Powered By Blogger

30 March 2015

PANAS!!! #saveMALAYSIA by DAPig Lead ??? @NajibRazak @tunfaisal @teammediaperak @UMBXtreme @umnoonline

Salam ABATA,

Maksud Pakatan Baru "Selamatkan Malaysia" versi Lim Kit Siang :

" adalah selamatkan Malaysia dari ahli-ahli Parlimen yang bakal mengundi Rang Undang-undang Persendirian yang akan meminda Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 dan Perkara 76A(1) Perlembagaan Persekutuan "

Pindaan kepada item-item di atas (jika berjaya) akan memberi kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah-mahkamah Syariah setiap Negeri untuk melaksanakan perundangan Islam.

Apa yang tersirat bukanlah Selamatkan Malaysia dari Ahli-ahli Parlimen pro pindaan tersebut, tetapi Selamatkan DAP atau Lim Kit Siang dari menangis air mata darah apabila PAS dan UMNO bertegas mahu pindaan tersebut dilaksanakan.

Dengan membuat umpan bodoh supaya Hjh. Nancy Sukry, Datuk Rohani Abdul Karim dan Datuk Rosnah Rashid Shirlin dipilih sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan YAB DS Mohd Najib, beliau sebenarnya boleh dianggap sudah nyanyuk selain mengalami sindrom ketakutan luar tabie sebelum mati.

Beliau sangat takut sekiranya hayat-hayat terakhir beliau menyaksikan Pakatan Rakyat bukan sahaja hancur dan berpecah belah, bahkan kerusi Parlimen yang dimenangi DAP hasil bantuan dan sokongan PAS pada PRU 13 jua merosot teruk pada PRU 14 nanti.

***Ringkasnya Selamatkanlah Malaysia Dari DAP Komunis dan PKR Pluralisme.

-sumber