah selamatkan Malaysia dari ahli-ahli Parlimen yang bakal mengundi Rang Undang-undang Persendirian yang akan meminda Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 dan Perkara 76A(1) Perlembagaan Persekutuan "

Pindaan kepada item-item di atas (jika berjaya) akan memberi kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah-mahkamah Syariah setiap Negeri untuk melaksanakan perundangan Islam.

Apa yang tersirat bukanlah Selamatkan Malaysia dari Ahli-ahli Parlimen pro pindaan tersebut, tetapi Selamatkan DAP atau Lim Kit Siang dari menangis air mata darah apabila PAS dan UMNO bertegas mahu pindaan tersebut dilaksanakan.

Dengan membuat umpan bodoh supaya Hjh. Nancy Sukry, Datuk Rohani Abdul Karim dan Datuk Rosnah Rashid Shirlin dipilih sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan YAB DS Mohd Najib, beliau sebenarnya boleh dianggap sudah nyanyuk selain mengalami sindrom ketakutan luar tabie sebelum mati.

Beliau sangat takut sekiranya hayat-hayat terakhir beliau menyaksikan Pakatan Rakyat bukan sahaja hancur dan berpecah belah, bahkan kerusi Parlimen yang dimenangi DAP hasil bantuan dan sokongan PAS pada PRU 13 jua merosot teruk pada PRU 14 nanti.

***Ringkasnya Selamatkanlah Malaysia Dari DAP Komunis dan PKR Pluralisme.

-sumber

24 March 2015

PANAS!!! SETUJU ATAU TIDAK ??? @NajibRazak @tunfaisal @UMBXtreme @teammediaperak @ZambryAbdKadir

Salam ABATA,

RKP ingin berkongsi info kepada Lebih semua dan mohon pencerahan bersama jIKA informasi ini kurang tepat pemahamannya.

Kurang seminggu lg kita akan menikmati GST.

RKP sendiri agak kurang faham kerana pada pemahaman RKP ianya melibatkan kepada pembeli yang kebanyakkannya ada lah Melayu dan menguntungkan pengilang, pemborong dan penjual yg kebanyakkannya kaum yg satu lagi tu.RKP mohon maaf sekiranya RKP salah.

Pada pemahaman RKP GST - Cukai Barangan & Perkhidmatan ( Good & Service Tax ) sebanyak 6% akan dikenakan sebagai ganti cukai yang dimansuhkan iaitu Cukai jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6% dgn jumlah kedua2nya sebanyak 16%.Ini bererti setiap barang dan perkhidmatan perlu diturunkan harga sebanyak 16% dulu ( permansuhan cukai jualan dan perkhidmatan ) dan baru dinaikkan sebanyak 6% ( GST).

Tp hari ini apa yg kita dengar hanya cerita kenaikan 6% dari pengilang, pemborong, penjual dan pembeli tapi pengurangan 16% yg sepatutnya tak dak pula yg bising.

Disinilah,maka pembeli dan pengguna yg kebanyakannya ORANG MELAYU terasa tertipu dan tertindas. Apakah ini APRIL FOOL kepada kita???


Sumber

12 March 2015

PANAS!!! HALAL & HARAM ?? PERKARA WAJIB APE CER??? @NajibRazak @UMBxtreme @tunfaisal @hairul_own @teammediaperak

Salam ABATA,

RKP lihat pada isu hangat yang dipersoalkan kini adalah mengenai isu melibatkan cukai iaitu,GST...
Ramai rakyat yang tidak memahami  pengertian  apa itu cukai GST sebenarnya..
kini masalah GST menjadi semakin PANAS,  apabila ada pihak yang membangkitkan,

GST ni Halal ke Haram???

Sila klik pautan dibawah bagi pencerahan mengenai masalah tersebut:

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-terhadap-cukai-barangan-dan-perkhidmatan-gst#sthash.JedcEYNy.xiqq

Tapi persoalannya, kenapa isu Halal atau Haram GST tu dibangkitkan? Adakah untuk menegakkan syiar Islam atau hanya sekadar hendak memburukkan pihak Kerajaan?

Jika isu berhubung hukum Halal Haram perlaksanaan GST itu yg hendak dibangkitkan, adakah mereka yg bertanya itu sudah melaksanakan tanggungjawab WAJIB mereka sebagai seorang Muslim?

Perintah Allah S.W.T, dirikanlah Solat dan tunaikanlah Zakat. Bermakna keWAJIBan Zakat itu adalah perkara KEDUA yg dituntut dalam Islam. Tapi berapa ramai diantara kita yg menunaikannya?

Pesanan guru kepada muridnya , Dirikan SOLAT setiap hari, Tunaikan ZAKAT sebulan sekali, PUASA sebulan dalam setahun, Kerjakan HAJI sekali seumur hidup. Tapi, kalau SOLAT pun susah kita nak lengkap 5 kali sehari, tak guna kita cerita pasal yg lain2.

Wallahualam...

P/s: Jawapan Majlis Fatwa Kebangsaan, GST ni hukumnya 'HARUS' bagi membantu maslahah Negara.

-sumber

07 March 2015

ISU PANAS!!! SIAPA AUTA, SIAPA FAKTA??? @NajibRazak @ustazkazim @tunfaisal @UMBXtreme @teammediaperak

Salam ABATA,

Disini RKP ingin berkongsi sumber fakta untuk sama-sama perolehi cetusan minda yang positif sebagai pesanan diri serta sahabat seperjuangan....

"...masih tertanya-tanya ?..."

Adakah tindakan Mufti Perlis, Dr Maza #Muzabzib menyekat Ustaz Kazim di atas sebab maslahat dakwah yang dikatakan menyebarkan Hadith Palsu?

Sebab dulu masa jadi Mufti Perlis pada kali pertama dia sekat Ustaz Rasul Dahri juga.

Betul ke tindakan Dr Maza Muzabzib ni atas sebab maslahat dakwah? Betul ke?

Ustaz Rasul Dahri yang calonkan nama dia sebagai Mufti pun dia sekat. Ini kan orang lain.

Tak usah la nak muzabzib sangat.

Klik link dibawah untuk 'view' menarik:

https://www.facebook.com/abuaqifstudio/posts/674399456002253

-Sumber